Pages

Thursday, January 31, 2013

Yusouf di diagnos: acute bronchitis with pneumonia

Sehari lepas g Klinik Balok,iaitu hari Rabu (9 Jan 2013), Ninie g keje macam biasa. Hantar Yusouf dan Zulaikha macam biasa ke taska, dia pun nampak sihat je. Tak ada batuk, tak ada pun selsema. Petang, masa Ninie ambik kat taska, cikgu bagitahu Yusouf tersembam. Bibir dia berdarah. Ninie buat biasa je, sbb dia mmg tengah lasak, selalu jugak tersembam kat rumah. Cuma tak pernah lagik luka. Ninie cek bibir dia, mmg ada kesan luka sikit je. Dia pun nampak ok je.Aktif. Balik umah, dia sambung melasak ngan kakak dia.

Tetiba masa maghrib tu Ninie dengar bunyi nafas dia kuat. Macam lelah. Dia pun sebelum ni mmg dah kena ambik nebulizer kalau jadi g tu. So, Ninie ajak Zex g Klinik An-nisa untuk ambik neb. Lepas dah neb dia bernafas dah ok, dah doc yang cek tu pun bgtau dia dah ok. Dah tak ada bunyi. Lega la Ninie masa tu.

Malam, dalam pukul 2pagi, Ninie dengar Yusouf duk pusing sana sini. Dia tido dalam playpen sensorg. Tapi biasala ibu kan, anak bergerak sikit pun kita mmg sedar.. Ninie pun ambik dia, tgk dia bernafas teruk sangat. Macam semput. Dada dia berombak-ombak. Ninie bagi susu. Dia minum je. Dia tak ada pun menangis. Ceria je. Siap main lagik. Pastu dia sambung tido balik. Ninie tidokan dia atas lengan dan peluk dia tido. 

Dalam kul 4 pagi, tetiba rasa berbahang panas, rupanya Yusouf demam. Cek ngan jangkasuhu, mmg dia demam 38 cc, masa tu. Ninie kejut Zex suruh ambik ubat demam. Lepas dia makan ubat demam, dia tido balik. Nafas dia masih kuat. 

Pagi Khamis, bangun nak g kerja, Ninie ngan Zex decide tak nak g keje la. Kena bawak jugak Yusouf g jumpa doc Siti kat KSH. Kitaorg pergi dalam kul10 pagi, sbb selalu doc Siti ada dalam waktu tu. Masa tu situasi biasa je. Yusouf pun boleh melasak lagik ngan Zulaikha. Jadinya Ninie tak ada bimbang sangat.

Kebetulan Doc Siti nak masuk bilik dia, dia sempat menyapa Ninie yang sedang tunggu turn. Nampak sangat dah biasa bawak anak dtg kan... Bila tiba turn Yusouf, Doc suruh bukak baju dia, terkejut Doc. Sbb Yusouf bernafas sampai tenggelam kat bahagian tengah antara paru-paru dan perut. Masa tu la start kepanikan Ninie. Doc ckp, cepat g kecemasan, lain kali kalau jadi mcm ni, jgn tunggu saya, terus g masuk kecemasan. Ninie mmg masih terpinga-pinga.... antara tak pasti.. takut.. sedih.. dan bimbang...

Ninie ngan Zex terus bawak Yusouf kat kecemasan KSH dlm bangunan yg sama je. Doc Siti cek, SPO2 ataupun kandungan oksigen dalam badan Yusouf sangat teruk, hanya 61%. Normal, mesti melebihi 95%. Sambil pegang Yusouf, Doc ngan org kat kecemasan terus buat rawatan. Ninie diam seribu bahasa. Dan Zex.... terpaksa duduk luar jaga Zulaikha. Nampak riak muka doc yang agak bimbang, pastu doc ckp... "awk nampak stokin anak awk ni?? (color grey), kulit Yusouf tadi color ni. anak awk ni dah nak biru....." terus air mata berlinang.. maaf Yusouf.. ibu tak tau....

Tetiba suhu badan dia meningkat, doc cepat-cepat cek, dan.. ya.. 38.5cc. Dia demam tiba-tiba. Terpaksa masuk ubat ikut bontot.
mula-mula sampai kena bg neb ngan oksigen. Kaki dah cucuk masuk drip. Dia kepenatan, terus tido.
Start pukul 11pagi, sampai kul 5ptg, Ninie duduk kat kecemasan. Kebetulan KSH mmg penuh yang amat. Aras satu untuk kanak-kanak. Tapi penuh, jadi Yusouf kena duduk bilik kongsi ngan org dewasa. Masa nak transfer ke wad, doc suruh test, kalau cabut SPO2 dia, brp peratus oksigen dalam badan dia. 61% jugak, so selagi SPO2 dia tak meningkat ke 95% sustain, dia mmg tak boleh bukak oksigen dia.

Lepas tu dia kena buat x-tray. Sib baik prosedur x-tray sgt senang, dan tak menyakitkan. Jadinya dia tak menangis.

Zulaikha, dia mmg tak faham, dia cuma faham Yusouf tak sihat, dia duduk, tak nak berganjak dari kecemasan nak tgk adik dia. Terpaksa jaga Yusouf dan dia sekali kat kecemasan. Puas apak pujuk ajak main kat luar dia tak nak.
masa dlm wad tingkat 2, kena pakai oksigen
Masa naik ke tingkat atas, Yusouf dah mula sedar, dia dah start meragam. 2 jam dia nangis tanpa henti. Tak pernah tgk dia menangis macam tu. Sbb Yusouf ni bukan jenis menangis. Nurse yang lalu lalang masa tu buat tak tahu je, mentang-mentangla floor tu bukan floor kanak-kanak. Dan of course, semua pesakit yg seblik ngan Yusouf, tak boleh tido.. Ninie dah berlinang air mata.. tak tahu nak pujuk Yusouf macam mana. saudara-mara Ninie yang banyak bg sokongan.. diaorg semua takut tgk keadaan Yusouf yang menangis dan bernafas dengan keadaan yang sangat teruk.

Zex lastnya ilang sabar, terus g kaunter nurse, dia bebel berbakul2, baru la nurse datang, bagi Yusouf neb lagik, dan buang oksigen dia. Lepas neb baru la Yusouf lena semula. Susu sehari tu cuma masuk perut dia 4oz je. Doc arahkan nurse pasang drip masuk air. Sbb takut Yusouf dehydrate. Dia langsung tak nak susu. Dia tak boleh nak menelan.

Hari ke-2(Jumaat), dia masih tak ok. Kekdg dia akan nangis.. air still masuk. Susu dia dah mula nak minum. Nafas dia nampak perubahan, tapi tekak dia masih nampak tenggelam bila dia bernafas. Sepanjang masa duduk kat wad dia kena masuk antibiotik selang 4jam sekali. Masuk ikut kaki. Makan ubat, buat neb.

Masa doc jumpa Ninie pagi hari ke-2 tu, doc ckp dia datang kul 2pagi tgk Yusouf , tapi dia tak nak gerak Ninie bangun, sbb dia tgk Ninie tido lena sangat. Mmg la, penat yang amat sangat hari tu. Zulaikha tido umah mak Ninie. Sib baik ada sepupu dia Hannan. Nak la dia ikut. Zex teman Ninie, dia cuma tido atas lantai pakai selimut hospital, mmg tido dalam kesejukan, bilik tu mmg sempit, tapi terpaksa.

Doc bagitahu, result X-tray Yusouf, paru-paru dia penuh dengan kahak, kena jangkitan kuman dalam paru dan darah. Sepanjang hari, ninie mmg pangku je Yusouf. Letak bila dia dah betul-betul lena.

Petang, Zulaikha datang datang dari Balok ngan mak Ninie, kemain suka, tapi dalam pukul 11malam, mak Ninie telefon, mintak Zex tido kat Balok, sbb Zulaikha asyik sebut... "nak ibu... nak ibu.........." pastu air mata meleleh. Tok mana tahan... dia ckp sedih sgt tgk keadaan Zulaikha. Zex baru nak tido, terpaksa balik Balok. Ninie ngan Yusouf je kat KSH hari Jumaat tu.
Yusouf mmg susah sangat nak makan ubat. Mmg setiap kali nak makan ubat kena pegang dia tak bg bergerak, tutup hidung dia, bila dia bukak mulut, terus kena tekan sringe. Kekdg tak masuk, kena ulang lg . Mmg sangat sekse. 

Masuk antibiotik kena guna pam, sejam lamanya setiap kali kena masuk ubat. Dia mmg tak duduk diam. Pusing sana sini. Hari ke-3 (Sabtu),  masa tu petang, kebetulan famili belah Zex ngan kengkawan Ninie ramai dtg melawat Yusouf, masa tu jugak nurse nak masuk ubat ikut kaki, tp tak guna pam, zex dah tegur nurse tu, yang kaki Yusouf dah bengkak, nurse tu try jugak, lastnya Yusouf menangis sekuat hati, nurse serender, dan bukak balik jarum drip kat kaki dia. Nurse ckp kaki ni tak boleh dah masuk ubat, jarum drip tu dah bengkok sbb Yusouf duduk tak diam.

Ninie pun dah rasa bosan duduk wad lelaki ni, bilik air kena share, kebetulan patient lelaki pengotor, merokok dalam tandas. Pastu kalau ramai org dtg melawat, kebetulan Yusouf tido, mmg jadi  tension, sbb terganggu masa rehat dan tido Yusouf. Ninie pun sambil dukung Yusouf, g ke kaunter untuk tukar bilik. Alhamdulillah rezeki ada, walaupun masa g tu, nurse ckp kena que dulu.

Dalam pukul maghrib kot, dapat tukar bilik sorang. Lega yang teramat sangat!...
Yusouf tetap ceria walaupun dia masih belum sihat sepenuhnya
 Bawak tilam kegemaran dia. Lena dia tido walaupun tgh masuk ubat pakai pam..
Ada sofa yang boleh jadikan katil, so malam tu, Ninie tido ngan Yusouf, Zulaikha tido dengan Apak atas sofa. Selesa amat bilik ni. Siap ngan TV dan astro. Orang datang melawat pun rasa selesa nak dtg tgk Yusouf..
Hari pertama tido bilik baru, Doc suruh bawak Yusouf pergi bilik rawatan untuk buat drip baru. Kebetulan sebelum pergi tu, dia main kat pagar katil, tergelincir sikit je, berdarah balik bibir dia. Ninie tak perasan, sampai doc tegur, kenapa tangan Yusouf ada darah. Panik betul Ninie masa tu, doc cek, rupanya bibir Yusouf luka sikit. Doc suruh sapu ubat. Tak bahaya sangat. Leganya rasa.

Masa pasang drip baru, kaki dia payah nak cari urat, mmg 3orang kena pegang, Ninie terus lepas Yusouf, hanya tgk dari jauh. Kebalkan hati.. dan tahan air mata............................. maaf kan ibu Yusouf...

  Start hari ke 3 jugak, Yusouf start kena buat fisioterapi buang kahak. Kali ni mmg dia meraung la. Sehari 2kali kena buat fisio. Dan Yusouf kena puasa 2jam sebelum buat fisio.Fisiotherapy pesan suruh bg Yusouf minum banyak air kosong, supaya boleh cairkan kahak dia.
 Mula-mula kena bedung, dah tepuk bahagian dada dia, tujuannya nak longgarkan kahak.
 Lepas tu, tepuk belakang pulak, untuk longgarkan kahak.
 Pastu, fisiotherapy akan sedut hidung dia untuk keluarkan kahak... mmg banyak, kuning, berketul-ketul ...
Paling banyak dalam paru-paru dia, sampai hari terakhir, masih kuning dan berketul.. Yusouf meraung lagik.. Tiap kali buat fisio mmg ada saudaramara atau kawan-kawan yang teman. Kalau ada yang tak tahan nak tgk, mmg keluar semula tak nak tgk.

Zulaikha mmg suka ikut, sbb kat situ mcm jim. Dia ingat tempat tu untuk main.. Kalau dtg dengan dia je, mmg susah nak ajak balik bilik. Fisiotherapy ni plak suka layan dia, kalau bg coklat terus dia ajak balik. Dia tak ada perasaan pun tgk Yusouf tu meraung... dengan dunia dia la. Melompat-lompat. Pernah sekali, tengah melompat, dia muntah. Jenuhla org kat situ nak mengelap... aduhai kakak... letihnya ibu..

Ramai kengkwan dan saudara mara datang melawat. Supportif sungguh. Ada yang bagi hadiah kat Yusouf. Tapi.... semua Zulaikha yang kongker...

Hadiah dari Jiran Ninie, Kak Nor, yang ni mmg sangat ceriakan ibu
lepas je Jiran Ninie balik, terus kami yang masih ada kat bilik ni, melahap kek sampai licin.. 
Zulaikha la paling menceriakan ibu ngan gelagat dia. Mainan dia mmg tak tinggal,. ni kalau sesiapa usik meooom ngan atomen dia tengah tido, mmg dia mengamuk.
Terima kasih sangat kepada semua saudara-mara dan kengkawan yang tak putus-putus tanya khabar Yusouf. Berkat doa kalian, Yusouf bertambah sihat.

 Hari yang ke empat (Ahad), kebetulan Zex ada kerja, sepupu Ninie, Asilah teman Ninie tido kat KSH. Dia mmg sayang sangat Yusouf, mak Ninie panggil dia, "inang Yusouf".. :-) Dia tido  ngan Yusouf atas katil, Ninie tido ngan Zulaikha. Pagi-pagi Asilah dah bangun, siap-siap g sekolah. Terima kasih Asilah... :-) susah payah angkut baju sekolah tido kat hospital.

Hari ke lima (Isnin),  mmg susah sangat nak urus 2orang anak kat hospital sorang-sorang. Zex kerja. Kebetulan Along  Ninie telefon, macam tahu je, terus dia datang ngan kakak ipar Ninie, teman Ninie sepanjang hari.

Sebelum diaorg datang, Ninie dah mintak ngan nurse babycourt, sbb atas katil takut Yusouf jatuh kalau Ninie solat atau g tandas. Zulaikha pun sangat bahaya, takut dia buat bukan-bukan kat adik dia.
 kakak yang suka sangat memanjat
 tgk la dia..

 tak boleh larang... dia ckp nak teman adik..
my charming prince yang selalu ceria
Last day kat hospital.. nak siap-siap balik rumah
wit Mak long!
Alhamdulillah kesihatan dia bertambah baik. Barula Ninie rasa lega sangat-sangat. Doc bagi Ninie keluar bila cek result darah dia dah ok, pernafasan dia dah ok.

Macam mana Yusouf boleh dapat jangkitan? Ninie pun tak pasti macam mana, doc ckp, Yusouf pun macam Zulaikha. Sensetif yang amat sangat!.  Baca sini, Zulaikha pun pernah admit wad sbb pneumonia. Lepas ni, Ninie mmg kena lagi peka dengan perubahan Yusouf.

Lepas keluar wad, Ninie g follow up lepas 1 week, berat dia naik sampai 600gram. Dari 7.9kg ke 8.5kg. Dia mmg kuat minum susu, sekali minum 6oz, doc ckp kesan ubat yang mengandungi steriod, dia jadi selera. Dan paling Ninie happy, dia dah mula belajar makan, sebelum ni doc ckp, mungkin badan dia tak selesa, tapi kita tak tahu. Ninie beranggapan kalau dia tak batuk, atau selsema, dia ok je. Tapi tak.. dia berbeza ngan Zulaikha.... Yusouf budak yang cekal dan kuat mmg susah nak nampak dia sakit, kecuali kondisi badan dia dah teruk sangat.

Ninie nak ucapkan terima kasih sekali lagik kepada seluruh kaum keluarga dan kawan-kawan Ninie yang tak putus-putus teman Ninie kat hospital, ada yang datang melawat, dan juga yang berdoa dari jauh. Jasa dan doa semua mmg Ninie hargai sangat!... Allah sahaja yang dapat balas semuanya.. Terima kasih sekali lagi.. 


4 comments:

  1. Jaga yusof baik2 nini... sedihnya kfirah baca post ni... I feel u. Syafiqah pun dulu prnh warded sbb yg sama. Since then, mmg hati2 sgt. No karpets kt rumah..pengumpul debu paling byk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Firah: terima kasih. InsyaAllah.. mmg takut sgt bila jadi macam ni kan. Rumah Ninie mmg tak ada langsung karpets sbb Zulaikha pun macam tu. Tapi mayb faktor lain yang Ninie tak perasan. Ninie kena lebih hati2.. tqs kak firah.

      Delete
  2. salam ukhwah ninie.. Sedih saya baca entri ni sebab condition sama ngan anak sulung.. 3 kali masuk hospital dan terlalu bergantung pada neb.. Alhamdulillah lepas cuba rawatan homeopati, prof. tu cakap in shaa Allah anak awak tak perlu neb.. alhamdulillah.mungkin Arief tak sesuai dengan suntikan yang umur setahun tu.. in shaa Allah Yusof akan diberi kesihatan sentiasa.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ukhwah. Tqvm sbb sudi singgah. ooo hemopati ok ye.. Terima kasih bg tahu.. Boleh Ninie cuba. ooo dia alah ngan suntikan... Anak sulung saya alah ngan suntikan 18M. kena kejarkan kecemasan lepas sejam cucuk. Mmg anak-anak saya jenis alah. Saya kena lebih hati2.. :-)

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails