Pages

Wednesday, March 20, 2013

Zulaikha lemaskan baby kucing dalam aquarium

*gambar google je
Minggu lepas Ninie balik Balok. Ambik cuti lebih sebb nak bawak Yusouf g KK Balok. Kalau hari sabtu ahad, Zulaikha ada la kawan nak main. Sepupu dia Hannan. Tapi hari Isnin.. sepupu dia g sekolah. Jadinya dia main la sorang-sorang.

Umah mak Ninie mmg banyak sgt kucing. Abah ngan Mak mmg suka bela kucing. Mak ckp, kucing binatang kesayangan Nabi.. dan Allah murahkan rezeki bagi org yang suka bagi makan kat kucing.. InsyaAllah.

Pagi tu, Zulaikha main kat luar rumah, dia nampak ibu kucing duk menggonggong anak kucing baru lahir.. mesti dia hairan kan.. dah agak.. mesti ada soalan dari dia..
"ibu, kenapa ibu dia jijit anak liye...? " maksudnya.. kenapa ibu kucing tu gigit anak dia.
Ninie pun jawap ..."bukan gigit.. dia nak bawak anak dia. kucing kan tak ada tangan, dia guna mulutla bawak anak dia..." 

Tapi Zulaikha mmg tak puas hati ngan jawapan Ninie, dia tanya banyak kali.. dan banyak kali jugak Ninie jawap benda yang sama.. Dengan harapan dia faham maksud Ninie tu kan.. heheh Susah jugak nak terangkan kat Zulaikha ni. Pastu.. Ninie terus masuk rumah nak jenguk Yusouf.

Masa dalam rumah, Ninie pelik, diam je si Zulaikha ni. Ninie pun jenguk kat pintu. Depan umah mak Ninie mmg ada 2 buah aquarium besar. Baru jenguk, dah nampak sekor anak kucing terkapai-kapai dalam air... mengucap besar Ninie.. dan tahan nafas... sbb nak control rasa nak marah kat Zulaikha...

Zulaikha ni tak boleh tegur secara mengejut atau tinggikan suara, nanti mcm-mcm lagik dia buat. Ninie tanya dia... "kenapa kakak letak kucing dalam ni.. kesian meoommm.. nanti mati meeeom.."
Sambil ambil anak kucing tu, dan lap... Zulaikha tgk je Ninie.. dia ckp apa tau...
"ibu dia tu... jijit anak liye...."

mmmm Ninie ckp lagik.. "Ikha, tak baik tau buat meeom mcam ni. Mati nanti meeomm.. kesian meeommm"..
dan dia... masih sama.. ulang lagik... "ibu dia tu... jijit anak liye...."

Aduhai.. sampai sekrg, kalau tanya dia kenapa dia rendam kucing dalam aquarium tu.. tu aje jawapan dia..
Ninie rasa, dia rasa tindakan dia salah, tapi dia nak elak dari soalan Ninie tu... Harap-harap difahamla tindakan dia tu salah.. 

Tuesday, March 19, 2013

Yusouf dan 10 bulan


 8 Mac 2013 Yusouf cukup 10 bulan. Ninie mcm biasa, ambik cuti,  bawak Yusouf g klinik Balok untuk cek up. Macam biasa jugak KK Balok ni selalu buat silap. Ninie tgk pada buku dia tulis 10hb Mac, 10 Mac kan hari Ahad.. Klinik tutup. Ninie g je hari Isnin. Kali ni g cepat pulak. Lega la sikit. Progress Yusouf, berat naik sikit.. masa 8bulan, 7.9kg, sekarang ni dah 8.5kg. Tinggi pun dah meningkat, 73cm. 

Yusouf tak macam Zulaikha. Dia jenis kurus. Harap meninggi aje la. Kalau Zulaikha, badan ketak-ketak. Alhamdulillah lepas keluar hospital hari tu, kesihatan dia semakin baik. Dia pun dah mula makan. Walapun tak la banyak macam kakak dia. Janji sihat......................
duk intai org main kat luar
 Yusouf sekarang makin tak nak duduk dalam walker. Kalau kat rumah, mmg dia nangis duduk dalam walker. Dia nak bebas. Yang  bimbangnya, bila kita buat kerja, takut dia jatuh kalau tak duduk dalam walker.
 Petang-petang balik dari kerja selalunya Ninie terus je masuk rumah, banyak keje dah menanti.. huhuhu
Tapi Zulaikha selalu ajak main kat luar. Sbb dia tgk anak jiran-jiran semua main kat luar. Sekali-sekala kena la bagi dia main kat luar jugak. Nanti tak kenal plak jiran tetangga.

Yusouf pulak,  bila letak dalam walker kat luar rumah, kemain happy  lagik dia. Bebas nak g sana sini.. rasa mcam setaraf ngan kakak la tu... 
siap  bawak bekal dalam plastik
 Basikal ni dah lama. Masa Zulaikha umur setahun. Dapat hadiah dari Makcik Has.. Tapi baru ni pun baru pandai kayuh.. tu pun, kayuh ke depan tak berapa sgt.. reverse je yg terror.. 
berhenti makan keropok..

Zulaikha ni sebenarnya nak duduk kat luar rumah. Nak main ngan anak jiran-jiran. Tapi kekdg Ninie malas nak tunggu dia main kat luar. Dia kecik lagik, jadinya tak boleh la tinggal je kat luar, mau dia g ke jalan besar.
main air mmg suka sgt
Ni keje apak dia.. suka sgt tadah air hujan.. tula... paip rosak kat luar rumah tak baiki-baiki.. mau 3tahun baru siap kalau suruh apak yang baiki...
Kesian... ibu tak bagi keluar pagar.. tgk ikut pagar je la.. 

Yusouf takut ngan binatang besar

bagi rusa makan kacang panjang
Macam biasa, hari Ahad bawak Zulaikha keluar jalan-jalan. Semalam dah bawak g ECM. So hari Ahad bawak g Taman Teruntum pulak. Kalau asyik g ECM, kopak la ibu... asyik duk menghala ke parkson je.. ahahah
Zex balik Pekan, jadinya Ninie ajak la adik, mak, Hannan ngan Asilah. Ajak sekali abah.. dia diam je... pastu bila tanya lagik.. "abah nak ikut tak? jom la abah.. jenjalan...." dia yang malas dah bab jalan-jalan ni.. terus bagi alasan yg best.. "penuh dah keter tu.. dah ada kan org ikut... malas la abah g.." g tu la abah, bukan senang nak ajak dia jalan-jalan. Kalau dia ikut tu.. mmg ajaib laa.. 
pegang je Mak Ilah.. takut punya pasal..
Zulaikha mmg suka g taman teruntum sbb nak bagi Rusa makan kacang je.. Terbang la duit ibu RM3. Apa la sangat RM3 kalau nak dibandingkan meluangkan masa untuk anak-anak kan.. 
Yusouf mulanya ingatkan dia berani ngan Rusa, rupanya.. mmmm apa la hero ibu ni.. rusa duk dalam kandang pun dia takut...
Kuat kemain pegang.. tgk dari jauh.. takut  rusa tu dtg gigit dia .. apa la adik ni
Biasala ibu kan.. kejenye menyakat anak.. FEBERET! .
Ninie suruh Asilah bawak dia dekat-dekat.. tgk la gaya dia.. mcm ada break pada kasut... heheh
Pas abis kat situ, bwk g tgk beruang.. pun sama.. takut jugak.. mcm mana ni nak jadi hero ibu gini gaya.. Kakak tu.. setakat ni tak ada apa lagik dia takut.. ulat kalau jumpa, siap kutip bubuh dalam plastik.. bawak main.. terbalik dah ni.. hero ngan heroin ibu.. 

Monday, March 18, 2013

Canimal kat ECM

Benda apala canimal ni kan. Kalau yang suka tgk TV , citer kartun, mmg biasa tgk Canimal ni. CAN + ANIMAL . Tin + Binatang.. g tu la kot.. Zulaikha mmg suka sangat tgk Canimal ni.
Padahal sekali sekala je dpt tgk kat ASTRO kat umah tok...
tetap mengheret trolley
 Habis je gotong-royong, Ninie mmg dah plan ngan opismate nak g bawak anak-anak jalan kat ECM. Tapi opismate sorang tu tak dpt ikut sbb tetiba ada hal keluarga. Jadinya opismate yang sorang lagik je ikut. Nasib baik la sepupu Ninie, Asilah@mak inang Yusouf, ikut sama. Dia balik je sekolah terus ECM. So jumpa je kat ECM.
canimal
 Pernah tak tgk citer canimal ni?? kalau tak pernah, join Zulaikha, segala kartun dia ajar ibu dia tgk.. 
 Sampai je, terus dia duduk kat meja ni. Kebetulan masa tu aktiviti mewarna. Dia pun nak mewarna jugak, tapi gadis litar yang jaga kat situ tanya Ninie, "anak umur berapa tahun?" ngan jujur, bersih, cekap dan amanah menjawap ..."3tahun..." 
pastu jawapan yg sgt kecewa ...."oooo ni 4tahun je boleh..." mmg ampess dot com. Bukan pertandingan mewarna pun kan... bagi je budak kecik ni mewarna.. Zulaikha kompem la tak nak berganjak dari situ..
bahagia dapat mewarna
Dah tak tahu nak pujuk dia mcm mana, Ninie tgk kat situ banyak dia jual barang Canimal. Yang sebenornya, diaorg ni nak promosi barangan Canimal... Ngan budak-budak pun kedekut. Mujur la cari punya cari.. jumpa crayon ngan buku warna. RM10  je. Terus beli, bagi dia mewarna sampai puas.
bawak meomm
Lepas dah warna, terus jalan-jalan lagik. Tak ada org tak tegur Zulaikha bawak trolley tu.. "cutenyee..." .. comeiinye... ada jugak yang... "ehhh ada baby la dalam trolley tu...." ahhaha mmg menarik perhatian ramai sungguh...
Seronok jalan-jalan ngan anak.. kalau dia tak meragam kan. Dah lepas hajat dia.. suka sgt la.
bergambar ngan canimal
Yusouf.. macam tu la.. tak kisah.. saya yang menurut kehendak kakak! .. peace yaw!

Kemas Pejabat Hari Sabtu

Sabtu lepas Ninie kena datang kerja. Ada gotong-royong mengemas pejabat. Sempena 5S.Saper yang keje opis mmg fahamla apa maksud 5S tu kan.. Yang x tahu.. buat-buat je tahu.. sila google.. Zex pulak kena balik Pekan, sbb ada perbincangan keluarga. Ninie malas la nak ikut balik, sbb dah kena g opis hari sabtu, pastu ada tempahan dress yang menanti.. Aduhai.. kekdg kan.. bila byk sgt keje dlm kepala nak buat, hidup rasa tak tenang... Tersekse jiwa .
Troley meomm pun bawak
 Terpaksala Ninie hangkut budak berdua ni g opis. Mujurla gotong-royong je. Pastu opis Ninie mmg dah kemas... ahahaha. perasan!!! 
Jadinya tak banyak sangat la benda nak dikemaskan tu .. 
tolong mengemas.. Vs memunggah
 Kami datang pun tak ramai. Opismate ada 6org je pun. Kebetulan 2org duk Kemaman, sorang kenduri.. jadi yang datangnya Ninie ngan 2org lagik opismate, campur sorang student praktikal.
Yang menambahkan ahli majlis.. anak-anak.. memeriahkan suasana.. konon mcm ramai la yang datang..
zulaikha dah abg haikal
Opismate pun bawak anak.. lagik tambah meriah. Ada geng la Zulaikha nak main. Yusouf....??
baby sitter baru
Dah hangkut anak... sapa lagik jadi mangsa nak jaga...??? kompem la opis-opismate yang ada.. hahaha
salah guna kuasa.. kan kan??? hahaha
Diaorg yang suruh bawak pun.. rindu nak jumpa Yusouf ngan Zulaikha.. 
Habis mengemas kul12.00 --->mcmla mengemas sgt..
Pastu g jenjalan ECM.. continue post lain plak.. 



linkwithin

Related Posts with Thumbnails