Pages

Thursday, January 31, 2013

Yusouf di diagnos: acute bronchitis with pneumonia

Sehari lepas g Klinik Balok,iaitu hari Rabu (9 Jan 2013), Ninie g keje macam biasa. Hantar Yusouf dan Zulaikha macam biasa ke taska, dia pun nampak sihat je. Tak ada batuk, tak ada pun selsema. Petang, masa Ninie ambik kat taska, cikgu bagitahu Yusouf tersembam. Bibir dia berdarah. Ninie buat biasa je, sbb dia mmg tengah lasak, selalu jugak tersembam kat rumah. Cuma tak pernah lagik luka. Ninie cek bibir dia, mmg ada kesan luka sikit je. Dia pun nampak ok je.Aktif. Balik umah, dia sambung melasak ngan kakak dia.

Tetiba masa maghrib tu Ninie dengar bunyi nafas dia kuat. Macam lelah. Dia pun sebelum ni mmg dah kena ambik nebulizer kalau jadi g tu. So, Ninie ajak Zex g Klinik An-nisa untuk ambik neb. Lepas dah neb dia bernafas dah ok, dah doc yang cek tu pun bgtau dia dah ok. Dah tak ada bunyi. Lega la Ninie masa tu.

Malam, dalam pukul 2pagi, Ninie dengar Yusouf duk pusing sana sini. Dia tido dalam playpen sensorg. Tapi biasala ibu kan, anak bergerak sikit pun kita mmg sedar.. Ninie pun ambik dia, tgk dia bernafas teruk sangat. Macam semput. Dada dia berombak-ombak. Ninie bagi susu. Dia minum je. Dia tak ada pun menangis. Ceria je. Siap main lagik. Pastu dia sambung tido balik. Ninie tidokan dia atas lengan dan peluk dia tido. 

Dalam kul 4 pagi, tetiba rasa berbahang panas, rupanya Yusouf demam. Cek ngan jangkasuhu, mmg dia demam 38 cc, masa tu. Ninie kejut Zex suruh ambik ubat demam. Lepas dia makan ubat demam, dia tido balik. Nafas dia masih kuat. 

Pagi Khamis, bangun nak g kerja, Ninie ngan Zex decide tak nak g keje la. Kena bawak jugak Yusouf g jumpa doc Siti kat KSH. Kitaorg pergi dalam kul10 pagi, sbb selalu doc Siti ada dalam waktu tu. Masa tu situasi biasa je. Yusouf pun boleh melasak lagik ngan Zulaikha. Jadinya Ninie tak ada bimbang sangat.

Kebetulan Doc Siti nak masuk bilik dia, dia sempat menyapa Ninie yang sedang tunggu turn. Nampak sangat dah biasa bawak anak dtg kan... Bila tiba turn Yusouf, Doc suruh bukak baju dia, terkejut Doc. Sbb Yusouf bernafas sampai tenggelam kat bahagian tengah antara paru-paru dan perut. Masa tu la start kepanikan Ninie. Doc ckp, cepat g kecemasan, lain kali kalau jadi mcm ni, jgn tunggu saya, terus g masuk kecemasan. Ninie mmg masih terpinga-pinga.... antara tak pasti.. takut.. sedih.. dan bimbang...

Ninie ngan Zex terus bawak Yusouf kat kecemasan KSH dlm bangunan yg sama je. Doc Siti cek, SPO2 ataupun kandungan oksigen dalam badan Yusouf sangat teruk, hanya 61%. Normal, mesti melebihi 95%. Sambil pegang Yusouf, Doc ngan org kat kecemasan terus buat rawatan. Ninie diam seribu bahasa. Dan Zex.... terpaksa duduk luar jaga Zulaikha. Nampak riak muka doc yang agak bimbang, pastu doc ckp... "awk nampak stokin anak awk ni?? (color grey), kulit Yusouf tadi color ni. anak awk ni dah nak biru....." terus air mata berlinang.. maaf Yusouf.. ibu tak tau....

Tetiba suhu badan dia meningkat, doc cepat-cepat cek, dan.. ya.. 38.5cc. Dia demam tiba-tiba. Terpaksa masuk ubat ikut bontot.
mula-mula sampai kena bg neb ngan oksigen. Kaki dah cucuk masuk drip. Dia kepenatan, terus tido.
Start pukul 11pagi, sampai kul 5ptg, Ninie duduk kat kecemasan. Kebetulan KSH mmg penuh yang amat. Aras satu untuk kanak-kanak. Tapi penuh, jadi Yusouf kena duduk bilik kongsi ngan org dewasa. Masa nak transfer ke wad, doc suruh test, kalau cabut SPO2 dia, brp peratus oksigen dalam badan dia. 61% jugak, so selagi SPO2 dia tak meningkat ke 95% sustain, dia mmg tak boleh bukak oksigen dia.

Lepas tu dia kena buat x-tray. Sib baik prosedur x-tray sgt senang, dan tak menyakitkan. Jadinya dia tak menangis.

Zulaikha, dia mmg tak faham, dia cuma faham Yusouf tak sihat, dia duduk, tak nak berganjak dari kecemasan nak tgk adik dia. Terpaksa jaga Yusouf dan dia sekali kat kecemasan. Puas apak pujuk ajak main kat luar dia tak nak.
masa dlm wad tingkat 2, kena pakai oksigen
Masa naik ke tingkat atas, Yusouf dah mula sedar, dia dah start meragam. 2 jam dia nangis tanpa henti. Tak pernah tgk dia menangis macam tu. Sbb Yusouf ni bukan jenis menangis. Nurse yang lalu lalang masa tu buat tak tahu je, mentang-mentangla floor tu bukan floor kanak-kanak. Dan of course, semua pesakit yg seblik ngan Yusouf, tak boleh tido.. Ninie dah berlinang air mata.. tak tahu nak pujuk Yusouf macam mana. saudara-mara Ninie yang banyak bg sokongan.. diaorg semua takut tgk keadaan Yusouf yang menangis dan bernafas dengan keadaan yang sangat teruk.

Zex lastnya ilang sabar, terus g kaunter nurse, dia bebel berbakul2, baru la nurse datang, bagi Yusouf neb lagik, dan buang oksigen dia. Lepas neb baru la Yusouf lena semula. Susu sehari tu cuma masuk perut dia 4oz je. Doc arahkan nurse pasang drip masuk air. Sbb takut Yusouf dehydrate. Dia langsung tak nak susu. Dia tak boleh nak menelan.

Hari ke-2(Jumaat), dia masih tak ok. Kekdg dia akan nangis.. air still masuk. Susu dia dah mula nak minum. Nafas dia nampak perubahan, tapi tekak dia masih nampak tenggelam bila dia bernafas. Sepanjang masa duduk kat wad dia kena masuk antibiotik selang 4jam sekali. Masuk ikut kaki. Makan ubat, buat neb.

Masa doc jumpa Ninie pagi hari ke-2 tu, doc ckp dia datang kul 2pagi tgk Yusouf , tapi dia tak nak gerak Ninie bangun, sbb dia tgk Ninie tido lena sangat. Mmg la, penat yang amat sangat hari tu. Zulaikha tido umah mak Ninie. Sib baik ada sepupu dia Hannan. Nak la dia ikut. Zex teman Ninie, dia cuma tido atas lantai pakai selimut hospital, mmg tido dalam kesejukan, bilik tu mmg sempit, tapi terpaksa.

Doc bagitahu, result X-tray Yusouf, paru-paru dia penuh dengan kahak, kena jangkitan kuman dalam paru dan darah. Sepanjang hari, ninie mmg pangku je Yusouf. Letak bila dia dah betul-betul lena.

Petang, Zulaikha datang datang dari Balok ngan mak Ninie, kemain suka, tapi dalam pukul 11malam, mak Ninie telefon, mintak Zex tido kat Balok, sbb Zulaikha asyik sebut... "nak ibu... nak ibu.........." pastu air mata meleleh. Tok mana tahan... dia ckp sedih sgt tgk keadaan Zulaikha. Zex baru nak tido, terpaksa balik Balok. Ninie ngan Yusouf je kat KSH hari Jumaat tu.
Yusouf mmg susah sangat nak makan ubat. Mmg setiap kali nak makan ubat kena pegang dia tak bg bergerak, tutup hidung dia, bila dia bukak mulut, terus kena tekan sringe. Kekdg tak masuk, kena ulang lg . Mmg sangat sekse. 

Masuk antibiotik kena guna pam, sejam lamanya setiap kali kena masuk ubat. Dia mmg tak duduk diam. Pusing sana sini. Hari ke-3 (Sabtu),  masa tu petang, kebetulan famili belah Zex ngan kengkawan Ninie ramai dtg melawat Yusouf, masa tu jugak nurse nak masuk ubat ikut kaki, tp tak guna pam, zex dah tegur nurse tu, yang kaki Yusouf dah bengkak, nurse tu try jugak, lastnya Yusouf menangis sekuat hati, nurse serender, dan bukak balik jarum drip kat kaki dia. Nurse ckp kaki ni tak boleh dah masuk ubat, jarum drip tu dah bengkok sbb Yusouf duduk tak diam.

Ninie pun dah rasa bosan duduk wad lelaki ni, bilik air kena share, kebetulan patient lelaki pengotor, merokok dalam tandas. Pastu kalau ramai org dtg melawat, kebetulan Yusouf tido, mmg jadi  tension, sbb terganggu masa rehat dan tido Yusouf. Ninie pun sambil dukung Yusouf, g ke kaunter untuk tukar bilik. Alhamdulillah rezeki ada, walaupun masa g tu, nurse ckp kena que dulu.

Dalam pukul maghrib kot, dapat tukar bilik sorang. Lega yang teramat sangat!...
Yusouf tetap ceria walaupun dia masih belum sihat sepenuhnya
 Bawak tilam kegemaran dia. Lena dia tido walaupun tgh masuk ubat pakai pam..
Ada sofa yang boleh jadikan katil, so malam tu, Ninie tido ngan Yusouf, Zulaikha tido dengan Apak atas sofa. Selesa amat bilik ni. Siap ngan TV dan astro. Orang datang melawat pun rasa selesa nak dtg tgk Yusouf..
Hari pertama tido bilik baru, Doc suruh bawak Yusouf pergi bilik rawatan untuk buat drip baru. Kebetulan sebelum pergi tu, dia main kat pagar katil, tergelincir sikit je, berdarah balik bibir dia. Ninie tak perasan, sampai doc tegur, kenapa tangan Yusouf ada darah. Panik betul Ninie masa tu, doc cek, rupanya bibir Yusouf luka sikit. Doc suruh sapu ubat. Tak bahaya sangat. Leganya rasa.

Masa pasang drip baru, kaki dia payah nak cari urat, mmg 3orang kena pegang, Ninie terus lepas Yusouf, hanya tgk dari jauh. Kebalkan hati.. dan tahan air mata............................. maaf kan ibu Yusouf...

  Start hari ke 3 jugak, Yusouf start kena buat fisioterapi buang kahak. Kali ni mmg dia meraung la. Sehari 2kali kena buat fisio. Dan Yusouf kena puasa 2jam sebelum buat fisio.Fisiotherapy pesan suruh bg Yusouf minum banyak air kosong, supaya boleh cairkan kahak dia.
 Mula-mula kena bedung, dah tepuk bahagian dada dia, tujuannya nak longgarkan kahak.
 Lepas tu, tepuk belakang pulak, untuk longgarkan kahak.
 Pastu, fisiotherapy akan sedut hidung dia untuk keluarkan kahak... mmg banyak, kuning, berketul-ketul ...
Paling banyak dalam paru-paru dia, sampai hari terakhir, masih kuning dan berketul.. Yusouf meraung lagik.. Tiap kali buat fisio mmg ada saudaramara atau kawan-kawan yang teman. Kalau ada yang tak tahan nak tgk, mmg keluar semula tak nak tgk.

Zulaikha mmg suka ikut, sbb kat situ mcm jim. Dia ingat tempat tu untuk main.. Kalau dtg dengan dia je, mmg susah nak ajak balik bilik. Fisiotherapy ni plak suka layan dia, kalau bg coklat terus dia ajak balik. Dia tak ada perasaan pun tgk Yusouf tu meraung... dengan dunia dia la. Melompat-lompat. Pernah sekali, tengah melompat, dia muntah. Jenuhla org kat situ nak mengelap... aduhai kakak... letihnya ibu..

Ramai kengkwan dan saudara mara datang melawat. Supportif sungguh. Ada yang bagi hadiah kat Yusouf. Tapi.... semua Zulaikha yang kongker...

Hadiah dari Jiran Ninie, Kak Nor, yang ni mmg sangat ceriakan ibu
lepas je Jiran Ninie balik, terus kami yang masih ada kat bilik ni, melahap kek sampai licin.. 
Zulaikha la paling menceriakan ibu ngan gelagat dia. Mainan dia mmg tak tinggal,. ni kalau sesiapa usik meooom ngan atomen dia tengah tido, mmg dia mengamuk.
Terima kasih sangat kepada semua saudara-mara dan kengkawan yang tak putus-putus tanya khabar Yusouf. Berkat doa kalian, Yusouf bertambah sihat.

 Hari yang ke empat (Ahad), kebetulan Zex ada kerja, sepupu Ninie, Asilah teman Ninie tido kat KSH. Dia mmg sayang sangat Yusouf, mak Ninie panggil dia, "inang Yusouf".. :-) Dia tido  ngan Yusouf atas katil, Ninie tido ngan Zulaikha. Pagi-pagi Asilah dah bangun, siap-siap g sekolah. Terima kasih Asilah... :-) susah payah angkut baju sekolah tido kat hospital.

Hari ke lima (Isnin),  mmg susah sangat nak urus 2orang anak kat hospital sorang-sorang. Zex kerja. Kebetulan Along  Ninie telefon, macam tahu je, terus dia datang ngan kakak ipar Ninie, teman Ninie sepanjang hari.

Sebelum diaorg datang, Ninie dah mintak ngan nurse babycourt, sbb atas katil takut Yusouf jatuh kalau Ninie solat atau g tandas. Zulaikha pun sangat bahaya, takut dia buat bukan-bukan kat adik dia.
 kakak yang suka sangat memanjat
 tgk la dia..

 tak boleh larang... dia ckp nak teman adik..
my charming prince yang selalu ceria
Last day kat hospital.. nak siap-siap balik rumah
wit Mak long!
Alhamdulillah kesihatan dia bertambah baik. Barula Ninie rasa lega sangat-sangat. Doc bagi Ninie keluar bila cek result darah dia dah ok, pernafasan dia dah ok.

Macam mana Yusouf boleh dapat jangkitan? Ninie pun tak pasti macam mana, doc ckp, Yusouf pun macam Zulaikha. Sensetif yang amat sangat!.  Baca sini, Zulaikha pun pernah admit wad sbb pneumonia. Lepas ni, Ninie mmg kena lagi peka dengan perubahan Yusouf.

Lepas keluar wad, Ninie g follow up lepas 1 week, berat dia naik sampai 600gram. Dari 7.9kg ke 8.5kg. Dia mmg kuat minum susu, sekali minum 6oz, doc ckp kesan ubat yang mengandungi steriod, dia jadi selera. Dan paling Ninie happy, dia dah mula belajar makan, sebelum ni doc ckp, mungkin badan dia tak selesa, tapi kita tak tahu. Ninie beranggapan kalau dia tak batuk, atau selsema, dia ok je. Tapi tak.. dia berbeza ngan Zulaikha.... Yusouf budak yang cekal dan kuat mmg susah nak nampak dia sakit, kecuali kondisi badan dia dah teruk sangat.

Ninie nak ucapkan terima kasih sekali lagik kepada seluruh kaum keluarga dan kawan-kawan Ninie yang tak putus-putus teman Ninie kat hospital, ada yang datang melawat, dan juga yang berdoa dari jauh. Jasa dan doa semua mmg Ninie hargai sangat!... Allah sahaja yang dapat balas semuanya.. Terima kasih sekali lagi.. 


Wednesday, January 30, 2013

Eizz Yusouf 8 Bulan

Lamanya tak update blog. Bukan malas, tapi sejak pakai smart phone yang canggih skit dari C3 ni, tak reti nak transfer gambar.. hahahahah.. baru pas belajar transfer gambar. Baru la boleh nak post post ni. Ninie suka tulis blog bukan la tujuan nak tayang pasal kehidupan sgt, cuma nak kongsi kisah. Mungkin ada kisah yang jadi ilmu, atau tauladan kan... (poyos!) dan paling utama, blog ni sebenarnya diari Ninie, tapi diari ni Ninie saje nak tayang kat semua org... hahahaha. Nanti bila Zulaikha dan Yusouf dah besar, biar dia tahu macam mana perangai ibu dia, dan macam mana susah payah ibu ngan apak besarkan dia, bukan nak minta balasan.. cuma nak minta kasih sayang je :-) (poyoooo lagik...)

8 Jan 2013, Yusouf genap usia 8 bulan, dan bulan ni Yusouf kena buat cek up kat Klinik Balok. Dan macam biasa Ninie mesti la ambik cuti. Pertama kali bos Ninie tanya, kenapa nak ambik cuti? (sbb Ninie lupa nak apply awal.. walaupun bos tu amatla memahami.. tetiba bila dia  tanya.. sentap jugak laa..... --->> bersalah kah aku kerana cuti??? mmg salah pun.. sbb tak bagi tahu bos awal.. weeeeeeeeeee----

Masa pergi Klinik dia mmg sihat, alhamdulillah, 8 Bulan mmg tak perlu cucuk, just timbang berat dan ukur tinggi. Mmg sekejap sgt la. Zulaikha, Ninie hangkut sekali bawak g Klinik, sbb dia ckp, "nak tgk Eikkk Lusyohh kena cucuk.." Sampai sana, dia yang lebih main, dari satu kerusi lompat kerusi lain. Adik dia diam aje. 

Berat Yusouf mmg tak naik, sbb dia mmg tak nak makan. Ninie hairan jugak sbb dia dah usia 8bulan. Ada Ninie tanya kengkawan, dan diaorg ckp, normal, sesetengah baby mmg macam tu. Lega la kejap..

Berat Yusouf tak naik sgt... dari 7.9kg tak gerak pun.. still 7.9kg jugak. Tinggi je meningkat. dari 70cm dah 74cm. Patutla Ninie rasa dia kurus sangat.
 8 bulan Yusouf dah mula memapah. dia cuba pegang sofa dan berdiri. Pantang ada apa-apa yang boleh dia pegang, dia akan cuba untuk bangun dan berdiri.
 Suka sangat dpt berdiri..
 Tengah syok ibu snap gambar Yusouf, Kakak Zulaikha datang, nak interframe jugak.... 
Yusouf dah pandai pegang botol susu sendiri, dia cepat belajar. Masa ni dia minum susu tak banyak sgt. Ninie risau sgt, tapi sbb dia sihat je, Ninie lega la skit... 

Ada kengkawan dan saudara yang tahu, sehari lepas tu Yusouf  masuk wad.. Sebbnya.. Ninie cerita next entry :-) 

Monday, January 7, 2013

Hujung minggu

suka sangat memanjat
Hari sabtu sehari suntuk berkurung dalam rumah. Minggu lepas tak duk rumah, balik Balok, lama dah umah tak didobi. Jadi hari Sabtu tu mmg mengemas, mengosok, mencuci yang mana dan je la. Dah sehari duduk dalam rumah tak keluar, Zulaikha dah bosan. Dia ajak g tengok monkey. So, hari Ahad tu dah janji ngan dia nak g Taman Teruntum. Lepas hajat dia nak main.
 Dia asyik tunjuk skill nak memanjat. Ibu layan je la dia..
Suka sgt berjaya panjat sampai atas. Nak ajak balik punya la susah... Dah nak maghrib baru dapat balik.
Terpaksa la solat maghrib kat Masjid Kuantan dulu. Suka sgt dia dapat masuk Masjid. Tiap kali masuk masjid kompem dia akan cerita dia g masjid.. :-)
take 5 sbb penat dah memanjat..
baru pandai buat peace.. Yusouf pun dah pandai tgk kamera bila ibu panggil.. 

Jahitan: Suka jahit yang comel

Ninie suka menjahit benda yang comel. Contohnya macam hairband ni. Cara buat bunga tu mak Ninie yang ajar. Nanti masa free, Ninie buat tutorial dia. Senang sangat-sangatnye.. senang la bila dah tahu :-p
 Sepupu Ninie, Asilah, suruh buat pencil case untuk dia. Saiz pencil case ni beso gila.. 12" x 9". Dia nak isi apa pun tak tahu. Kalkulator, Hp seme muat nak sumbat ni. Kain ni mahal jugak, Ninie beli ngan kawan Ninie. Dia mmg gila beli kain dari obersea ni. Designer cotton. Yang atas sekali tu designer Michael Miller. Lawa kan corak dia. 
Yang ni untuk adik Iffah.. Iffah suka kartun. Kain ni semua diaorg pilih sendiri.Designer cotton jugak. Saiz pencil case Iffah ni kecil sikit. 6" x 9". 

Ninie suka la jahit benda-benda yang comel macam ni. Sbb tu Ninie lagik suka jahit baju dress baby dari jahit baju kurung. Sbb baju baby comel... Lagi suka kalau org puji-puji comell.. hahah poyoo!

cara nak jahit pencil case ni boleh tgk kat sini TUTORIAL. Ataupun search je kat google. Macam-macam ada.. kena rajin mencuba. Prectise make perfect!

Jahitan: Dugaan menjahit

Sekarang ni cuti je, mmg menjahit. Alhamdulillah rezeki, cuma masa je tak berapa cukup. Kerja siang hari, malam je dah penat nak menjahit, kalau duk menjahit masa ngan anak-anak plak kurang. Zulaikha selalu tido lewat malam, dia suruh kita main ngan dia, kalau Ninie nak menjahit mmg kena bagi dia tido dulu, pastu bangun tgh malam untuk menjahit. Tapi penat jugak kalau hari-hari macam tu. So hari cuti jela nak menjahit. Tu pun tak boleh lama-lama, nanti Zulaikha kacau. Jadinya Ninie mmg tak boleh ambik  tempahan banyak, just yang santai-santai je. Yang tak ada dateline.. huhu boleh ke gitu?? Yang mana menempah mmg sangat memahami.. alhamdulillah..
Baju sekolah jiran depan rumah, mmg ada dateline. Sekolahnya dah start, baju belum siap, mummy dia cakap tak apa, baju tahun lepas ada lagik, lega rasa. 3 pasang baju nak kena jahit. Bila nak menjahit banyak, kena duduk umah mak, nanti Yusouf, ada orang tolong jaga. Mmmm kesian Yusouf.. Kekdg rasa bersalah ngan anak bila Ninie terlalu sangat menjahit.. tapi kena jahit, at least ada extra income, untuk anak-anak juga.. 

Ninie ingat masa kecik-kecik dulu, mak Ninie tukang jahit, jadinya siang malam dia menjahit mencari rezeki untuk kami sekeluarga.Abah keja shift, selalu buat OT. Sbb gaji dia kecik. Bila Ninie duduk tempat mak sekarang, baru Ninie faham, betapa penatnya dia siang malam menjahit. Penatnya abah balik keje. Pastu tgk rumah macam tongkang pecah, kami bertiga kerjakan.. 

Ninie ingat lagik, baju raya kami tak siap, sbb mak sibuk jahit baju raya orang. Pagi-pagi dah siap mandi, excited nak pakai baju raya, tapi baju belum siap, mak baru nak siapkan. Tapi..... mak akan siapkan jugak.. terharunya.. dia akan siapkan jugak, walaupun sepasang. Dan abah... akan cari jugak kasut atau selipar untuk kami.. Ninie ingat lagik, abah akan ambik lidi atau tali ukur tapak kaki kami, bawak g kedai untuk beli kasut/selipar. Kami tak pernah diberi untuk memilih, tapi terima apa saja pilihan mak ngan abah. Tetiba sedih.... agaknya sekarang, mak ngan abah dapat tak apa yang dia nak dari kami. Tapi mak ngan abah mmg tak mintak apa-apa, dia ckp, jadi anak soleh dan solehah je, doakan abah ngan mak.... dah kawen, jadilah isteri yang solehah.. InsyaAllah, walaupun kekdg................... mak ngan abah je yang tahu.. hiks!... tak nak sambung.. syahdu plak.. 
Hari Ninie menjahit tu tetiba Yusouf kena lelah, Ninie berhenti menjahit, bawak dia g Klinik Syed Badaruddin, tapi Ninie tak bawak surat refer KSH untuk dos sukatan nak buat Neb tu, terpaksala Ninie balik IS untuk ambik surat refer tu. g klinik Annisa area IS ambik neb. Lega tgk bila dah ambik neb. Banyak betul dugaan nak menjahit ni.. Tapi anak mesti diutamakan! 

Tuesday, January 1, 2013

Holiday di KL hari akhir

Kakak ipar Ninie yang baru sampai ajak stay lagik KL. Tapi Ninie tak nak. Nanti makin kempis puluss.. Huhuhu. So last day after breakfast, terus je g IKEA. Lama tak g IKEA. Bukan nak beli sgt pun, g cuci-cuci mata je.
dah ready nak shopping
Semua soft toy yang dia minat semua dia angkut selagi muat tangan
Adik belum tiba masa lagik jadi macam kakak... adik mmg tak meragam.. budak baik!
Orang tamak selalu rugi, 3ekor dia ambik kucing ni, tapi ibu beli satu je. Masa dia leka tgk barang-barang lain, ibu buang sekor-sekor.. masa kat kaunter dia tanya mana lagik? ibu pun jwp ... "meomm dah jatuh laaa" ... dan.. mesti la ada drama, jenuh la nak pujuk... 
barang IKEA yang paling murah..
dah habis sesi di IKEA, terus je balik Kuantan, penat dah jalan-jalan. Sampai rumah kat maghrib. Mmg sgt best jalan-jalan bawak anak ni. Yusouf besar nanti lagik macam marathon la ibu mengejar anak... huhuhu tapi berbaloi bila habiskan masa ngan famili kan...


Holiday di KL hari ke tiga

Hari ke-3 mmg cadang nak g Bird Park KL. Ninie pernah pergi 2 kali dah. Masa bujang, masa dah jadi bini org, dan ni dah ada anak pulak. Zulaikha mmg suka bird, mau tak nye, hari-hari tgk cerita kartun RIO.
 Masuk Bird Park mmg mahal. RM40 untuk org dewasa, tapi cuti sekolah ada diskaun, sbb dah g Aquaria, dapat kupon diskaun. Jadinya seorang RM20 je. Jimat RM40 kat situ.
Macam biasa, kami sampai awal kat sini, kul11 pagi. Orang tak ramai lagik, dan yang penting tak panas lagik nak jalan-jalan kat tempat open macam ni.
ibu pun sama excited
Masa sampai Bird Park ni hujan renyai-renyai, terpaksa bawak payung. Risau jugak hujan lebat. Tapi Alhamdulillah cuaca mmg sgt memahami..
seronok mengejar bird
Bird Park ni kebanyakkan burung mmg berkeliaran je. Zulaikha pun mmg nampak sgt enjoy kat sini berbanding g Aquaria.
 Jumpa lagi kawan dia
 bertanya khabar ngan bird
Ibu dah tak daya... 
 Sekali sekala apak usik dia, ajak balik.. marah sgt dia.. suka dpt jumpa kawan-kawan
ada jugak pish kat sini... sampai duduk mencangkung nak tgk pish

Bird park ni besar jugak la, burung kakak tua ni duduk dalam sangkar khas. Sebb nak suruh Zulaikha tgk bird kesukaan dia yang dalam citer RIO tu (blue macaw), apak terpaksa tunjuk hero!
mula-mula dia takut jugak, tapi lama-lama dia berani dah bagi bird tu makan kuaci. Tempat yang paling dia suka!
seminggu jugak la, dia bercerita pasal g bird park ni. Yang Aquaria langsung dia tak sebut.

Lama jugak jalan-jalan dalam bird park ni. 3jam lebih. Masa kat Aquaria, byk kali tawaf nak bagi berbaloi bayar. Bird Park ni kami serender, tak daya dah nak jalan lagik, Zulaikha je yang tak reti penat, kebetulan ada pertunjukan burung, Ninie ajak Zex g tgk, dia ckp tak yah la.. dah berbaloi bayar tadi.. huhuhu.

Jenuh jugak nak pujuk Zulaikha balik, terpaksa beli itik mainan sekor kat dia. Balik dari bird park terus straight ke rumah adik ipar, tak g mana dah. Lenguh berjalan, penat satu badan. Sampai rumah rehat-rehat, kakak Zex pun sampai dari Kuantan. Diaorg pun datang bercuti. Malam tu, menjadi jugak lagik berjalan, g Mines, Ninie g tewah, sakan membeli kain cotton! jait je belum..... huhuhu


linkwithin

Related Posts with Thumbnails