Pages

Thursday, February 14, 2013

Happy Birthday Zulaikha : 3 Tahun

Happy Birthday untuk semua yang lahir bulan Feb.
12 Feb 2013 genap umur Zulaikha 3 tahun. Dah besar uncit ibu ni. Makin comel, makin baik, makin aktif, makin kuat memanjat, makin macam-macam kerenah, makin macam-macam idea kreatif.. Yang kreatif mmg tak tahan, menguji kesabaran ibu... Mau taknya.. alasan dia bergunung tinggi kalau apa yang kita suruh dibuat, dia tak nak. Mmg bijak bab-bab tu. Memanjat.. dia ckp, dia pompuan.. bukan girl!.. pompuan mmg ganas ke?? hahaha.. tapi Zulaikha tetap baby girl ibu. Yang buat ibu senyum selalu kalau teringatkan dia.. Walaupun dia aktif, dia mmg girl! yela.. mainan dia, 90% softtoy. Kehulur kehilir dukung barney, minnie mouse, kucing, peroro, bear.. etc. Bukan setakat dukung, siap tidokan... selimut kan.. bawak bag simpan barang-barang mcam nak g pasar.... mmg girl sangat la.. 

Bab boy tu ada jugak, tapi 10% je. Sangat minat ngan atomen, selipar Ben10 (songlap abg amie punya) . Yang ni mungkin pengaruh orang keliling.. cousin lelaki ramai sangat..

Tahun ni mmg meriah birthday Zulaikha. Mulanya dah sambut kat Balok, pastu sambut plak kat Pekan. Ramai jugak bulan Feb blah pekan ni. Lagipun kan, bila buat jamuan dan bbq macam ni baru la dapat berkumpul semua adikberadik, ipar-ipar, biras-biras, ngan anak saudara. Mmg sangat syokkk! 

Kek, kali ni Ninie tempah ngan jiran sebelah rumah. Tqvm Kak Nor sebab sanggup siapkan kek ni walapun dah last minit Ninie request. Semua org puji sedap!. Kalah secret recipe, lg best.. mesti lg murah dari SR tu kan.
belum sempat nak belah kek, biskut oreo ngan hiasan lain dah hilang dikerjakan... ish ish ish
  Seronok sangat Zulaikha sbb ramai yang sama bulan ngan dia sambut birthday sama. Happy birthday kat semua ye. Semoga murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, dah mendapat perlindungan dari Allah selalu...

Yusouf, Zulaikha dan Abg Amie Iman
Malam tu, kakak-kakak Zex buat bbq, mee kari ngan mee hoon. Makan sampai sekse perut. Huhuhu. 
Abg Salleh... Nick Name, Amie bg, tula suka sangat tgk citer upin ipin
Ninie suka sangat kalau dapat kumpul ramai-ramai gini. Makan kompem la sedap. Pastu masa ni la kita nak berbual, mengeratkan silaturrahim. Jadinya, bukan sekadar sambut birthday, lebih kepada merapatkan ukhwah.. cewaaahhhhh! lama tak guna ayat tu~ .
suka sangat dapat hadiah dari abg Amie. Tqvm abg Amie
Abg amie pun dapat hadiah
Amie ni birthday bulan oktober.. tapi dia beli hadiah untuk diri sendiri.. tetiap bulan sambut birthday..  hahah. Budak-budak.. dia tak faham pun maksud birthday tu. Yang dia tahu.. seronok.. Tu la.. bila kita hadiahkan anak kita atau anak sesiapa pun ngan hadiah, nampak jelas kat muka dia, gembira tak terkata.

Ciumlah Anak-anak dan Gembirakan Mereka!

•  • Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
• • Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
• • Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
• • Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
• • Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
• • Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
• • Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
• • Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
• • Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Wallahuallam.. ! :-) 
~Happy birthday anak ibu. Ibu ngan apak sayang sangat kat Zulaikha :-) Semoga Zulaikha menjadi anak yang solehah kelak ~



No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails