Pages

Thursday, April 4, 2013

INFO KESIHATAN: Cegah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut


Kelako plak rasa.. tadi kan Ninie post pasal Yusouf kena HFMD . Yang ayat bahasa inggeris tu dah betul.. bila ninie translate ke bahasa ibunda, Ninie tulis.. Sakit kuku tangan dan mulut.. Sib baik ada kawan Ninie tegur.. Huuhu.. sakit kuku tangan mulut tu... lembu je kena.. kuang kuang kuang... mmg fail bahasa inggeris ke melayu.. Pastu kawan Ninie suh cari kat web site pendidikan pesakit yg kementerian kesihatan sediakan.. mcm-mcm jenis pamplet ada situ.. Klik sini.. INFOSIHAT 

Ninie cari jumpa pamplet tajuknya.. Cegah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut. So copy paste la. Boleh jadi panduan untuk semua.
  • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.
  • Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.
  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.
Tanda dan gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut 
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan 
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas.
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails