Pages

Tuesday, December 11, 2012

Jahitan: Tilam Playpen Yusouf

 Playpen ni yang zaman Zulaikha. Mestila beli warna universal, boleh guna pelbagai gender kan. Jimat skit. Lagipun pakai kejap je. Zulaikha dulu pakai sampai umur setahun lebih. Pastu dia dah pandai memanjat, tak boleh dah letak dalam ni. Masa Zulaikha dia tak guna yg bahagian bawah untuk tidur, just guna basinet atas je, pastu convert jadi playpen untuk mainan ballpit. 

Yusouf plak, sangat-sangat aktif,  basinet mmg tak boleh guna, sebab bergoyang, jadi dia kena guna yang bahagian bawah ni. Ninie plak tak beli tilam untuk bahagian bawah, guna toto je la buat alas. Masalah si Yusouf ni, dia suka tarik toto tu, lastnya ngan dia sekali tergulung ngan toto. Mmg bahaya betul ini budak.. 
 Ninie buat tilam guna kain belacu, beli kat kamdar.Rm5.10 semeter, kena guna 2 meter. Kekabu pakai kekabu asli RM25 sekilo. Mahal eh kekabu asli. Mak cakap, RM5 sekilo kat kedai mamak. Tapi Ninie rasa yang tu yg bukan asli dah campur ngan benda lain. Mmg keras sgt jadi bantal. Kekabu ni mmg lembut sgt-sgt.. suka! Tqs kepada kawan Ninie, Suhailey, dia tolong beli kat Kemaman.
 Dah siap, ngan sampul sekali. Kain beli kat Kamdar je. RM12.50 semeter. Guna 2 meter ngam2.. 
Kebetulan adik dah tido masa ibu siap jait, terus letak adik.. wahhh sgt lena! Kakak nak jugak.. dia ckp, "ibu buat untuk kie moss ayah liyeee eh??" aiiyoo kiee moss pun nak jugak ke.. 

4 comments:

  1. Replies
    1. hahaha.. aha kiee moss tu mickey mouse

      Delete
  2. baru je buat tilam untuk baby. tapi sarung xde lagi. RM18 sekilo kekabu kat Perak ni. hehehe.. Anak takde lagi, saje buat tilam untuk kawan-kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin nya awak.. heheh tilam kekabu mmg best kan :-)

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails