Pages

Thursday, February 28, 2013

Sibuk dengan kerja sekolah

Kerja mewarna kat taska
Sejak Zulaikha kena duduk Pusat Asuhan, rutin dia mmg berubah. Dia kena bangun awal pagi. Kena mandi siap-siap sebelum g sekolah. Bab mandi mmg hari-hari ada drama. 

Kekdg Ninie rasa sgt tension nak layan kerenah dia menangis setiap pagi. Tapi selalu berkata-kata kepada diri.. "sabarlah wahai  hati..." hahahah.. tarik nafas dalam-dalam.. senyummmmm... :-) heheheh

 Just diam, jangan cakap apa-apa masa mandikan dia walaupun dia nangis. Sbb pas mandi nnti kompem dia diam. 

Balik dari taska semalam, keluarkan barang-barang dia, jumpa kertas ni. Cikgu letak dalam bag. Nak bg ibu tgk progress Zulaikha la tu. Zulaikha ni, mmg dah pandai warna.. Apa x nye.. kalau siapa biasa dtg umah Ninie, boleh tgk mcm-mcm hasil seni dia lukis kat dinding dia.. Hari-hari asah bakat. Hahaha 

 Kebetulan jugak, Ninie belikan dia buku mewarna baru, dia terus tak sabar nak mewarna. Padahal semalam, Ninie nak try ajar dia baca buku. Dah beli pun buku Bacalah Anakku tu. Kita ajar dia, mata dia ke lain. Lastnya, give up la ibu. Letih mulut den duk bebel kat dia suh tgk apa ibu tunjuk.
bersungguh-sungguh
 Yang Eizz Yusouf pulak, dia tgk kakak dia mewarna, dia pun ambik pensil warna. Selalunya mmg Ninie tak bagi dia pegang, sbb takut dia masuk dalam mulut je. Hero ni tak boleh biar, sbb dia mmg jenis suka sumbat seme benda dalam mulut.

Tapi semalam, Ninie biar, rupanya.. ada hati nak mewarna jugak.. Hahaha.. Yusouf mmg suka tiru apa org buat. Tapi tgk la cara dia pegang tu.. Adik.. warna ke cucuk tu...?
warna tak seberapa, minum je lebih
Duk mewarna sekejap je... terus mintak nak susu pulak.. Zulaikha.. Zulaikha.. 


Friday, February 22, 2013

Follow Up Yusouf Kali Ke-2

Lepas keluar wad hari tu --->baca kat sini KLIK. Dia kena follow up lepas seminggu. Kali ni plak lepas sebulan kot. Follow ke-2. Rasanya dalam tempoh tu, seminggu je dia sihat dari batuk, lepas tu dia batuk semula sbbnya kena ngan asap BBQ. Ibu ber BBQ, anak yg jadi batuk. Sensetifnya kan.. Lepas ni kena beringat. Jangan bagi dia kena asap... bahaya.
*gambar google- cam ni la cara sedut guna aerochamber
Doc cek, paru-paru dia dah clear, cuma dia kena continue sedut ventolin guna aerochamber kalau dia batuk. Setiap 4jam atau 6jam. Lepas tu kena sedut jugak yang color oren. Seingat Ninie la, Zulaikha dulu kena sedut yang color purple.Baca sini-->KLIK Banyak ngat warna.. lain-lain fungsi.. bukannye faham ngat ibu ni.. janji anak sihat. 
kiss!
Zulaikha pulak, dah cukup 3tahun, so follow up jugak. Berat dia sekrang 15kg. Berat nyeeee... padanla tak daya nak dukung. Doc mulanya nak bg cucuk tambahan kat Zulaikha, tapi akhirnya doc ckp... x perlu dan jangan... sebabnya.. Zulaikha pernah alah ngan ubat masa cucuk 18 bulan. Baca sini-->KLIK. Jadinya doc ckp tak payah la cucuk.. sbb takut Zulaikha alah lagik. Lagipun Zulaikha sihat dan cucuk tu tambahan sahaja. Sib baik la... kalau x... terbang jugak RM$$$ kan... 

Apak pun jumpa doc.. sbb apak ada jugak problem yang sangat membimbangkan ibu.. semoga Allah bagi kesihatan yang baik kepada Apak, dan anak-anak. Amin.. 28hb Feb ni result darah apak.. Engkau Maha Mengetahui kebimbangan di hati ini.. 

Thursday, February 14, 2013

Happy Birthday Zulaikha : 3 Tahun

Happy Birthday untuk semua yang lahir bulan Feb.
12 Feb 2013 genap umur Zulaikha 3 tahun. Dah besar uncit ibu ni. Makin comel, makin baik, makin aktif, makin kuat memanjat, makin macam-macam kerenah, makin macam-macam idea kreatif.. Yang kreatif mmg tak tahan, menguji kesabaran ibu... Mau taknya.. alasan dia bergunung tinggi kalau apa yang kita suruh dibuat, dia tak nak. Mmg bijak bab-bab tu. Memanjat.. dia ckp, dia pompuan.. bukan girl!.. pompuan mmg ganas ke?? hahaha.. tapi Zulaikha tetap baby girl ibu. Yang buat ibu senyum selalu kalau teringatkan dia.. Walaupun dia aktif, dia mmg girl! yela.. mainan dia, 90% softtoy. Kehulur kehilir dukung barney, minnie mouse, kucing, peroro, bear.. etc. Bukan setakat dukung, siap tidokan... selimut kan.. bawak bag simpan barang-barang mcam nak g pasar.... mmg girl sangat la.. 

Bab boy tu ada jugak, tapi 10% je. Sangat minat ngan atomen, selipar Ben10 (songlap abg amie punya) . Yang ni mungkin pengaruh orang keliling.. cousin lelaki ramai sangat..

Tahun ni mmg meriah birthday Zulaikha. Mulanya dah sambut kat Balok, pastu sambut plak kat Pekan. Ramai jugak bulan Feb blah pekan ni. Lagipun kan, bila buat jamuan dan bbq macam ni baru la dapat berkumpul semua adikberadik, ipar-ipar, biras-biras, ngan anak saudara. Mmg sangat syokkk! 

Kek, kali ni Ninie tempah ngan jiran sebelah rumah. Tqvm Kak Nor sebab sanggup siapkan kek ni walapun dah last minit Ninie request. Semua org puji sedap!. Kalah secret recipe, lg best.. mesti lg murah dari SR tu kan.
belum sempat nak belah kek, biskut oreo ngan hiasan lain dah hilang dikerjakan... ish ish ish
  Seronok sangat Zulaikha sbb ramai yang sama bulan ngan dia sambut birthday sama. Happy birthday kat semua ye. Semoga murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, dah mendapat perlindungan dari Allah selalu...

Yusouf, Zulaikha dan Abg Amie Iman
Malam tu, kakak-kakak Zex buat bbq, mee kari ngan mee hoon. Makan sampai sekse perut. Huhuhu. 
Abg Salleh... Nick Name, Amie bg, tula suka sangat tgk citer upin ipin
Ninie suka sangat kalau dapat kumpul ramai-ramai gini. Makan kompem la sedap. Pastu masa ni la kita nak berbual, mengeratkan silaturrahim. Jadinya, bukan sekadar sambut birthday, lebih kepada merapatkan ukhwah.. cewaaahhhhh! lama tak guna ayat tu~ .
suka sangat dapat hadiah dari abg Amie. Tqvm abg Amie
Abg amie pun dapat hadiah
Amie ni birthday bulan oktober.. tapi dia beli hadiah untuk diri sendiri.. tetiap bulan sambut birthday..  hahah. Budak-budak.. dia tak faham pun maksud birthday tu. Yang dia tahu.. seronok.. Tu la.. bila kita hadiahkan anak kita atau anak sesiapa pun ngan hadiah, nampak jelas kat muka dia, gembira tak terkata.

Ciumlah Anak-anak dan Gembirakan Mereka!

•  • Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
• • Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
• • Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
• • Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
• • Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
• • Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
• • Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
• • Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
• • Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Wallahuallam.. ! :-) 
~Happy birthday anak ibu. Ibu ngan apak sayang sangat kat Zulaikha :-) Semoga Zulaikha menjadi anak yang solehah kelak ~



Friday, February 8, 2013

Eizz Yusouf 9Bulan

Pepagi hari dah bangun.. 
 Alhamdulillah dah 9bulan umur Yusouf. Bulan ni dia tak yah g appoitment kat Klinik Balok, cuma kena g KSH sbb follow up dia hari tu. Next week after raya Cina. Next week jugak birthday kakak Zulaikha :-)

Harini, Ninie kejut Zulaikha awal sikit, sbb bg dia, kul brp ibu kejut pun, lepas mandi dia tido balik. Kalau kejut lambat, ngan drama dia buat, lg lambat ibu g kerja nanti.

Yusouf pun bangun awal, tapi kalau dia bangun pun, dia mmg baik, tak nangis... dia main je dalam playpen dia. Kebetulan kakak dah siap2 nak g school, kakak nak masuk dalam playpen. Nak teman adik main. Sweetnye anak-anak ibu. 

Yusouf rasanya dah bertambah berat, dukung dia rasa lenguh jugak la. Tinggi pun rasanya makin meningkat, sbb baju dia banyak dah tak muat, terutamanya pyjama dia yang siap ngan sarung kaki. Bila masuk je kaki, tegang baju dia.. Huhuhu
Harini kakak g school nak pakai baju layeeee.. peace ibu!
9 Bulan, Yusouf makin lasak. Dia tak nak sangat duduk dalam walker. Dia suka bebas. Sbb dia boleh memanjat. Tapi mmg kena tgk selalu, takut tersembam. Dia dah mula kenal orang. Kalau dia nampak Ninie, kekdg dia merengek-rengek suruh dukung dia. Dia dah mula kuat makan, tapi masih tak pandai menguyah, jadinya semua makanan dia kena blender. Gigi dia dah penuh.. 4batang atas, 2batang bawah. Gigi kapak! mmm semalam cikgu ckp, Yusouf dah mula gigit baby-baby lain.. huhuhu peha gebu kakak pun dah jadi mangsa dia.

Kesihatan dia semakin baik, tapi masih dalam perhatian. Semoga Allah kurnia kesihatan yang baik untuk anak-anak ibu ni. Bila tgk gambar ni.. rinduuuunyeee kat anakda!

Wednesday, February 6, 2013

Jahitan: Janji dengan kanak-kanak

pencil case Melly & Tasha
Lepas Ninie buat pencil case kat sepupu Ninie hari tu, makin banyak pencil case yang Ninie buat lepas tu.. Baru-baru ni, Ninie siapkan pencil case anak saudara Ninie, Melly ngan kakak dia, Tasha. Ninie suka buat untuk kanak-kanak ni, kalau diaorg suka, mmg nampak jelas suka, kalau tak suka, boleh memendam rasa tukang jahit.. hahaha jujur bagitahu tak cantik.. Heheheh

Lepas tu Melly request, kawan dia nak suruh buat pencil case. Brp upah? Ninie pun kira-kira, RM5 je la. Sbb kain, kawan dia ada dah.. cuma kos Zip, ngan kain yang Ninie guna untuk alas blah dalam, pastu upah jait.

Petang seperti dijanjikan.. Ninie datang umah kakak ipar Ninie nak ambik kain dari Melly.. Terkesima sekejap. Sbb kawan dia bg kain ni....
 Baju yang dah pakai... mmm comel sangat. Cuma macam tak tergamak nak gunting baju ni. Mak dia tahu tak agak-agaknya? Huhuhu. Kain dia kain t-shirt. Pastu tak tergamak pulak nak caj RM5. Sbb Zex pun cakap, kesian kat budak-budak. Faham tak maksud Ninie?? maknanya.. kesian la kat kawan Melly ni, cari baju nak buat pencil case macam Melly tu. Or dia mmg suka kain dia??

Ninie janji ngan Melly nak hantar kat dia hari Ahad lepas, tapi Ninie tak siap jahit, sbb kain ni susah nak jait, kebetulan duk umah mak Ninie, mesin industry tapak kaki utk jahit kain jenis T-shirt tak ada. So Ninie kena balik IS untuk jahit guna mesin Genome.

Pastu Ninie janji lagik ngan Melly nak hantar petang Rabu pas balik kerja. Ninie bangun kul5 pagi, sbb Ninie lupa nak siapkan. Janji ngn budak-budak kena buat tau.. Nanti dia mengharap sangat. Mungkin jugak dia dah janji ngan kawan dia...
Dah siap, Ninie mmg lega.. tapi... Ninie lupa plak nak bawak g opis.. Huhuhu. Pk punya pk, Ninie balik la umah tengah hari.. Ambik kejap, pastu terus g hantar kat umah dia. Hahahah tadi Ninie letak je kat tombol pintu rumah dia. Sbbnya kan... Ninie tak nak ambik RM5 tu. Kalau jumpa Melly, mesti dia bg RM5 dari kawan dia tu... rasa bersalah sangat... ngan budak-budak nak berkira kan.... 
 Melly pesan, ribbon merah tu kena letak kat depan, ribbon ni pun pada baju yang kawan dia bagi. Zip pink, tali pink.. comel x????? Dalam Ninie alas kain tebal color hitam... Hope kawan dia suka... :-) Seronok kalau dapat tunaikan permintaan kanak-kanak riang ni ... he~

JJCM: Rojak Pak Lah Taman Gelora


*gambar songlap kat FB syafik!
 Rojak ngamok belum try lagik.. 
Tengahari mmg susah nak fikir nak makan apa.. Kerja dah masuk 4tahun kat HTAA. Menu kat kantin selama itu lah.. tak berubah. Pagi Ninie jarang keluar beli makanan. Selalunya makan kat opis, tapau mana² orang jual tepi jalan, atau pun bawak dari rumah, ataupun makan roti bakar je kat opis.

Tengahari harusla jalan-jalan cari makan. Sebenarnya kan, Ninie ni bukan suka sangat makan kuah kacang.. suatu ketika dulu. Kalau  makan sate pun, kuah mmg Ninie tak sentuh. Tapi, sejak kawen ngan en. suami, dia ni mmg hantu kuah kacang. Peberet dia suka makan nasi impit + kuah kacang. Dek kerana en. suami selalu makan, lama-lama terpengaruh jugak la.

Semalam, Ninie g Taman Gelora, kedai dia area yang kedai banyak-banyak kat kawasan jogging tu. Kedai yang ngadap ke tasik. Dulu-dulu kalau datang sini, Ninie makan nasi ayam je. Tak pernah try rojak dia. Semalam g ngan opismate. Saje nak try. Sbb adik ipar Ninie suka sangat makan kat sini. Kebetulan mmg lapar teramat. Terus g terjah.
Masa tgk menu tu, pening mikir nak makan apa.. Ninie pun mintak rojak campur, RM13. Dalam hati, masa tu, mesti banyak ni... Tapi saje nak tgk macam mana rupa. Yang opismate pulak ambik rojak ayam special je. Mmg saiz hidangan biasa je. Tiba yang Ninie, haahahahaha... kitaorg  gelak sakan, boleh ke Ninie abis ni. Rojak campur tu campuran sotong, ketam, ngan udang. Kuah dia rasa sedap jugak. Ketam je cam tak best, tak ada isi sangat. Tapi cukupla syarat kalau nak makan tu. 
Ninie ni  jenis kuat jugak makan, tapi kekdg je. Semalam sbb nak tunjuk terror kat opismate, Ninie sanggup makan dulu, tanpa minum air. Selalunya makan mesti berselang air. Kali ni makan tanpa henti. Hahahaha. Akhirnya abis licin. Pastu naik keter, rasa macam nak muntah, penuhnye perut.. ooooo kesian kat perut, sangat tersekse! 

Korang try la. Mmg sedap kuah dia... 3bintang i kasi u!

Tuesday, February 5, 2013

Jahitan: Semakin menimbun tempahan tak siap

Sejak Yusouf masuk wad hari tu aktiviti menjahit dah byk tergendala. Ini nak mula balik mmg sekse la. Kesian kat pelanggan-pelanggan setia yang menempah. Sib baik semuanya memahami.. Tqvm la semua ye. Lap u all laa! Misi menjahit Ninie dah mula balik cuti Sabtu Ahad baru ni. Slowly start. Kalau terus je masuk gear laju... mmg tak ke mana.. mesti ada je problem.. 

Tempahan dalam senarai..:-
  1. Kain sekolah Nana -   yeyeye! dah siap!
  2. Baju kurung K.Anie 
  3. Baju Kurung K.Nor (banyak pasang, sepasang pun belum siap)
  4. Baju Bluose K.Nor 
  5. Bekas pensil kawan Melly
  6. Bekas pensil kawan Asilah
  7. Alter baju Siti 2 pasang
  8. Baju Pyjama Baby Boy Azie- 2pasang
  9. Baju Kurung Tasha - 1pasang
  10. Kain sekolah Tasha - 1 helai
  11. Baju Dress Anak K.Anie - 2pasang
  12. Baju Zulaikha.... (kain beli banyak.. jait je tak..)
  13. Baju pyjama Zulaikha
  14. Baju pyjama Yusouf
  15. Sarung bantal Baby Madihah
  16. Alter seluar Zex (seluar laki sendiri pun kena postpone.. hahaah)
  17. Barut Baby Ain Saaid (sib baik ain ckp... kalau sempat .. buat la ye, nak bersalin bulan Mac, hehehe mcm tak sempat je.. sorry ain)
dan... ada lg ke??? bila nak jait ni???? malam ni kena mula semula! chaiiiiiyokkkkkk!

Zulaikha Nak Beli Teanesin

Balik kerja, masa tu dalam perjalanan balik ke rumah. Rumah mmg jauh, campur ngan jem petang-petang mmg agak lama la nak sampai rumah. Masa dalam kereta masa paling sesuai nak bersembang ngan Zulaikha.  

Ada satu petang tu, dia beria tunjuk sesuatu kat jari dia. Kecik sangat, ada la besar taik idung.. warna putih. Ninie pun pegang.. rupanya plastesin (tanah liat mainan tu... ). Dialog ngan Zulaikha:-

Ibu :" apa tu?"
Zulaikha: " ni ada orang bagi.. " sambil dia main benda se coet tu.. 
dia tampal-tampal pada cermin kereta... 
Zulaikha: "nah! ibu ambik sikit eh..." dah la besar taik idung.. dia bagi lagik sikit ...

Pastu dia ambik semula, tampal lagi kat gear kereta pulak. Sekali plastesin se coet tu jatuh.... terus dia nangis... Terpaksa pujuk... 
 Ibu: "ok ok.. nanti ibu beli lain plastesine tu.. "
Zulaikha: " Ibu beli teanesin ye.. ikha nak color strawberi, jom la ibu kita g beli..."
Ibu :"eh ... tak boleh.. sekarang ni ibu tak ada duit, kena ambik duit kat rumah.. ngan apak..."
Zulaikha: "Ikha tak nak la g ngan apak... apak buat ikha... ikha takut ngan apak" --- contoh dia auta, sbb nak suruh pergi segera ke kedai..

Ibu: "tapi ibu tak ada duit...."
Zulaikha: "Ikha ada duit, dalam bilik ikha... (dalam tabung dia...)" ---pandai sungguh cari channel nak beli ye.

Sampai je rumah, ajak masuk tak nak, sbb suruh ibu masuk rumah ambik je duit. Ibu dah pening nak mengelak ajak g kedai, lastnya.. tunjuk kat dia mainan kat luar rumah bersepah.. suruh dia ambik. Akhirnya dia lupa. Tak jadila g beli.. selamat ibu.. huhuhu
*gambar google
Sabtu baru ni, sbb dah promise ngan dia nak beli teanesin.. bawak dia g parkson, mmg dia ambik teanesin warna strawberi, satu je dia ambik RM4.90 satu. Pastu apak baik hati, offer dia yang dah siap paking 4botol. RM15 kot.. dia ckp ..."Ikha tak nak, Ikha nak satu je.. " huhuhu mmg best anak ibu.. Zex offer lagik byk kali.. dia tetap tak nak. Nak satu je.. Huhuhu...

Dia bawak balik umah mak Ninie, main ngan Hannan.. habis lantai umah mak dia ngan Hannan buat. Lastnya tinggal je teanesin tu kat Balok. Sampai harini dia tak mintak dah teanesin tu.. dah lupa kot. Jangan dia mintak nak lagik.. habis lantai ngan baju penuh teanesin.. risau adik kutip masuk teanesin dalam mulut je.. huhuhu. Sekian!

Monday, February 4, 2013

Zulaikha kena pindah ke Pusat Asuhan

Dah besar anak ibu ni. Bulan ni bakal genap umur Zulaikha 3tahun. Balik dari taska baru ni, cikgu bgtau, Zulaikha kena start hantar ke Pusat Asuhan. Sebelah je ngan taska dia sekarang, sbb dia dah masuk 3tahun. Kena asing la dengan adik dia. 

Ninie bagitahu Zulaikha, esok dia kena bangun awal, kena mandi dan gosok gigi sbb dia kena hantar ke sekolah baru =pusat asuhan tu.. Tau apa dia ckp..... "Ikha nak pakai seluar poket eh?". Tu je permintaan dia.. Huhu. Lega rasanya. 

Pagi nak g sekolah tu, Ninie kejut dia, dia ikut je, sesiap mandi dan pakai seluar poket. Sampai pusat asuhan, cikgu dah sambut dia, elok je dia jalan ikut cikgu. 

Tapi harini, dia tak ada masalah bangun tido dan mandi tu, cuma dia ckp............... "Ikha tak nak la g sekolah baru.... Ikha nak g sekolah cikgu misah je...." sekolah cikgu misah tu maknanya taska sama ngan adik dia. Ninie tanya dia kenapa... "Ikha penat la.... " tak tahu kenapa dia ckp penat... agaknya byk keje kot. Ada keje sekolah ke kena buat??? musykil ibu.. 

Tapi Ninie perasan la.. Zulaikha sejak nak mencecah 3tahun ni dia mmg banyak auta... auta tu maknanya banyak idea nak mengelak kalau ada benda dia tak nak buat. 

So, pagi ni Ninie hantar dia g taska adik dia, cikgu pun sengih je. Nanti cikgu hantar dia g pusat asuhan dengan anak cikgu yang kebetulan sama umur ngan dia. Tadi nak g taska pun macam-macam barang dia angkut g taska. Selimut pun dia bawak.. aduhai.. Zulaikha... comel sgt perangai dia. :-)

Happy Birthday Apak, Maklong & Zulaikha

Bulan Feb ramai betul yang birthday sama bulan. Dalam Famili Ninie, Zex 1 Feb, kakak ipar 2 Feb dan Zulaikha coming soon 12 Feb. Kebetulan balik Balok, mak buat laksa penang, sebb sepupu Ninie yang belajar kat New Zealand 11 Feb ni dah nak fly balik sana semula. 

Masa kat rumah mak tu, tak ada pun cadangan nak makan kek, pastu Ninie teringat yang kakak ipar Ninie ni suka sangat makan kek coklat, Zex pulak, Ninie tak bg hadiah apa-apa lagik, Zulaikha dapat dah hadiah birthday dia.. Awal ye dia dapat.. Hahaha.. Mulanya nak beli dia Tab yang China tu, bajat dalam RM250, tapi Zex tak bg beli, sbb nanti dia nak beli Ipad. Ipad mana mampu nak beli mahal benauuuu... Lastnya malas nak pk hadiah apa lagik, masuk je duit tu dalam saving Zulaikha.

Keputusan beli kek tetiba je buat, paksa Zex g beli kat Secret Recipe. Mulanya nak beli perasa durian, pastu Zex call, dia ckp, kecik sangat kek tu, jadinya Ninie suruh je Zex pilih apa-apa je kek kegemaran ramai.. dah hasilnya.... tadaaaaaaa!!!
Mmg sangat syok.. sbb Zex suruh org SR tu tulis happy Anniersary... Dan yang lagik best... no "7". My beloved hubby, kita kawen dah 8 tahun ye... Dia pun mengira-ngira ngan jari.. " a ah la... 8tahun".. tak leh nak ckp apa. dia ckp, "Ninie tak bg tahu pun nak suruh tulis apa-apa..." ............. malas nak bertekak. Yang penting kek dah ada.. Makan aje la kan... heheheh.. apo la bapak ikha ni. Nak celebrate birthday.. dia ckp jugak " nak tulis birthday mana muat 3org... tu yg dia buat anniversary..." org lelaki mmg sangat sweet dah prihatin! dia dah tolong g beli kek tu kira bersyukur la ye.. tak yah la komen-komen apa lagik.. mari kita ngap!
 Happy birthday dear husband, My sweetheart Zulaikha dan My beloved kakak ipar, Yat. Semoga mendapat perlindungan Allah selalu....
Maklong kena tolong potong kek.. kalau tak.. hancur kek tu.. Zulaikha nak yang ada tulisan je.. sbb dia ckp,  nak yang ada color strawberi.. Kami yang dalam rumah makan je dah habis setengah kek.. Huhuhu mmg sangat suka makan kek colat.. :-) 

Friday, February 1, 2013

Anniversary yang ke-8

Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T, 23 Januari 2013, genap 8tahun usia perkahwinan Ninie dan Zex. 8 tahun, lama dah tu kan, tapi rasa macam baru je. Hehehe.. Alhamdulillah sehingga harini perkahwinan kami bahagia, bertambah bahagia lagi bila Allah kurniaan cahayamata. Hadiah paling berharga sepanjang usia perkahwinan.

Ninie dengan Zex mmg jenis tak kisah, tak ada hadiah pun tak apa, janji ingat je (ye ke zex tu tak kisah?hari tu asyik duk bg hint nak suh beli jam Tissot je).  Ninie mulanya nak ajak Zex dating tengah hari masa waktu rehat, tapi rasa tak best kalau tak bawak Zulaikha dah Yusouf. So tempat biasa kitaorg makan, secret recipe je la. Standart. Lagipun SR ni kat luar pada mall. Kalau masuk mall memalam hari nak kejar masa pulak.
Sangat bahagia ada insan-insan ini.. 
 Baru sampai SR, Zulaikha ok je lagik. Lepas tu dia main panjat kerusi ke kerusi.... 
my second hero
 Adik macam ni la.. sokmo ceria dah baik sangat. Sweet la anak ibu sorang ni. Yela belum dapat kaki.. 

tak sempat dah nak cari sudu
Kakak, sampai je makanan, terus dia tak sabo-sabo nak makan. Dia makan byk juga malam tu, lepas makan dia panjat lagik sofa. Dari sofa ke sofa lain. Lepas tu dia duduk sebelah Ninie, panjat atas meja. Tetiba, dia muntah, Ninie tahu dah pesen dia, kalau muntah akan muntah lagik. Ninie terus dukung cari tandas, dia termuntah lagi seblum sempat masuk tandas, Ninie berhenti kejap, sbb tak  tahu tandas kat mana. Yang org SR semua tgk je buat tak tahu. Muka diaorg mmg bengang gila la. 

Ninie masuk tandas, Zulaikha muntah lagik dalam mangkuk tandas. Lepas dah cuci semua baju dia, tukar baju lain, baru dia duduk diam.Ninie tgk org SR tu dah cuci lantai, cuma sofa je diaorg tak cuci, Zex suruh Ninie cuci, sbb segan kat org SR tu kan.. 

Mmg best la Zulaikha, hadiah surprise sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan apak. Gini la kan, masa kat SR tu rasa nak marah jugak kat dia, tapi yela kan, anak ni la yang hubungkan kasih sayang kita. Kerenah nak membesarkan dia tu dugaan utk ibubapa. Bila dah lama nanti mesti terkenang-kenang. Semoga Allah terus kekalkan rumahtangga kami hingga ke syurga. Amin.. 

Zulaikha pulak demam

 Yusouf Discaj dari wad lewat malam. Tengah malam sampai rumah. Esoknya, 15 Jan 2013 (Selasa), Ninie g kerja balik macam biasa. Kalau ikutkan hati, tak nak g kerja lagik. Sbbnya Yusouf masih dalam pemerhatian. Doc pun suruh elak bawak dia berjalan atau jumpa public. Tapi Ninie terpaksa g kerja, sbb ada hal penting sangat kat ofis hari tu. Pengerusi GITN nak dtg melawat HTAA. Ninie kena buat presentation. Ada pegawai lain boleh buat, cuma Ninie rasa macam lepas tanggungjawap bulat-bulat pulak kat dia. Rasa sangat tidak syok di dalam dada.. Huhuhu

Pagi masa hantar Yusouf, Ninie stay ngan Yusouf kat taska dan bagi dia makan ubat siap-siap baru g keje. Nasibla taska ngan opis jalan kaki je. Tu la kelebihan opis ngan taska dekat. Ninie pesan kat cikgu kalau Yusouf meragam, call Ninie. 

Masa duk kat taska, Ninie perhati anak-anak orang lain. Rata-rata mmg tak sihat. Ada sorang baby tu, demam panas, Ninie pesan kat cikgu, baik telefon parents dia suruh ambik. Bahaya. Nanti anak org lain pun jangkit. Ramai juga kawan-kawan Ninie anak tak sihat. Jiran Ninie anak dia cirit-birit. Doc ckp, musim, udara tak bersih. mmmm risau kan..

Tengah hari Ninie ingat nak suap Yusouf ubat sendiri, Ninie dah menapak nak g taska, tetiba ada orang dari KKM dah sampai. Terpaksa patah balik ke ofis. Call cikgu suruh tolong bagi ubat. Cikgu ckp Yusouf ok je. Lega rasa.

Haritu balik keje mmg lewat, sbb lambat habis meeting. Zulaikha ngan Yusouf happy je nampaknya. Tapi malam, tetiba Zulaikha demam. Ninie bagi ubat je la. Zulaikha ni jarang demam. Kalau demam sekali sekala tu biasala. 

Esoknya hari Rabu, Ninie tak g keje. Ninie nak monitor anak kat rumah je. Ninie takut Zulaikha demam lagik, dah Yusouf pun masih makan antibiotik tak habis lagik.
nak jugak pakai selimut busuk dia. Meomm angkut sekali
Pagi tu Zulaikha demam semula, 40.1cc. Mmg panas teramat. Tapi dia jenis tak merengek. Dan.. selagi  tak cecah 40cc dia tak kan baring atau duk diam. Boleh lagik main. Doc pesan kalau lebh dari 38.5cc Ninie kena masuk ubat ikut bontot. Rumah Ninie mmg penuh ngan ubat. Macm farmasi dah gayanya. Lepas setengah jam masuk ubat, terus je dia bangun main balik.
 Bangun dari demam, terus ajak adik dia main. Dia ckp, nak buat lobot.. @robot untuk adik dia. Yusouf pun masih makan ubat. Tapi Yusouf ni mmg Ninie sangat musykil, sepanjang dia sakit, tak ada pun dia demam atau batuk... mmg sangat merisaukan. Dia nampak sihat. Takut jadi balik mcm masuk wad hari tu.
suka sangat kalau dapat main ngan kakak
Zulaikha demam lama jugak, 3hari, dari hari Rabu sampai Jumaat. Ninie mmg tak g klinik. Ninie dah bajet, kalau dia still demam lepas 3hari, nak bawak g klinik.
 Bila demam kembali, dia akan tido sekejap.
 Dah kebah demam, dia bangun. Ninie biar aje. Kebetulan masa ni adik dia tido. Rupanya dia kerjakan mainan dia. Habis dia conteng semua. Sampai ke almari dia yang color putih tu dia conteng.
peace cool sangat la keje dia tu
 Ibu mmg istifar panjang-panjang... sabo ibu.. sabo....
Hari ke-2 demam
Hari Jumaat, agaknya dia dah bosan duk dalam rumah. Asyik merepek je menconteng sana sini. Pastu Ninie ajak dia balik rumah mak Ninie je. Suka sangat la dia.
 Balik je balok, dapat jumpa sahabat baik dia Hannan, terus baik demam.... sampai la harini.. Mmmmm lain kali balik Balok je la. Jumpa kawan dia je. Baik demam.
Yusouf  yang ceria
Apa yang boleh dikongsi, bila anak demam:-
  1. Bagi ubat secara konsisten. Jangan tunggu dia demam semula baru nak bagi ubat. Kalau teruk sangat demam dia bagi dalam tempoh 4jam sekali. Kalau dah kurang bagi dalam  tempoh 6jam sekali.
  2. Kalau demam melibihi 38.5cc dicadangkan guna ubat jenis lilin (masuk ikut  bontot)
  3. Sentiasa basahkan badan anak.
  4. Sentiasa bagi dia minum air masak yang banyak.
  5. Tak yah pakai baju pun tak apa, lagik baik.
  6. Mandi ngan kerap.
Alhamdulillah, dua beradik ni dah sihat. Bila dah sihat, kerjanya melasak ngan memunggah. Ibu..........fengsan!




linkwithin

Related Posts with Thumbnails