Pages

Thursday, April 25, 2013

Teringin nak beli IPAD

kusyuk sangat
Sebelum birthday Ninie hari tu, mmg Ninie duk servey pasal IPad.. Tengok orang duk canggih manggih ni, kita pun nak jugak.. Nama je keje bidang IT, bab-bab gajet ni Ninie mmg tak laju sangat. 

Yang jadi nak beli sangatnye IPad ni sebab anakda Zulaikha... dia selalu duk mengendeng-ngendeng Amie Iman, cousin dia main Ipad. Bila tgk duk asyik ambik barang orang ni, mmg Ninie sangat la tidak gemar. Amie ni jenis baik, dia mmg bagi Ikha main, masalahnya si Ikha ni, kalau dah main, lupa daratan, lupa yang Ipad tu bukan dia punya. 

Pernah di g umah Amie, siap mintak ngan Papa Amie nak Ipad, aduhai.... mmg terselah muka tak tahu malu dia kan.. hahaha.. budak-budak g tu la.. Masa Birthday Zulaikha hari tu, mmg Ninie nak beli dah dia Ipad china, yang Android version.. cap ayam je la.. Harga pun murah.. RM300 kot. Tapi apak dia tak bagi, sbb takut cepat rosak, ramai gak yg bg feedback kalau budak yang main, screen dia mudah pecah. So, Ninie kubur je niat, sbb pulus pun tak berapa nak ada...

Yang menjadikan bertambah nak beli.. sbb iklan.. Syabas kepada iklan.. berjaya mempengaruhi saya untuk membuat keputusan!.. Mulanya Ninie dapat SMS dari Citibank.. sbb pemegang kad kredit kan.. Offer, kalau beli kat Sengheng.. 0% interest. Pastu iklan Maxis pulak... Bayar RM1,300 ++ pastu langgan bulanan RM75 dapat IPad 4, 16GB, ngan internet 5GB. Aduhai.. menarik belaka!

Zulaikha ni, hari-hari duk dalam kereta, dia main HP Ninie, bukak Youtube. Suka tgk Pocoyo.. Rimas sungguh!. Bila ada call or Ninie nak guna HP, mmg berperangla ngan dia... Kalau time dia bagi okla.. time mood dia tak elok, mmg dia mengamuk. Susah ... susah...

So, Ninie tanya cousin Ninie, yang mana elok? Sengheng? Maxis..? Dia ckp, Maxis ok jugak.. sbb dapat sekali ngan Internet. Cuma kontrak 2 tahun, pastu kalau Maxis One Club, cuma bayar harga Hp, RM1,088.

Apa lagik, menapak la saya ke Maxis, tapi sangat kecewa, sbb IPad 4 semua dah habis.. yang ada.. cuma Ipad Mini. Tapi Ninie mmg tak nak Ipad Mini, kecik.. nak yang besauuu..

Terus meneruskan langkah.. ke Sengheng. Tanya punya tanya.. IPad 4, 16GB yang ada 3G ngan Wifi pun dah habis.. yang ada yang ada wifi sahaja.. mmmm kalau tak ada 3G tak leh la masuk sim card... Akkhirnya.. ngan otak yang separuh celaru dah tak boleh pikir dengan betul.. lantak je la.. Ambik Ipad 4, 32GB!!!!... 

Total, gedebuk gedebak, extended warantty sampai 4tahun, fees citibank, screen protector, casing seme.. RM2800++. Gila la!.. Ninie bayar RM2,400 secara ansuran RM100 sebulan, ngan Citibank.. pastu lebihnya bayar cash.. Sib baik bulan ni dapat duit kutu.. :-)

Seronok ye bila dapat apa yang diidamkan.. padahal nak bagi anak je. Masa bagi kat Zulaikha, terserlah keseronokan kat muka dia.. Tapi Ninie yang lebihnya rasa happy, sbb dia duk diam dalam keter! hahaha.. Pepagi hari kalau nak kejut dia bangun tidur, ckp je kat dia, yang apak dia nak bawak Ipad tu g keje.. dia terus bangun dengan marahnya... hahahahah. Kalau tak.. payah benooo nak bangun tidur..
Adik nak tgk jugak
 Zulaikha tak bagi adik dia main Ipad, sbb adik pun nak touch touch jugak.. Ibu geram sangat dia tak nak kongsi, Ninie ugut dia nak bagi adik dia kat orang lain. Terus dia bagi adik dia main.. Hehehehe. 
gaya dalam kereta nak g taska
Masuk je kereta, terus main Ipad.. Budak zaman sekarang... Elok je pas Ninie beli Ipad ni.. Terus ada artikel keluar pasal Ipad ni tak bagus untuk perkembangan motorik kanak-kanak... Ninie tak sempat nak baca.. Tapi sbb kalau bagi sangat anak main, dia jadi tak cergas kot... Kena balance la kan.. Jgn la 24jam anak mengadap kan.. Just nak bagi dia leka time dalam kereta ke.. time kita nak buat kerja.. 

Ipad ni, hadiah untuk diri Ninie.. hehehe.. menyenangkan kerja ibu.. ibu pun guna jugak.. nak main game.. best apa main game budak-budak ni.. kekdg berebut jugak ngan Zulaikha.. hahaha... 

2 comments:

  1. seronoknya laika dpt ipad yer...aunty nk pinjam bole?hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. untie ain nak pinjam.. boleh.. tp kena dtg umah ikha lah!

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails