Pages

Friday, February 8, 2013

Eizz Yusouf 9Bulan

Pepagi hari dah bangun.. 
 Alhamdulillah dah 9bulan umur Yusouf. Bulan ni dia tak yah g appoitment kat Klinik Balok, cuma kena g KSH sbb follow up dia hari tu. Next week after raya Cina. Next week jugak birthday kakak Zulaikha :-)

Harini, Ninie kejut Zulaikha awal sikit, sbb bg dia, kul brp ibu kejut pun, lepas mandi dia tido balik. Kalau kejut lambat, ngan drama dia buat, lg lambat ibu g kerja nanti.

Yusouf pun bangun awal, tapi kalau dia bangun pun, dia mmg baik, tak nangis... dia main je dalam playpen dia. Kebetulan kakak dah siap2 nak g school, kakak nak masuk dalam playpen. Nak teman adik main. Sweetnye anak-anak ibu. 

Yusouf rasanya dah bertambah berat, dukung dia rasa lenguh jugak la. Tinggi pun rasanya makin meningkat, sbb baju dia banyak dah tak muat, terutamanya pyjama dia yang siap ngan sarung kaki. Bila masuk je kaki, tegang baju dia.. Huhuhu
Harini kakak g school nak pakai baju layeeee.. peace ibu!
9 Bulan, Yusouf makin lasak. Dia tak nak sangat duduk dalam walker. Dia suka bebas. Sbb dia boleh memanjat. Tapi mmg kena tgk selalu, takut tersembam. Dia dah mula kenal orang. Kalau dia nampak Ninie, kekdg dia merengek-rengek suruh dukung dia. Dia dah mula kuat makan, tapi masih tak pandai menguyah, jadinya semua makanan dia kena blender. Gigi dia dah penuh.. 4batang atas, 2batang bawah. Gigi kapak! mmm semalam cikgu ckp, Yusouf dah mula gigit baby-baby lain.. huhuhu peha gebu kakak pun dah jadi mangsa dia.

Kesihatan dia semakin baik, tapi masih dalam perhatian. Semoga Allah kurnia kesihatan yang baik untuk anak-anak ibu ni. Bila tgk gambar ni.. rinduuuunyeee kat anakda!

2 comments:

  1. yusouf ikut muka ibu sebijik...kejap je dh besar kan kak..ika pon da msk 3 thn kan...cptnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ain? muka akak eh?? huhuhu kalau bb boy ikut muka ibu.. sejuk kan org ckp..

      tula kan ain.. kejap je masa .. besar dah anak kita kan..

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails