Pages

Tuesday, December 11, 2012

Yusouf dah 7bulan

with kakak zulaikha
8 December 2012 Eizz Yusouf genap umur 7bulan. Bulan ni dia tak yah g klinik. Next month kena g semula. Berat dia rasanya dalam 7.9kg. Sebb baru-baru ni dia tak sihat. Sbb kena g KSH jumpa doc Siti. Hahah rasa kelakar plak, Yusouf 7hari kena sakit mata. Tapi bukan merah tu, dia cuma penuh taik mata. Bangun pagi tak leh bukak mata. Kena cuci ngan air suam dulu.

Disebabkan dah 7hari dia kena, jadi terpaksa la bawak jumpa doc Siti. Ayat mula-mula doc tanya "awk ada makan durian tak?" tergezut ibu kena tanya g tu. Ninie pun ckp, ya. Doc pun ...." Awk tahu, mak saya pernah marah saya sebab saya kan BF pastu makan durian. Anak saya taik mata color macam durian. Saya tak caya yang anak saya jd g tu sebab durian. Tapi bila saya berhenti makan... terus anak saya tak ada taik mata...."

Ninie makan durian gila-gila sebelum tu. Rasanya ada 2biji Ninie makan. Malam tu terus Yusouf bertaik mata. Ninie stop sehari, pastu makan balik, Yusouf pun sehari tak ada taik mata, pastu ada balik.. pastu continue bertaik mata.. Doc ckp, mungkin dah kena jangkitan kuman. Badan Yusouf pun panas semacam je. Kesian anak ibu kan. Pas ni kalau makan durian, kena ingat kan Yusouf.

Ni dia demam, org tua-tua ckp beralih bulan.. tapi demam dia tak teruk. Yusouf ni mmg makin aktif. Demam pun aktif. Nak mandi mmg susah sgt. Cikgu pun komplen. Nak pakai pampers susah.... Suka buli kakak.. kakak jadi mangsa gigit dia, tarik rambut.. yg paling dia suka.. langgar kakak ngan walker. Kakak redho je.. Huhuhu tapi kakak suka main ngan adik, mungkin dah ada kawan nak bermain kot kan... ;-)

2 comments:

  1. Comelnya baju sama dua beradik ni tauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu first time beli baju sama .. kakak suka sgt baju sama ngan adik dia.. :-)

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails