Pages

Wednesday, March 20, 2013

Zulaikha lemaskan baby kucing dalam aquarium

*gambar google je
Minggu lepas Ninie balik Balok. Ambik cuti lebih sebb nak bawak Yusouf g KK Balok. Kalau hari sabtu ahad, Zulaikha ada la kawan nak main. Sepupu dia Hannan. Tapi hari Isnin.. sepupu dia g sekolah. Jadinya dia main la sorang-sorang.

Umah mak Ninie mmg banyak sgt kucing. Abah ngan Mak mmg suka bela kucing. Mak ckp, kucing binatang kesayangan Nabi.. dan Allah murahkan rezeki bagi org yang suka bagi makan kat kucing.. InsyaAllah.

Pagi tu, Zulaikha main kat luar rumah, dia nampak ibu kucing duk menggonggong anak kucing baru lahir.. mesti dia hairan kan.. dah agak.. mesti ada soalan dari dia..
"ibu, kenapa ibu dia jijit anak liye...? " maksudnya.. kenapa ibu kucing tu gigit anak dia.
Ninie pun jawap ..."bukan gigit.. dia nak bawak anak dia. kucing kan tak ada tangan, dia guna mulutla bawak anak dia..." 

Tapi Zulaikha mmg tak puas hati ngan jawapan Ninie, dia tanya banyak kali.. dan banyak kali jugak Ninie jawap benda yang sama.. Dengan harapan dia faham maksud Ninie tu kan.. heheh Susah jugak nak terangkan kat Zulaikha ni. Pastu.. Ninie terus masuk rumah nak jenguk Yusouf.

Masa dalam rumah, Ninie pelik, diam je si Zulaikha ni. Ninie pun jenguk kat pintu. Depan umah mak Ninie mmg ada 2 buah aquarium besar. Baru jenguk, dah nampak sekor anak kucing terkapai-kapai dalam air... mengucap besar Ninie.. dan tahan nafas... sbb nak control rasa nak marah kat Zulaikha...

Zulaikha ni tak boleh tegur secara mengejut atau tinggikan suara, nanti mcm-mcm lagik dia buat. Ninie tanya dia... "kenapa kakak letak kucing dalam ni.. kesian meoommm.. nanti mati meeeom.."
Sambil ambil anak kucing tu, dan lap... Zulaikha tgk je Ninie.. dia ckp apa tau...
"ibu dia tu... jijit anak liye...."

mmmm Ninie ckp lagik.. "Ikha, tak baik tau buat meeom mcam ni. Mati nanti meeomm.. kesian meeommm"..
dan dia... masih sama.. ulang lagik... "ibu dia tu... jijit anak liye...."

Aduhai.. sampai sekrg, kalau tanya dia kenapa dia rendam kucing dalam aquarium tu.. tu aje jawapan dia..
Ninie rasa, dia rasa tindakan dia salah, tapi dia nak elak dari soalan Ninie tu... Harap-harap difahamla tindakan dia tu salah.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails