Pages

Tuesday, December 11, 2012

Jahitan: Cover Carseat Yusouf

Zulaikha zaman kecik-kecik.. muka Yusouf jugak kan..
Pas dah siap jait tilam  Yusouf , next projek menjahit adalah... siapkan cover carseat Yusouf. Carseat ni pun turun temurun. Dari Zaman sepupu Zulaikha, Zufar Hannan. Lepas tu Zulaikha pakai, dah sekrg Yusouf plak. Carseat ni mmg nipis,just alas span bawah dia. Span semata-mata blah bawah, tak ada pun kain. Yela.. carseat yg murah je. Kalau yg mahal, mmg span dia tebal. Dan.... span tu la yg dah berderai jadi macam debu. Habis bertebangan dalam kereta. Al maklumlam.. anak-anak saya ngan bapak dia alah ngan habuk. Jadi mmg jatuh wajib la kena buat carseat baru. Huhuhu
Zulaikha letak bear, sbb dia cakap, ada gambar bear banyak. Jadi carseat ni bear punya..
 Cantik tak? awal-awal dah suh puji.. nampak sgt la kan.. hahaha. Susah gileeeeeee buat cover carseat ni. Mula-mula kena lukis atas kertas bentuk-bentuk dia. Ninie ikut cover yg lama la. Tapi.... mmmm mmg susah. Nak jait lagik la susah... dah siap lukis, tekap atas kain dan gunting.. pastu cantum balik satu-satu. mmg tekanan jiwa! .
 dah siap cantum semua, tak tahu plak mcm mana nak letak bathing@span dlm tu, pastu tekap plak span ikut bentuk tu. Mula-mula sumbat dua keping, pastu test letak kat carseat ni, jadi kembung dan gemuk!! mmm terpaksa buang selapis. Dah siap masuk, macam mana plak nak buh getah keliling supaya dia bleh lekat kat keliling carseat. Pada mulanya getah tu jait ke dalam, pastu dia jadi bergumpal, terpaksa tetas semula. Lupa jugak nak tindih skit atas kain supaya span dalam tu lekat. Ala-ala mcm jait confirter la ni. Pastu jait getah macam kat atas ni je. Tindih je ngan mesin jait kat luar..  
 terus tunjuk kat Zex, tapi tak puas hati sbb cover ni tak berapa nak lekat keliling carseat. Pastu Zex bg idea, suh pasang je cangkuk kain or seluar supaya dia bleh pegang carseat ni dan tak bergerak. Bagus idea zex. Ninie pun jait la 3ketul cangkuk ni keliling cover ni. Yessssss cantik!!! (saje puji diri sendiri)
Masalah seterusnya, lubang yg ada pada carseat untuk keluarkan tali ni. Mula-mula jait buh piping. Tapi teruk gila jahitan, pastu tgk balik carseat clip lubang ni boleh guna semula. Terus je clip balik.. wahh nampak mcam carseat beli je.. eheheh --->>> asyik puji diri je...

Pemegang tali pinggang tu lum buat. Huhuhu x sabo punya pasal..
Siap je terus guna, ni masa nak balik Balok, padahal boleh je pegang Yusouf sbb apak yang bawak kereta, tapi sbb tak sabar nak  test, terus pasang dalam kereta. Yusouf lepas tu, lena tidur, empuk kerusi baru dia :-)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails