Pages

Monday, January 7, 2013

Jahitan: Dugaan menjahit

Sekarang ni cuti je, mmg menjahit. Alhamdulillah rezeki, cuma masa je tak berapa cukup. Kerja siang hari, malam je dah penat nak menjahit, kalau duk menjahit masa ngan anak-anak plak kurang. Zulaikha selalu tido lewat malam, dia suruh kita main ngan dia, kalau Ninie nak menjahit mmg kena bagi dia tido dulu, pastu bangun tgh malam untuk menjahit. Tapi penat jugak kalau hari-hari macam tu. So hari cuti jela nak menjahit. Tu pun tak boleh lama-lama, nanti Zulaikha kacau. Jadinya Ninie mmg tak boleh ambik  tempahan banyak, just yang santai-santai je. Yang tak ada dateline.. huhu boleh ke gitu?? Yang mana menempah mmg sangat memahami.. alhamdulillah..
Baju sekolah jiran depan rumah, mmg ada dateline. Sekolahnya dah start, baju belum siap, mummy dia cakap tak apa, baju tahun lepas ada lagik, lega rasa. 3 pasang baju nak kena jahit. Bila nak menjahit banyak, kena duduk umah mak, nanti Yusouf, ada orang tolong jaga. Mmmm kesian Yusouf.. Kekdg rasa bersalah ngan anak bila Ninie terlalu sangat menjahit.. tapi kena jahit, at least ada extra income, untuk anak-anak juga.. 

Ninie ingat masa kecik-kecik dulu, mak Ninie tukang jahit, jadinya siang malam dia menjahit mencari rezeki untuk kami sekeluarga.Abah keja shift, selalu buat OT. Sbb gaji dia kecik. Bila Ninie duduk tempat mak sekarang, baru Ninie faham, betapa penatnya dia siang malam menjahit. Penatnya abah balik keje. Pastu tgk rumah macam tongkang pecah, kami bertiga kerjakan.. 

Ninie ingat lagik, baju raya kami tak siap, sbb mak sibuk jahit baju raya orang. Pagi-pagi dah siap mandi, excited nak pakai baju raya, tapi baju belum siap, mak baru nak siapkan. Tapi..... mak akan siapkan jugak.. terharunya.. dia akan siapkan jugak, walaupun sepasang. Dan abah... akan cari jugak kasut atau selipar untuk kami.. Ninie ingat lagik, abah akan ambik lidi atau tali ukur tapak kaki kami, bawak g kedai untuk beli kasut/selipar. Kami tak pernah diberi untuk memilih, tapi terima apa saja pilihan mak ngan abah. Tetiba sedih.... agaknya sekarang, mak ngan abah dapat tak apa yang dia nak dari kami. Tapi mak ngan abah mmg tak mintak apa-apa, dia ckp, jadi anak soleh dan solehah je, doakan abah ngan mak.... dah kawen, jadilah isteri yang solehah.. InsyaAllah, walaupun kekdg................... mak ngan abah je yang tahu.. hiks!... tak nak sambung.. syahdu plak.. 
Hari Ninie menjahit tu tetiba Yusouf kena lelah, Ninie berhenti menjahit, bawak dia g Klinik Syed Badaruddin, tapi Ninie tak bawak surat refer KSH untuk dos sukatan nak buat Neb tu, terpaksala Ninie balik IS untuk ambik surat refer tu. g klinik Annisa area IS ambik neb. Lega tgk bila dah ambik neb. Banyak betul dugaan nak menjahit ni.. Tapi anak mesti diutamakan! 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails