Pages

Wednesday, December 5, 2012

Peasant Dress Zulaikha

gambar dari web sew much ado
Dah lama Ninie teringin nak buat baju ni. tapi tak tahu pattern macam mana. Google punya google Ninie jumpa page ni. SEW MUCH ADO. Nampak cam senang je kan. Dalam nampak macam senang ni, Ninie silap jugak gunting. Hehehe. 
 Ni la baju Zulaikha yang dah siap. Ninie siapkan tengah-tengah malam. Masa anak-anak dah tido. Kebetulan esoknya kitaorg nak g holiday kat KL. Ninie pun bertungkus lumus la buat pattern dan siapkan. Lepas dah tekap atas kain, baru Ninie perasan yang corak love ni untuk bahagian belakang baju terbalik. Love tu jadi menongggeng ke bawah. Hahahah.. Terpaksa la gunting sekeping lagik, jadiknya, tak cukup plak bahagian lengan baju. Terpaksa sambung lengan tu. Huhuhu.. Kalau tgk dalam gambar tak berapa nampak, real pun tak nampak sgt, sbb org ingatkan mmg pesen baju tu macam tu.

Ninie mmg tak hias apa pun baju ni. Tak buh pun reben apa. Siap je, esok g KL, Zulaikha pakai baju baru. Dia bukan nak sgt... terpaksa ibu berlakon nangis-nangis nak meraih simpati Zulaikha.. Heheh nasib baik dia nak pakai.
Dia mmg susah nak bergambar. Ni apak snap masa kat Parkson Alamanda, tengah memunggah barang Ben10. Semua dia nak beli. Kalau beli CINCES ke tak apa la jugak. Girl kan.. CINCES tu.. PRINCESS ye kengkwn. 

Baju ni mmg senang sgt. Pastu suka jugak baju ni sbb sesuai untuk Zulaikha yang uncit!... kedut dia byk depan, so boleh la tutup ke uncitan dia tu kan.. Kain ni Ninie beli ngan kawan Ninie, sbb comei sgt love tu. Dari jenama Belleboo design. Masa g KL Ninie jumpa kain kat ada jual kat TEWAH, Mines. Untuk blouse Zulaikha guna semeter je.

Apa yang Ninie suka baju ni, pertama mmg la boleh cover uncit Zulaikha.Kedua senang nak buat.Ketiga baju ni boleh pakai lama, kalau labuh leh jadi dress, kalau pendek, bleh jadi blouse. Saiz dia bleh buat besar, tapi still nampak baju ni tak besar mana,lgpun kain Belleboo ni kain cotton yang lembut. Sweet pink g tu... comei!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails