Pages

Tuesday, December 18, 2012

Jahitan: Tempahan Flower Dress Potongan Kembang Payung Dari Jue


Kawan/Jiran/Junior Ex schoolmate Ninie tempah flower dress untuk kenduri kawen adik dia. Kebetulan Ninie agak bizi menjahit. Agak letih jugak la. Tapi suka bila tgk hasil dia!  Jue asalnya mencari dress untuk tema warna kenduri tu baju yg dah siap, kebetulan pulak, tak ada saiz anak dia. Dan kebetulan pulak, ada org rekemen Ninie suruh jahit. Ninie pun cubala..
hai.. yang possing lebih tu rasanya ibu dia kan.. hehehe
Jue bg Ninie gambar ni tadi. Suka sgt!. Ninie ni kalau org suka.. bertambahla sukanya nak menjahit. Yg penting kualiti jahitan tu. Sepadan dengan harga handmade kan.. Tqvm Jue atas tempahan tu ye. Macam-macam pancaroba nak make sure baju ni ok kan. Malam tu malam bola, Jue nak tgk bola, tapi Ninie nak gak g umah dia sbb nak test anak dia pakai. Ninie g ngan Zulaikha, test2 tak muat pulak, lengan baju tu, dan baju tu pun agak fit.. Sib baik la g umah dia, bleh Ninie balik umah alter sikit. Lega rasa gegirl bertiga ni dapat pakai masa majlis.. Ada lg tempahan tak siap  ni.. Baju sekolah anak jiran depan umah... dah habis ye Ninie masa berehat, teruskan menjahit!

Jahitan: Barut baby guna velcro strap

Opismate Ninie tempah suruh buat barut baby. Kebetulan masa dia tempah tu Ninie agak sibuk, yang dia pulak ambik cuti awal nak bersalin, sebb dia tak larat dtg opis, agak kelam kelibut jugak Ninie menjahit. Terpaksa bangun memlm hari untuk siapkan menjait ni. Bila dah siap, fuhhhhhh lega! Mau tak lega, mau je disebab kan Ninie, anak dia tak pakai barut.. hahah ada ke g tu kan..

Dia suruh Ninie buat barut pakai velcro strap sbb dia tak nak guna tali, senang nak adjust ikut saiz baby dia nanti.
Semua sekali 19helai. Apsal 19??? Semeter kain dapat 5helai, dia bg Ninie 4 meter, patutnya cukupla la 20helai kan, tapi masa awal tu Ninie silap teknik memotong nak bg dpt 5helai kain 1 meter. Huhuhu. Sib baik opismate ckp, "no problem...." Opismate Ninie belum bersalin lagik, tapi dah cuti, semoga dia selamat bersalin nanti ye. Semoga Allah permudahkan semasa nak bersalin nanti.. Amin..

Tuesday, December 11, 2012

Yusouf dah 7bulan

with kakak zulaikha
8 December 2012 Eizz Yusouf genap umur 7bulan. Bulan ni dia tak yah g klinik. Next month kena g semula. Berat dia rasanya dalam 7.9kg. Sebb baru-baru ni dia tak sihat. Sbb kena g KSH jumpa doc Siti. Hahah rasa kelakar plak, Yusouf 7hari kena sakit mata. Tapi bukan merah tu, dia cuma penuh taik mata. Bangun pagi tak leh bukak mata. Kena cuci ngan air suam dulu.

Disebabkan dah 7hari dia kena, jadi terpaksa la bawak jumpa doc Siti. Ayat mula-mula doc tanya "awk ada makan durian tak?" tergezut ibu kena tanya g tu. Ninie pun ckp, ya. Doc pun ...." Awk tahu, mak saya pernah marah saya sebab saya kan BF pastu makan durian. Anak saya taik mata color macam durian. Saya tak caya yang anak saya jd g tu sebab durian. Tapi bila saya berhenti makan... terus anak saya tak ada taik mata...."

Ninie makan durian gila-gila sebelum tu. Rasanya ada 2biji Ninie makan. Malam tu terus Yusouf bertaik mata. Ninie stop sehari, pastu makan balik, Yusouf pun sehari tak ada taik mata, pastu ada balik.. pastu continue bertaik mata.. Doc ckp, mungkin dah kena jangkitan kuman. Badan Yusouf pun panas semacam je. Kesian anak ibu kan. Pas ni kalau makan durian, kena ingat kan Yusouf.

Ni dia demam, org tua-tua ckp beralih bulan.. tapi demam dia tak teruk. Yusouf ni mmg makin aktif. Demam pun aktif. Nak mandi mmg susah sgt. Cikgu pun komplen. Nak pakai pampers susah.... Suka buli kakak.. kakak jadi mangsa gigit dia, tarik rambut.. yg paling dia suka.. langgar kakak ngan walker. Kakak redho je.. Huhuhu tapi kakak suka main ngan adik, mungkin dah ada kawan nak bermain kot kan... ;-)

Jahitan: Cover Carseat Yusouf

Zulaikha zaman kecik-kecik.. muka Yusouf jugak kan..
Pas dah siap jait tilam  Yusouf , next projek menjahit adalah... siapkan cover carseat Yusouf. Carseat ni pun turun temurun. Dari Zaman sepupu Zulaikha, Zufar Hannan. Lepas tu Zulaikha pakai, dah sekrg Yusouf plak. Carseat ni mmg nipis,just alas span bawah dia. Span semata-mata blah bawah, tak ada pun kain. Yela.. carseat yg murah je. Kalau yg mahal, mmg span dia tebal. Dan.... span tu la yg dah berderai jadi macam debu. Habis bertebangan dalam kereta. Al maklumlam.. anak-anak saya ngan bapak dia alah ngan habuk. Jadi mmg jatuh wajib la kena buat carseat baru. Huhuhu
Zulaikha letak bear, sbb dia cakap, ada gambar bear banyak. Jadi carseat ni bear punya..
 Cantik tak? awal-awal dah suh puji.. nampak sgt la kan.. hahaha. Susah gileeeeeee buat cover carseat ni. Mula-mula kena lukis atas kertas bentuk-bentuk dia. Ninie ikut cover yg lama la. Tapi.... mmmm mmg susah. Nak jait lagik la susah... dah siap lukis, tekap atas kain dan gunting.. pastu cantum balik satu-satu. mmg tekanan jiwa! .
 dah siap cantum semua, tak tahu plak mcm mana nak letak bathing@span dlm tu, pastu tekap plak span ikut bentuk tu. Mula-mula sumbat dua keping, pastu test letak kat carseat ni, jadi kembung dan gemuk!! mmm terpaksa buang selapis. Dah siap masuk, macam mana plak nak buh getah keliling supaya dia bleh lekat kat keliling carseat. Pada mulanya getah tu jait ke dalam, pastu dia jadi bergumpal, terpaksa tetas semula. Lupa jugak nak tindih skit atas kain supaya span dalam tu lekat. Ala-ala mcm jait confirter la ni. Pastu jait getah macam kat atas ni je. Tindih je ngan mesin jait kat luar..  
 terus tunjuk kat Zex, tapi tak puas hati sbb cover ni tak berapa nak lekat keliling carseat. Pastu Zex bg idea, suh pasang je cangkuk kain or seluar supaya dia bleh pegang carseat ni dan tak bergerak. Bagus idea zex. Ninie pun jait la 3ketul cangkuk ni keliling cover ni. Yessssss cantik!!! (saje puji diri sendiri)
Masalah seterusnya, lubang yg ada pada carseat untuk keluarkan tali ni. Mula-mula jait buh piping. Tapi teruk gila jahitan, pastu tgk balik carseat clip lubang ni boleh guna semula. Terus je clip balik.. wahh nampak mcam carseat beli je.. eheheh --->>> asyik puji diri je...

Pemegang tali pinggang tu lum buat. Huhuhu x sabo punya pasal..
Siap je terus guna, ni masa nak balik Balok, padahal boleh je pegang Yusouf sbb apak yang bawak kereta, tapi sbb tak sabar nak  test, terus pasang dalam kereta. Yusouf lepas tu, lena tidur, empuk kerusi baru dia :-)

Jahitan: Tilam Playpen Yusouf

 Playpen ni yang zaman Zulaikha. Mestila beli warna universal, boleh guna pelbagai gender kan. Jimat skit. Lagipun pakai kejap je. Zulaikha dulu pakai sampai umur setahun lebih. Pastu dia dah pandai memanjat, tak boleh dah letak dalam ni. Masa Zulaikha dia tak guna yg bahagian bawah untuk tidur, just guna basinet atas je, pastu convert jadi playpen untuk mainan ballpit. 

Yusouf plak, sangat-sangat aktif,  basinet mmg tak boleh guna, sebab bergoyang, jadi dia kena guna yang bahagian bawah ni. Ninie plak tak beli tilam untuk bahagian bawah, guna toto je la buat alas. Masalah si Yusouf ni, dia suka tarik toto tu, lastnya ngan dia sekali tergulung ngan toto. Mmg bahaya betul ini budak.. 
 Ninie buat tilam guna kain belacu, beli kat kamdar.Rm5.10 semeter, kena guna 2 meter. Kekabu pakai kekabu asli RM25 sekilo. Mahal eh kekabu asli. Mak cakap, RM5 sekilo kat kedai mamak. Tapi Ninie rasa yang tu yg bukan asli dah campur ngan benda lain. Mmg keras sgt jadi bantal. Kekabu ni mmg lembut sgt-sgt.. suka! Tqs kepada kawan Ninie, Suhailey, dia tolong beli kat Kemaman.
 Dah siap, ngan sampul sekali. Kain beli kat Kamdar je. RM12.50 semeter. Guna 2 meter ngam2.. 
Kebetulan adik dah tido masa ibu siap jait, terus letak adik.. wahhh sgt lena! Kakak nak jugak.. dia ckp, "ibu buat untuk kie moss ayah liyeee eh??" aiiyoo kiee moss pun nak jugak ke.. 

Wednesday, December 5, 2012

Storage in the house.....

Bila ada anak ni kan, barang mmg banyak betul kan. Masa duk ngan mak dulu rasanya barang sebuah bilik je. Bila dah duk sendiri banyak gila barang. Nak plak ada anak ni. Barang dia mmg banyak amat. Rumah sendat. Ninie suka beli storage box atau apa-apa yang menjimatkan ruang.
 Ni almari solek Zulaikha, banyak laci. Ada 6 laci. 4 Ninie guna, lagi dua, Zulaikha ambik. Apa dia buat? Mesti la penuh ngan brg mainan dia...
Semua benda nak bubuh dalam laci.. selg muat.. Pastu yg lawaknya.. kalau dia nak Poo Poo dia mesti duk kat depan laci ni.. nnti dia ckp ngan ibu.. "ibu jap eh.. ikha nak birak main..." hahaha. Maknanya sambik poo poo sambil main.
Dulu almari ni Ninie bubuh baju Ikha je. Tapi sbb dia dah ada adik, Ninie nak memanfaatkan ruang, so dia share je satu almari ngan adik dia. Laci almari dah guna untuk baju Zulaikha. Jadi Ninie beli laci letak dalam almari. Macam ni....
Ninie beli drawer ni kat SSF. Dia jual satu-satu. Satu tu dalam RM70-80 kot. Mahai  skit la. Tapi sebb nak jimat ruang, sanggup...
 Drawer ni boleh bukak satu satu mcm ni.. Ninie beli 4, tak muat nak masuk 4, satu lagik letak atas almari je. 
 G KL baru ni, g IKEA. Kalau g IKEA mmg suka sgt barang-barang dia yang menjimatkan ruang. Ni drawer kasut. Umah Ninie ada dh almari kasut, tapi besar gedabak sgt, pastu dah nak roboh. Masa nak pasang drawer ni, alihkan almari kasut, rupanya habis kotor dinding, sbb almari tu berkulat... comot jadi dinding umah. Ntah bila nak cat.Nipis je drawer ni, jadi ruang rumah nampak lagik luas ..
meommm nak tido..
 Tapi.. belum sampai sebulan pakai, drawer yang bawah sekali, Zulaikha dah konker, isi mainan dia lagik...
drawer biru semua tempat tido anak patung mainan dia. 
pastu, Ninie g Parkson Kuantan, ternampak plak bakul ni, dia jual satu pasang RM25. Jadi Ninie beli 2pasang. Pink & Biru. Kononnya biru barang adik, pink barang Zulaikha. Tapi Zulaikha konker semua, dia sendiri kemas barang-barang dia masuk dalam semua bakul ni.. adoiiiii.. Tapi suka sgt bakul ni. Ada lg satu warna hijau.. dapat gaji beli la sepasang lagik.. 

Peasant Dress Zulaikha

gambar dari web sew much ado
Dah lama Ninie teringin nak buat baju ni. tapi tak tahu pattern macam mana. Google punya google Ninie jumpa page ni. SEW MUCH ADO. Nampak cam senang je kan. Dalam nampak macam senang ni, Ninie silap jugak gunting. Hehehe. 
 Ni la baju Zulaikha yang dah siap. Ninie siapkan tengah-tengah malam. Masa anak-anak dah tido. Kebetulan esoknya kitaorg nak g holiday kat KL. Ninie pun bertungkus lumus la buat pattern dan siapkan. Lepas dah tekap atas kain, baru Ninie perasan yang corak love ni untuk bahagian belakang baju terbalik. Love tu jadi menongggeng ke bawah. Hahahah.. Terpaksa la gunting sekeping lagik, jadiknya, tak cukup plak bahagian lengan baju. Terpaksa sambung lengan tu. Huhuhu.. Kalau tgk dalam gambar tak berapa nampak, real pun tak nampak sgt, sbb org ingatkan mmg pesen baju tu macam tu.

Ninie mmg tak hias apa pun baju ni. Tak buh pun reben apa. Siap je, esok g KL, Zulaikha pakai baju baru. Dia bukan nak sgt... terpaksa ibu berlakon nangis-nangis nak meraih simpati Zulaikha.. Heheh nasib baik dia nak pakai.
Dia mmg susah nak bergambar. Ni apak snap masa kat Parkson Alamanda, tengah memunggah barang Ben10. Semua dia nak beli. Kalau beli CINCES ke tak apa la jugak. Girl kan.. CINCES tu.. PRINCESS ye kengkwn. 

Baju ni mmg senang sgt. Pastu suka jugak baju ni sbb sesuai untuk Zulaikha yang uncit!... kedut dia byk depan, so boleh la tutup ke uncitan dia tu kan.. Kain ni Ninie beli ngan kawan Ninie, sbb comei sgt love tu. Dari jenama Belleboo design. Masa g KL Ninie jumpa kain kat ada jual kat TEWAH, Mines. Untuk blouse Zulaikha guna semeter je.

Apa yang Ninie suka baju ni, pertama mmg la boleh cover uncit Zulaikha.Kedua senang nak buat.Ketiga baju ni boleh pakai lama, kalau labuh leh jadi dress, kalau pendek, bleh jadi blouse. Saiz dia bleh buat besar, tapi still nampak baju ni tak besar mana,lgpun kain Belleboo ni kain cotton yang lembut. Sweet pink g tu... comei!

linkwithin

Related Posts with Thumbnails