Pages

Wednesday, February 6, 2013

JJCM: Rojak Pak Lah Taman Gelora


*gambar songlap kat FB syafik!
 Rojak ngamok belum try lagik.. 
Tengahari mmg susah nak fikir nak makan apa.. Kerja dah masuk 4tahun kat HTAA. Menu kat kantin selama itu lah.. tak berubah. Pagi Ninie jarang keluar beli makanan. Selalunya makan kat opis, tapau mana² orang jual tepi jalan, atau pun bawak dari rumah, ataupun makan roti bakar je kat opis.

Tengahari harusla jalan-jalan cari makan. Sebenarnya kan, Ninie ni bukan suka sangat makan kuah kacang.. suatu ketika dulu. Kalau  makan sate pun, kuah mmg Ninie tak sentuh. Tapi, sejak kawen ngan en. suami, dia ni mmg hantu kuah kacang. Peberet dia suka makan nasi impit + kuah kacang. Dek kerana en. suami selalu makan, lama-lama terpengaruh jugak la.

Semalam, Ninie g Taman Gelora, kedai dia area yang kedai banyak-banyak kat kawasan jogging tu. Kedai yang ngadap ke tasik. Dulu-dulu kalau datang sini, Ninie makan nasi ayam je. Tak pernah try rojak dia. Semalam g ngan opismate. Saje nak try. Sbb adik ipar Ninie suka sangat makan kat sini. Kebetulan mmg lapar teramat. Terus g terjah.
Masa tgk menu tu, pening mikir nak makan apa.. Ninie pun mintak rojak campur, RM13. Dalam hati, masa tu, mesti banyak ni... Tapi saje nak tgk macam mana rupa. Yang opismate pulak ambik rojak ayam special je. Mmg saiz hidangan biasa je. Tiba yang Ninie, haahahahaha... kitaorg  gelak sakan, boleh ke Ninie abis ni. Rojak campur tu campuran sotong, ketam, ngan udang. Kuah dia rasa sedap jugak. Ketam je cam tak best, tak ada isi sangat. Tapi cukupla syarat kalau nak makan tu. 
Ninie ni  jenis kuat jugak makan, tapi kekdg je. Semalam sbb nak tunjuk terror kat opismate, Ninie sanggup makan dulu, tanpa minum air. Selalunya makan mesti berselang air. Kali ni makan tanpa henti. Hahahaha. Akhirnya abis licin. Pastu naik keter, rasa macam nak muntah, penuhnye perut.. ooooo kesian kat perut, sangat tersekse! 

Korang try la. Mmg sedap kuah dia... 3bintang i kasi u!

4 comments:

  1. uish cm best jer rojak tu...mcm2 nama rojak ade yer,yg x tahan rojal ngamuk..tu kalau makan terus ngamok kot kak...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg akak tak nak makan.. takut mengamuk balik opis.. hehehe

      Delete
  2. pernah mkn, tp ms tu xde lg rojak campur ngamok ape semua ni, hahaha nanti blh la g try,,lama dah xmkn rojak sbb xminat gak kuah kcang,
    now akak berjaya pengaruhi sy, pffftttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kena g makan tu.. kalau tak kempunan pulak.. tula.. kelako betul nama rojak ngamok tu..

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails