Pages

Friday, February 1, 2013

Anniversary yang ke-8

Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T, 23 Januari 2013, genap 8tahun usia perkahwinan Ninie dan Zex. 8 tahun, lama dah tu kan, tapi rasa macam baru je. Hehehe.. Alhamdulillah sehingga harini perkahwinan kami bahagia, bertambah bahagia lagi bila Allah kurniaan cahayamata. Hadiah paling berharga sepanjang usia perkahwinan.

Ninie dengan Zex mmg jenis tak kisah, tak ada hadiah pun tak apa, janji ingat je (ye ke zex tu tak kisah?hari tu asyik duk bg hint nak suh beli jam Tissot je).  Ninie mulanya nak ajak Zex dating tengah hari masa waktu rehat, tapi rasa tak best kalau tak bawak Zulaikha dah Yusouf. So tempat biasa kitaorg makan, secret recipe je la. Standart. Lagipun SR ni kat luar pada mall. Kalau masuk mall memalam hari nak kejar masa pulak.
Sangat bahagia ada insan-insan ini.. 
 Baru sampai SR, Zulaikha ok je lagik. Lepas tu dia main panjat kerusi ke kerusi.... 
my second hero
 Adik macam ni la.. sokmo ceria dah baik sangat. Sweet la anak ibu sorang ni. Yela belum dapat kaki.. 

tak sempat dah nak cari sudu
Kakak, sampai je makanan, terus dia tak sabo-sabo nak makan. Dia makan byk juga malam tu, lepas makan dia panjat lagik sofa. Dari sofa ke sofa lain. Lepas tu dia duduk sebelah Ninie, panjat atas meja. Tetiba, dia muntah, Ninie tahu dah pesen dia, kalau muntah akan muntah lagik. Ninie terus dukung cari tandas, dia termuntah lagi seblum sempat masuk tandas, Ninie berhenti kejap, sbb tak  tahu tandas kat mana. Yang org SR semua tgk je buat tak tahu. Muka diaorg mmg bengang gila la. 

Ninie masuk tandas, Zulaikha muntah lagik dalam mangkuk tandas. Lepas dah cuci semua baju dia, tukar baju lain, baru dia duduk diam.Ninie tgk org SR tu dah cuci lantai, cuma sofa je diaorg tak cuci, Zex suruh Ninie cuci, sbb segan kat org SR tu kan.. 

Mmg best la Zulaikha, hadiah surprise sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan apak. Gini la kan, masa kat SR tu rasa nak marah jugak kat dia, tapi yela kan, anak ni la yang hubungkan kasih sayang kita. Kerenah nak membesarkan dia tu dugaan utk ibubapa. Bila dah lama nanti mesti terkenang-kenang. Semoga Allah terus kekalkan rumahtangga kami hingga ke syurga. Amin.. 

2 comments:

  1. wahhh 8tahun dah, alhmdulillah
    selamat ulangtahun prkahwinan yg ke 8 kak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kejap je masa.. dah makin muda rupanya akak ni.. hehehe
      Terima kasih Nor atas ucapan..

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails