Pages

Wednesday, April 17, 2013

Yusouf Dijangkiti Rotavirus

Yusouf baru je baik dari HFMD (Hand Food Mouth Dieses), pastu ibu ngan apak dapat dugaan lagik, kena jangkitan ROTAVIRUS pulak.
Minggu lepas, famili belah Zex semua berkonvoi ke Klang sbb anak saudara Zex, Adiya, kawen ngan orang sana. Kiranya g mengantar la ni.. majlis menyambut menantu. Kami semua pergi naik kereta masing-masing pada hari Sabtu. Majlis tu hari Ahad, so Sabtu tu tak kisah la nak sampai Klang kul brp pun. 
Ninie ngan Zex mmg tak ada siapa pun yang tumpang, kami berempat je la. 
Pergi tu ramai jugak la.. so Famili belah Mak Adiya lagik.. belah Abah Adiya lagik.. mmg ramai la.

Malam tu kami semua tidur kat homestay di Klang. Famili blah Zex sebuah homestay famili blah abah Adiya sebuah homestay. Sepanjang perjalanan, Yusouf nampak happy je. Zulaikha pun sama. Lagik happy bila dah berkumpul di homestay, dapat jumpa sepupu-sepupu dia. Seronok la dapat main.

Ibu.. bila dah jumpa tu sakan la berborak ngan biras ngan ipar-ipar semua. Yusouf ngan Zulaikha ntah kat mana.. duk main sana sini.. Tetiba Yusouf muntah. Asalnya dia macam jeluak je. Muntah skit. Ninie ingatkan sbb dia main, perut penuh ngan susu.. so susu keluar la skit. tapi tak...

Malam tu dia start muntah ngan banyakknya. Ibaratnya semua yg masuk.. semua la keluar. So, Ninie pun stop susu dia, bg air masak je. 4oz masuk air masak.. 4oz keluar balik. Tengah minum pun dia boleh muntah. Mujurla malam tu Ninie tidur sebilik ngan mak mentua. Dia banyak tolong bila Yusouf asyik muntah.

Mulanya tak la bimbang sangat, tapi bila start kul4 pagi, Yusouf cirit-birit tak henti pulak. Pampers bawk bekal mmg tak la banyak mana.. sampai habis.. Baju semua habis kena najis dia. Bau najis dia.. mmg pelik.. busuk yang amat.. mcm gas amonia. Ninie dah rasa berdebar. Malam tu mmg tak tidur la ibu ngan moktok. Dia menangis tak henti.. rasanya semua org dalam rumah tidur-tidur ayam kot sbb Yusouf menangis. Tidur kejap-kejap je. 

Pagi esoknya, Ninie buat keputusan, tak ikut rombongan g hantar pengantin. Asalnya Zex ajak balik terus ke Kuantan, tapi memikirkan kalau dia asyik muntah dah cirit.. mcm mana nak berhenti nanti tu. So, mintak kunci rumah ngan adik ipar Ninie, Shila.. duduk umah dia kat Serdang. 

Rasa ralat jugak tak dapat join kenduri tu... jeles jugak ngan org lain.. dah la duk cerita kebest san.. majlis tu., tapi demi Yusouf, tak apa la. 
Sepanjang duk umah adik ipar tu, Yusouf tidur je. Minum air keluar balik. Cirit banyak kali jugak.
Zulaikha, dia pernah dah dtg umah Shila ni, jadi dia dah tahu selok belok kat mana nak cari mainan anak Shila, si Amie tu.. hahaha.. dia x heran pun kat ibu.. duk main mainan si Amie tu je la.
mmg suka isap jari dan mengutip salah satu faktor kenapa dia mudah sakit
Hari Isnin, baru la balik Kuantan, alhamdulillah sepanjang jalan tu dia tak muntah dah cirit. Yela sbb semua air dlm badan dia dah tak ada. Memang dia lembik sangat-sangat. Sampai dia tak nak langsung duduk. Nak baring dan tidur je. Ninie bagi jugak air skit campur dengan Oral Rehydrated Salt (ORS). Tak nak bagi dia dehidrasi. Sampai Kuantan dah lepas maghrib. Ninie ingatkan dia dah ok sbb  dah tak muntah dan cirit, Tapi malam tu, dia menangis je.. Sbb perut dia kembung.. dia tidur kejap-kejap je. 

Esoknya terus g KSH jumpa pakar kanak-kanak. Doc Siti. Doc terus suruh masuk wad, sbb Yusouf dah banyak kehilangan air dalam badan dia, dengan kata lainnya dehidrasi  Kebetulan KSH penuh yang amat, so Ninie kena tunggu que. Balik rumah dulu la jawapnya. Dah malam, KSH call, yang bilik dah ada. Ninie terus je datang dengan segera.

Hari Selasa (malam), Ninie ngan Yusouf mmg tidur hospital. Doc masukkan drip terus. Masuk air. Doc suruh ambik sample najis dia utk hantar lab test.

Hari Rabu, Doc bg tahu keputusan dah keluar, doc tunjuk kan Ninie.. "ROTAVIRUS DETECTED". Doc siap bagi ngan pamplet. Apa yang dimaksudkan ngan rotavirus. Sikit la info Ninie bagi kat sini eh.. Yang lain boleh la google.

APAKAH ROTAVIRUS?
Rotavirus adalah sejenis virus perut yang mudah dijangkiti. Hampir semua bayi akan dijangkiti rotavirus sebelum mencapai usia 5 tahun. Terdapat pelbagai jenis rotavirus tetapi hampir  95% dari jangkitan seluruh dunia adalah disebabkan oleh 5 jenis rotavirus  yang paling lazim.

KENAPA ROTAVIRUS BEGITU SERIUS?
Rotavirus mudah dijangkiti menerusi sentuhan biasa setiap hari. Malah ia boleh menyerang tanpa amaran. Jangkitan rotavirus mungkin disangka sakit perut biasa tetapi ia boleh melaratkan sehingga menyebabkan kes muntah-muntah atau cirit-birit melebihi 20kali sehari. Simptomnya boleh berlarutan selama 9hari.
ANTARA SIMPTOM ROTAVIRUS ADALAH:-
-Cirit-birit
-muntah-muntah
-demam
(Simptom ini boleh menyebabkan dehidrasi atau kehilangan cecair badan)
ADAKAH BAYI SAYA DILINDUNGI?
Sekadar membersihkan rumah dan kerap mencuci tangan tidak cukup untuk melindungi bayi anda daripada dijangkiti daripada rotavirus. Sabun dan produk pencuci yang lain tidak dapat membunuh virus ini. Ia mudah merebak dan mampu hidup selama beberapa minggu pada barang-barang mainan dan permukaan di dalam rumah.

Wabak rotavirus di Perak pada tahun 2012 telah mengakibatkan sejumlah 2,236 keas gastroenteriris. Dua orang bayi berusia 2 dan 10 bulan maut akibat jangkitan.

So rotavirus ni mmg bahaya.. siapa yang belum di jangkiti, boleh ambik vaksin sebagai langkah pencegahan ye. Biar la mahal.. asalkan anak-anak kita dilindungi. Mencegah lebih baik kan..
mmg pesen dia suka tidur menonggeng..
 Hari Selasa, Rabu, Khamis, dia mmg lembik betul. Memang tak nak langsung duduk. Baring sepanjang masa. Senyum pun tak nak. Hati ibu mana tak rasa sedih kan.. 
kakak menceriakan adik
 Ninie dapat bilik kongsi 2orang. Silih berganti jiran sebilik. Yusouf je tak keluar-keluar lagik. Memalam dia mmg nangis sbb perut dia kembung. Doc masuk ubat sakit perut dan suruh sapu minyak Yuyi kat perut dia. Bila dah ok, baru dia boleh tidur. Jiran sebilik tadah je la telingan mendengar jeritan Yusouf.
happy sangat dapat jumpa apak ngan Kakak
Zex ngan Zulaikha tak dapat la teman Ninie kat KSH. Tiap-tiap petang balik dari kerja, apak datang ngan kakak. Suka sangat Yusouf.. Kalau tak dia mmg moyok je..
sudut paling dia suka. Membaca la kononnya tu
 Bila dah ok sikit, dia mmg tak nak duduk kat bilik, asyik tunjuk kat pintu, ajak keluar. KSH ni kecik je, mana sangat la boleh jalan-jalan. Asyik tawaf tempat sama jela.
Bila penat, dia tidur je la sambil masuk air atau ubat 
 Bila anak kita kena jangkitan virus, mmg tiada antibiotik. Mmg masuk air je. Ubat pun sekadar ubat ilangkan kembung perut dia je. Air masuk sampai 3botol. Susu kena stop, sbb susu mengandugi lactose. Semua makanan jenis minyak atau lemak mmg tak boleh bagi. So sementara tu doc suruh bagi dia minum susu jenis lain.
Yusouf kena minum susu Novalac AD. Susu ni mmg khas semasa ciritbirit. Dia kena minum sampai dia betul-betul dah baik. Lepas tu dalam susu kena campur dengan SMECTA.
*gambar google
Smecta ni tujuan dia nak bagi najis dia keras sikit. Tak cirit sangat la kalau dia membuang.
bersamala cousin Ninie, Asilah yang sangat rajin meneman Yusouf pas balik sekolah
Alhamdulillah Yusouf dpt discaj hari Sabtu, petang. Zulaikha pulak yang asyik muntah dan membuang. Tapi doc Siti ckp... "Zulaikha tu kan kebal..." huhuhu ye kot.. simptom dia kejap je dpt. Dia stop susu, minum ribena je. Alhamdulillah budak berdua ni dah g taska. Ibu pun dah boleh g kerja.. Yang penting... ibu dah tak risau.. anak-anak ibu dah sihat...

Punca sakit ni??? Ninie pun tak pasti.. mungkin berjangkit ngan sesapa. Mmg ada kakak ipar yg cirit birit masa tu.. ataupun mungkin sbb Yusouf ni suka mengutip dan masuk jari dalam mulut.. Wallahuallam. 

Terima kasih kepada semua famili, saudara-mara dan kawan-kawan yang sentiasa ambil berat pasal Yusouf dan mendoakan kesihatan Yusouf... Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. Wasallam..

6 comments:

  1. alhmdulillah yusouf dh pulih sepenuhnye,
    susahnye hati bile tgk ank2 ni xsihat kan,
    demam shari dua pon sy dh mgelabah,
    nikan msuk wad berhari2 tu,
    waktu2 cmni la, nak doa cpt2 anak umur 5-6y
    time tu dh kebal skit dr demam or sakit bagai, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor, itulaa.. hidup mmg tak keruan.. nnti anak dah 5-6y ok kot.. cuma kena tahan ngan peel mcm-mcm pulak kan.. dugaan seorang ibu.. :-)

      Delete
  2. Tq share info.. harap yusof baik2 aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama Hana.. Alhamdulillah Yusouf dah sihat :-)

      Delete
  3. Slm pn sy nk tnye..brp lama ye yusouf on novalac tu?smpai dh ok n tkr susu asal balik ke cmne ye?sbb ank sy pun kne rotavirus ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekejap je guna.. dlm tempoh dia masih ciritbirit je. lebih kurg seminggu. Lepas tu tukar susu biasa semula

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails