Pages

Monday, February 4, 2013

Zulaikha kena pindah ke Pusat Asuhan

Dah besar anak ibu ni. Bulan ni bakal genap umur Zulaikha 3tahun. Balik dari taska baru ni, cikgu bgtau, Zulaikha kena start hantar ke Pusat Asuhan. Sebelah je ngan taska dia sekarang, sbb dia dah masuk 3tahun. Kena asing la dengan adik dia. 

Ninie bagitahu Zulaikha, esok dia kena bangun awal, kena mandi dan gosok gigi sbb dia kena hantar ke sekolah baru =pusat asuhan tu.. Tau apa dia ckp..... "Ikha nak pakai seluar poket eh?". Tu je permintaan dia.. Huhu. Lega rasanya. 

Pagi nak g sekolah tu, Ninie kejut dia, dia ikut je, sesiap mandi dan pakai seluar poket. Sampai pusat asuhan, cikgu dah sambut dia, elok je dia jalan ikut cikgu. 

Tapi harini, dia tak ada masalah bangun tido dan mandi tu, cuma dia ckp............... "Ikha tak nak la g sekolah baru.... Ikha nak g sekolah cikgu misah je...." sekolah cikgu misah tu maknanya taska sama ngan adik dia. Ninie tanya dia kenapa... "Ikha penat la.... " tak tahu kenapa dia ckp penat... agaknya byk keje kot. Ada keje sekolah ke kena buat??? musykil ibu.. 

Tapi Ninie perasan la.. Zulaikha sejak nak mencecah 3tahun ni dia mmg banyak auta... auta tu maknanya banyak idea nak mengelak kalau ada benda dia tak nak buat. 

So, pagi ni Ninie hantar dia g taska adik dia, cikgu pun sengih je. Nanti cikgu hantar dia g pusat asuhan dengan anak cikgu yang kebetulan sama umur ngan dia. Tadi nak g taska pun macam-macam barang dia angkut g taska. Selimut pun dia bawak.. aduhai.. Zulaikha... comel sgt perangai dia. :-)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails