Pages

Wednesday, February 6, 2013

Jahitan: Janji dengan kanak-kanak

pencil case Melly & Tasha
Lepas Ninie buat pencil case kat sepupu Ninie hari tu, makin banyak pencil case yang Ninie buat lepas tu.. Baru-baru ni, Ninie siapkan pencil case anak saudara Ninie, Melly ngan kakak dia, Tasha. Ninie suka buat untuk kanak-kanak ni, kalau diaorg suka, mmg nampak jelas suka, kalau tak suka, boleh memendam rasa tukang jahit.. hahaha jujur bagitahu tak cantik.. Heheheh

Lepas tu Melly request, kawan dia nak suruh buat pencil case. Brp upah? Ninie pun kira-kira, RM5 je la. Sbb kain, kawan dia ada dah.. cuma kos Zip, ngan kain yang Ninie guna untuk alas blah dalam, pastu upah jait.

Petang seperti dijanjikan.. Ninie datang umah kakak ipar Ninie nak ambik kain dari Melly.. Terkesima sekejap. Sbb kawan dia bg kain ni....
 Baju yang dah pakai... mmm comel sangat. Cuma macam tak tergamak nak gunting baju ni. Mak dia tahu tak agak-agaknya? Huhuhu. Kain dia kain t-shirt. Pastu tak tergamak pulak nak caj RM5. Sbb Zex pun cakap, kesian kat budak-budak. Faham tak maksud Ninie?? maknanya.. kesian la kat kawan Melly ni, cari baju nak buat pencil case macam Melly tu. Or dia mmg suka kain dia??

Ninie janji ngan Melly nak hantar kat dia hari Ahad lepas, tapi Ninie tak siap jahit, sbb kain ni susah nak jait, kebetulan duk umah mak Ninie, mesin industry tapak kaki utk jahit kain jenis T-shirt tak ada. So Ninie kena balik IS untuk jahit guna mesin Genome.

Pastu Ninie janji lagik ngan Melly nak hantar petang Rabu pas balik kerja. Ninie bangun kul5 pagi, sbb Ninie lupa nak siapkan. Janji ngn budak-budak kena buat tau.. Nanti dia mengharap sangat. Mungkin jugak dia dah janji ngan kawan dia...
Dah siap, Ninie mmg lega.. tapi... Ninie lupa plak nak bawak g opis.. Huhuhu. Pk punya pk, Ninie balik la umah tengah hari.. Ambik kejap, pastu terus g hantar kat umah dia. Hahahah tadi Ninie letak je kat tombol pintu rumah dia. Sbbnya kan... Ninie tak nak ambik RM5 tu. Kalau jumpa Melly, mesti dia bg RM5 dari kawan dia tu... rasa bersalah sangat... ngan budak-budak nak berkira kan.... 
 Melly pesan, ribbon merah tu kena letak kat depan, ribbon ni pun pada baju yang kawan dia bagi. Zip pink, tali pink.. comel x????? Dalam Ninie alas kain tebal color hitam... Hope kawan dia suka... :-) Seronok kalau dapat tunaikan permintaan kanak-kanak riang ni ... he~

5 comments:

  1. hahaha,yer saya pon kanak2 jugak...wristlet saya yg dh 2years request still igt lg x?hahaha...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. mak budak dah menuntutttt... larikk!!!!!! ingat sebenarnya.. tp buat2 lupa.. huhuhu.

      Delete
    2. saja tau,x pe2...mak buyung maafkan...hihihi..:)

      Delete
  2. cantiknya pencil case...me pon suka menjahit..tp selalu la x menyemat nk pegang mesin jahit tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. et: kalau ada anak mmg x nyempat. ni pun paksa2 cari masa.. kekdg tengah2 mlm jait.. pastu g keje esoknya.. ngantuk amat.. hahaha

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails