Pages

Friday, February 1, 2013

Zulaikha pulak demam

 Yusouf Discaj dari wad lewat malam. Tengah malam sampai rumah. Esoknya, 15 Jan 2013 (Selasa), Ninie g kerja balik macam biasa. Kalau ikutkan hati, tak nak g kerja lagik. Sbbnya Yusouf masih dalam pemerhatian. Doc pun suruh elak bawak dia berjalan atau jumpa public. Tapi Ninie terpaksa g kerja, sbb ada hal penting sangat kat ofis hari tu. Pengerusi GITN nak dtg melawat HTAA. Ninie kena buat presentation. Ada pegawai lain boleh buat, cuma Ninie rasa macam lepas tanggungjawap bulat-bulat pulak kat dia. Rasa sangat tidak syok di dalam dada.. Huhuhu

Pagi masa hantar Yusouf, Ninie stay ngan Yusouf kat taska dan bagi dia makan ubat siap-siap baru g keje. Nasibla taska ngan opis jalan kaki je. Tu la kelebihan opis ngan taska dekat. Ninie pesan kat cikgu kalau Yusouf meragam, call Ninie. 

Masa duk kat taska, Ninie perhati anak-anak orang lain. Rata-rata mmg tak sihat. Ada sorang baby tu, demam panas, Ninie pesan kat cikgu, baik telefon parents dia suruh ambik. Bahaya. Nanti anak org lain pun jangkit. Ramai juga kawan-kawan Ninie anak tak sihat. Jiran Ninie anak dia cirit-birit. Doc ckp, musim, udara tak bersih. mmmm risau kan..

Tengah hari Ninie ingat nak suap Yusouf ubat sendiri, Ninie dah menapak nak g taska, tetiba ada orang dari KKM dah sampai. Terpaksa patah balik ke ofis. Call cikgu suruh tolong bagi ubat. Cikgu ckp Yusouf ok je. Lega rasa.

Haritu balik keje mmg lewat, sbb lambat habis meeting. Zulaikha ngan Yusouf happy je nampaknya. Tapi malam, tetiba Zulaikha demam. Ninie bagi ubat je la. Zulaikha ni jarang demam. Kalau demam sekali sekala tu biasala. 

Esoknya hari Rabu, Ninie tak g keje. Ninie nak monitor anak kat rumah je. Ninie takut Zulaikha demam lagik, dah Yusouf pun masih makan antibiotik tak habis lagik.
nak jugak pakai selimut busuk dia. Meomm angkut sekali
Pagi tu Zulaikha demam semula, 40.1cc. Mmg panas teramat. Tapi dia jenis tak merengek. Dan.. selagi  tak cecah 40cc dia tak kan baring atau duk diam. Boleh lagik main. Doc pesan kalau lebh dari 38.5cc Ninie kena masuk ubat ikut bontot. Rumah Ninie mmg penuh ngan ubat. Macm farmasi dah gayanya. Lepas setengah jam masuk ubat, terus je dia bangun main balik.
 Bangun dari demam, terus ajak adik dia main. Dia ckp, nak buat lobot.. @robot untuk adik dia. Yusouf pun masih makan ubat. Tapi Yusouf ni mmg Ninie sangat musykil, sepanjang dia sakit, tak ada pun dia demam atau batuk... mmg sangat merisaukan. Dia nampak sihat. Takut jadi balik mcm masuk wad hari tu.
suka sangat kalau dapat main ngan kakak
Zulaikha demam lama jugak, 3hari, dari hari Rabu sampai Jumaat. Ninie mmg tak g klinik. Ninie dah bajet, kalau dia still demam lepas 3hari, nak bawak g klinik.
 Bila demam kembali, dia akan tido sekejap.
 Dah kebah demam, dia bangun. Ninie biar aje. Kebetulan masa ni adik dia tido. Rupanya dia kerjakan mainan dia. Habis dia conteng semua. Sampai ke almari dia yang color putih tu dia conteng.
peace cool sangat la keje dia tu
 Ibu mmg istifar panjang-panjang... sabo ibu.. sabo....
Hari ke-2 demam
Hari Jumaat, agaknya dia dah bosan duk dalam rumah. Asyik merepek je menconteng sana sini. Pastu Ninie ajak dia balik rumah mak Ninie je. Suka sangat la dia.
 Balik je balok, dapat jumpa sahabat baik dia Hannan, terus baik demam.... sampai la harini.. Mmmmm lain kali balik Balok je la. Jumpa kawan dia je. Baik demam.
Yusouf  yang ceria
Apa yang boleh dikongsi, bila anak demam:-
  1. Bagi ubat secara konsisten. Jangan tunggu dia demam semula baru nak bagi ubat. Kalau teruk sangat demam dia bagi dalam tempoh 4jam sekali. Kalau dah kurang bagi dalam  tempoh 6jam sekali.
  2. Kalau demam melibihi 38.5cc dicadangkan guna ubat jenis lilin (masuk ikut  bontot)
  3. Sentiasa basahkan badan anak.
  4. Sentiasa bagi dia minum air masak yang banyak.
  5. Tak yah pakai baju pun tak apa, lagik baik.
  6. Mandi ngan kerap.
Alhamdulillah, dua beradik ni dah sihat. Bila dah sihat, kerjanya melasak ngan memunggah. Ibu..........fengsan!




No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails