Pages

Tuesday, March 19, 2013

Yusouf dan 10 bulan


 8 Mac 2013 Yusouf cukup 10 bulan. Ninie mcm biasa, ambik cuti,  bawak Yusouf g klinik Balok untuk cek up. Macam biasa jugak KK Balok ni selalu buat silap. Ninie tgk pada buku dia tulis 10hb Mac, 10 Mac kan hari Ahad.. Klinik tutup. Ninie g je hari Isnin. Kali ni g cepat pulak. Lega la sikit. Progress Yusouf, berat naik sikit.. masa 8bulan, 7.9kg, sekarang ni dah 8.5kg. Tinggi pun dah meningkat, 73cm. 

Yusouf tak macam Zulaikha. Dia jenis kurus. Harap meninggi aje la. Kalau Zulaikha, badan ketak-ketak. Alhamdulillah lepas keluar hospital hari tu, kesihatan dia semakin baik. Dia pun dah mula makan. Walapun tak la banyak macam kakak dia. Janji sihat......................
duk intai org main kat luar
 Yusouf sekarang makin tak nak duduk dalam walker. Kalau kat rumah, mmg dia nangis duduk dalam walker. Dia nak bebas. Yang  bimbangnya, bila kita buat kerja, takut dia jatuh kalau tak duduk dalam walker.
 Petang-petang balik dari kerja selalunya Ninie terus je masuk rumah, banyak keje dah menanti.. huhuhu
Tapi Zulaikha selalu ajak main kat luar. Sbb dia tgk anak jiran-jiran semua main kat luar. Sekali-sekala kena la bagi dia main kat luar jugak. Nanti tak kenal plak jiran tetangga.

Yusouf pulak,  bila letak dalam walker kat luar rumah, kemain happy  lagik dia. Bebas nak g sana sini.. rasa mcam setaraf ngan kakak la tu... 
siap  bawak bekal dalam plastik
 Basikal ni dah lama. Masa Zulaikha umur setahun. Dapat hadiah dari Makcik Has.. Tapi baru ni pun baru pandai kayuh.. tu pun, kayuh ke depan tak berapa sgt.. reverse je yg terror.. 
berhenti makan keropok..

Zulaikha ni sebenarnya nak duduk kat luar rumah. Nak main ngan anak jiran-jiran. Tapi kekdg Ninie malas nak tunggu dia main kat luar. Dia kecik lagik, jadinya tak boleh la tinggal je kat luar, mau dia g ke jalan besar.
main air mmg suka sgt
Ni keje apak dia.. suka sgt tadah air hujan.. tula... paip rosak kat luar rumah tak baiki-baiki.. mau 3tahun baru siap kalau suruh apak yang baiki...
Kesian... ibu tak bagi keluar pagar.. tgk ikut pagar je la.. 

2 comments:

  1. dari dalam pagar pon jadi la kan sayang...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. et: itulaa.. janji dpt duduk luar rumah :-)

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails