Pages

Wednesday, January 30, 2013

Eizz Yusouf 8 Bulan

Lamanya tak update blog. Bukan malas, tapi sejak pakai smart phone yang canggih skit dari C3 ni, tak reti nak transfer gambar.. hahahahah.. baru pas belajar transfer gambar. Baru la boleh nak post post ni. Ninie suka tulis blog bukan la tujuan nak tayang pasal kehidupan sgt, cuma nak kongsi kisah. Mungkin ada kisah yang jadi ilmu, atau tauladan kan... (poyos!) dan paling utama, blog ni sebenarnya diari Ninie, tapi diari ni Ninie saje nak tayang kat semua org... hahahaha. Nanti bila Zulaikha dan Yusouf dah besar, biar dia tahu macam mana perangai ibu dia, dan macam mana susah payah ibu ngan apak besarkan dia, bukan nak minta balasan.. cuma nak minta kasih sayang je :-) (poyoooo lagik...)

8 Jan 2013, Yusouf genap usia 8 bulan, dan bulan ni Yusouf kena buat cek up kat Klinik Balok. Dan macam biasa Ninie mesti la ambik cuti. Pertama kali bos Ninie tanya, kenapa nak ambik cuti? (sbb Ninie lupa nak apply awal.. walaupun bos tu amatla memahami.. tetiba bila dia  tanya.. sentap jugak laa..... --->> bersalah kah aku kerana cuti??? mmg salah pun.. sbb tak bagi tahu bos awal.. weeeeeeeeeee----

Masa pergi Klinik dia mmg sihat, alhamdulillah, 8 Bulan mmg tak perlu cucuk, just timbang berat dan ukur tinggi. Mmg sekejap sgt la. Zulaikha, Ninie hangkut sekali bawak g Klinik, sbb dia ckp, "nak tgk Eikkk Lusyohh kena cucuk.." Sampai sana, dia yang lebih main, dari satu kerusi lompat kerusi lain. Adik dia diam aje. 

Berat Yusouf mmg tak naik, sbb dia mmg tak nak makan. Ninie hairan jugak sbb dia dah usia 8bulan. Ada Ninie tanya kengkawan, dan diaorg ckp, normal, sesetengah baby mmg macam tu. Lega la kejap..

Berat Yusouf tak naik sgt... dari 7.9kg tak gerak pun.. still 7.9kg jugak. Tinggi je meningkat. dari 70cm dah 74cm. Patutla Ninie rasa dia kurus sangat.
 8 bulan Yusouf dah mula memapah. dia cuba pegang sofa dan berdiri. Pantang ada apa-apa yang boleh dia pegang, dia akan cuba untuk bangun dan berdiri.
 Suka sangat dpt berdiri..
 Tengah syok ibu snap gambar Yusouf, Kakak Zulaikha datang, nak interframe jugak.... 
Yusouf dah pandai pegang botol susu sendiri, dia cepat belajar. Masa ni dia minum susu tak banyak sgt. Ninie risau sgt, tapi sbb dia sihat je, Ninie lega la skit... 

Ada kengkawan dan saudara yang tahu, sehari lepas tu Yusouf  masuk wad.. Sebbnya.. Ninie cerita next entry :-) 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails