Pages

Monday, April 22, 2013

Follow Up Yusouf di KSH

bosan sgt lama nak menunggu.. kita bergambar dulu ye
Follow Up Yusouf lepas kena Rotavirus tu patutnya minggu lepas. Boleh Ninie ni lupa.. Mmg sudah nyanyuk. Minggu lepas masuk opis mmg banyak keje, jadinya lupa. 
Harini pepagi dah mengingatkan diri. Kul10 pagi ambik Yusouf kat taska. 
Harini ramai betul pesakit doc Siti. Jenuh jugakla menunggu turn. Yusouf ni mmg tak duk diam. Rasa lenguh tangan mendukung dia. Dah la dtg ngan dia je g KSH ni. 

Paling sekse, sebelum pergi, lupa plak ibu nak g tandas, mengosongkan tangki, dah sampai KSH rasa nak terkucil, tapi ku tahan jebat!.. mcm mana nak masuk tandas ngan budak comei ni.. dah tak ada arah, ibu tahan je la. Mmg sekse, tangki penuh, sampai la balik ke opis, sampai je, terus lari, tahap berlari mcm roadrunner masuk tandas.. Aduhai....

Berbalik kepada cerita Yusouf, Alhamdulillah, kisah cirit birit dan muntah-muntah dia dah berakhir. Lately ni, dia cuma selsema ngan batuk skit. Tapi tak la serius.
kat KSH tadi, Ninie timbang dia, dah naik berat. Masa dia sakit hari tu 7.8kg sekarang dah naik ke 8.6kg. Melebihi berat asal pulak.. Berat asal 8.5kg. 
Lepas dia baik hari tu, dia jadi kuat makan, suka makan bubur nasi. Bubur nasi kosong pun dia makan mcm org lapar. Alhamdulillah.. lega betul rasa bila tgk dia dah aktif dan berat dia dah naik semula. 

Bulan Mei nanti dia cukup setahun.. Yusouf... bila nak pandai jalan ni.. huhuhu

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails