Pages

Thursday, April 25, 2013

Happy Birthday To Me

Bos hantar melalui whatsapp
24 April, Birthday tuan punya blog.. pewwwitttt... Makin bertambah muda!.. Hahaha.. 
Tahun ni umur Ninie dah 34 tahun. Muda lagik.. --->perasan!
Tahun ni, rasanya mcm ramai je elert pasal birthday Ninie. Rasa terharu sebab ramai yang ingat.
Ninie mmg tak letak tarikh birthday kat FB. Jadinya mmg sesiapa yang ingat.... mmg hebatla dia!.. pasal Ninie pun bukan jenis ingat sangat birthday orang.. Kalau kalender FB tak bagi tahu, kompem Ninie tak wish.. hehehe..

Pepagi hari, subuh..dah dapat birthday wish melalui wechat... zaman le ni.. wechat whastapp.. dulu-dulu kad.. canggih..
Tergezut jugak sbb dapat wish dari kawan Ninie masa kat sekolah menengah.
Rasa sangat pelik, sbb dia boleh ingat.... kepada Masriyati.. Terima kasih sangat sbb awal-awal pagi dah wish... Terharu~ sobs sobs..

Pastu, dapat SMS dari Roshayati, kawan baik masa keje SUK dulu... Tq darling sbb setia menjadi Sahabat saya ... :-)

Pastu, bos pulak wish melalui whatsapp.. Tak sangka bos simpan tarikh lahir dalam HP dia.. bos Ninie ni mmg suka wish birthday staf dia.. Tqvm.. --->> lepas ni takut dah merepek.. bos sgt prihatin.. bahaya.. :-p

Dah petang, tetiba dia hantar gambar Ninie siap ngan bingkai Happy Birthday, Ninie tanya mana dia belajar?? hahahha.. siap belajar tu.. Tapik springgggg toing toing.. kat bos.. Your effort mmg membuatkan saya terharu!
Tqvm En. Aidi,coklat, saya suka, saya suka
Waktu tengah hari, opismate Ninie, Rizal, belanja makan tengah hari. Wahhh murahnya rezeki saya. Tqvm ye Rizal, nanti belanja lagik, jangan tunggu birthday je ye nak belanja... Belanja la selalu.. 

Masa nak masuk opis, nampak la En. Aidi berjalan sorang balik dari Kuantan Parade, terus berhenti kereta, tumpangkan dia, padahal dah dekat sangat ngan opis.. Hahaha.. panas wehhhh..
Dia turun dari kereta, terus bagi hadiah ni.. wahhhh tak sangka. Saya rasa nak nangis.. En. Aidi ni org paling dihormati dalam opis.. macam ayah-ayah g tu.. Birthday En. Aidi 23 April.. so sama bulan celebrate. Birthday dia kami semua satu opis bagi hadiah.. kiranya lawatan balas la ni.. heheh
 Tqvm En. Aidi, terharu lagik... sobs sobs sobs..

Balik rumah, Zex pulak belikan Ninie kek... 
kek SR -perasa durian
 Bestnyee.. sedap sangat kek durian ni. Macam makan durian crepe...!
Anak-anak ibu.. 
Birthday ibu, tapi Zulaikha yang rasmi dulu.. hahaha.. dia kan kuat makan, awal-awal dah ada kat meja makan... Seronok sangat dia dpt makan KaaaChiiii (KFC).
Tqvm suamiku yang tercinta!!! sentiasa ada tak kira susah atau senang.. dan anak-anak ibu, terima kasih sebab sentiasa menjadi orang nombor satu bertahta di hati ibu :-)

Kepada semua saudara-mara dan kengkawan yang wish birthday Ninie, terima kasih diucapkan.. 
terima kasih tak terhingga.. sobs sobs sobs... ---->tak abis lagik rasa terharu...

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails