Pages

Tuesday, January 1, 2013

Holiday di KL hari ke dua

Hari ke dua, kitaorg mmg siap awal-awal pagi sebb plan nak g Aquaria KLCC. Kalau g lambat, musim cuti sekolah ni, mmg sesak la. Sekarang ni senang dah menjelajah KL, pakai GPS je. Kalau dulu, kompem sesat barat. Dari serdang nak ke KLCC tak sampai setengah jam pun. Lepas sarapan pagi ngan adik ipar, terus g KLCC.
Sampai sana kul 10.30 pagi. Aquaria pun tak bukak lagi, tapi orang dah start beratur. Ninie pun beratur terus, bukak je kaunter terus je beli tiket. Untuk dewasa RM35, Zulaikha ngan Yusouf Free je. Zulaikha mmg tak duk diam sana-sini dia berjalan, mmg susah sangat nak kawal...
 Lama sikit menunggu dia akan menunjukkan muka bosan.. terpaksala dukung bg mengelakkan dia berlari ke sana ke mari. Lenguh habis otot-otot tangan ibu..
Suka sangat dia dpt tgk fish. Excited!
bulat semacam je kan..
 suka sgt dia dpt tgk fish depan mata. Ibu tumpang possing sementara anak sedang asyik menengok ikan
 kat bawah terowong ni mmg banyak kali kitaorg tawaf.. hahaha nak bg berbaloi bayar RM35 sorang. Muka ikha tu mcm dah bosan je..
agaknya dah byk kali sgt ibu tawaf, zulaikha pun dah bosan.. fish ni sama je..
"ibu! kura-kura lah!" huhu penyu tu sayang.. dia bukan faham pun beza penyu ngan kura-kura.. hahah
last kali layan depan ni je. Tgk org bg makan pishhhh... dan muka Zulaikha dah ilang excited... maka kami pun ajak je dia keluar. Sebelum keluar tu mmg macam-macam barang mainan ada jual. Sib baik dia ambik yang murah je.. huhuhu
Sebb hari masih awal, kami pun jenjalan ke KLCC pulak. Nak g toy ur's. Masa ni Ninie rasa penat gila mengejar Zulaikha. Dia, kalau jumpa ruang yang luas untuk berlari mmg macam lipas kudung la.Bila kita kejar dia, dia ingat kita nak main kejar-kejar pulak. Sampai org ramai tgk Ninie kejar dia, yang mana dpt pegang dia, tolong tangkap plak.. Huhu sgt sekse.
Berjaya tangkap! rehat kejap...
 Perut pun dah lapar, g KFC je. Macam biasa, tempat yang senang nak urus anak-anak
my charming boy.. selalu behave!
on the way nak cari Toy ur's terjumpa pulak kawan dia si barney ni. Terpaksa take 5!
dalam banyak-banyak mainan, dinasour pilihan dia. Kalau datang sini, mmg bg dia main puas-puas. Lastnya tak beli pun. Ibu boleh  melangkah keluar dengan senyuman :-)
Atomen tak ada nak lawan ngan dinasour, terpaksala dinasour lawan sesama sendiri..
first time makan nandos
Lepas dah habis kisah kat Toy ur's, kami pun decide nak g Alamanda semula, nak shopping barang ibu pulak. Sib baik la sebelum masuk kereta, Yusouf telah membuat pelaburan lebih awal, jadi dua-dua anakda ni mandi kat washroom KLCC. Selesa changing room dia. Bagi mandi, badan diaorg selesa skit nak bergerak ke destinasi seterusnya. Masuknya je kereta, bagi susu, terus budak berdua ni tido keletihan. Nak sampai ke Alamanda dapat la diaorg ni tido kejap.
 
Ninie first time makan nandos ni, selalu tgk sepupu Ninie, si Diana ni suka sgt tayang makan kat nandos, eden pun teringin jugak. Kompem sedappp! Tapi nak makan, kena gili-gilir ngan Zex, sbb Zulaikha nak main mainan kat luar Nandos tu. Tak habis-habis ngan main.. bateri dia mmg lambat abis.. bateri ibu je yang cepat nak out..
 
Balik je umah adik ipar, pengsan kami seme tido.. Nikmat betul tido...
 

 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails