Pages

Friday, November 9, 2012

Kursus 4hari

Sejak mengandungkan Yusouf dah lama Ninie tak pergi outstation. Mmg dah lama sgt. Kalau yg pergi balik hari mmg Ninie akan attend. Tapi kalau bermalam, mmg tak pergi la. Kebetulan kursus kali ni buat kat gambar waterpark, so bolehla Ninie join. Kebetulan pulak, Zex pun outstation ke KL 3hari. Terpaksala Ninie ulang-alik dari Gambang waterpark ke umah mak kat Balok. Sib baik mak nak jaga Yusouf ngan Zulaikha. Kursus ngan meeting sekali. Sampai ke malam agenda dia.
Hari-hari Ninie g kul.6.50am dari rumah. Balik dari gambang kul11.malam. Mmg penat amat, tapi demi anak-anak ninie kuatkan diri utk balik, kesian kat Yusouf sbb still BF dan Zulaikha duk mencari Ibu ngan Apak. At least salah sorang ada, pun dah ok. Zulaikha mmg tak nak tido ngan orang lain, seblum Ninie sampai dia dah ngantuk, dia tido soraang-sorang dalam bilik Ninie, adik or kakak ipar Ninie yang tidokan dia. Ajak dia tido ngan hannan sekali bilik lain, dia mmg tak nak. Kesiannya dia. Tapi kalau orang  tanya dia "mana ibu?" dia akan ckp "ibu pergi ambik apak, kesian apak tinggal sorang kat rumah..."alahai anak ibu ni..

Hari Rabu malam, Ninie sampai rumah hampir-hampir pukul 12malam, sebab tumpangkan kawan yg duduk area beserah. Sampai rumah mak, Yusouf tak ada kat rumah, Zulaikha ngan kakak ipar. Mak pun tak ada. Rupanya ada saudara Ninie meninggal. Dia duduk belakang rumah mak Ninie je. Ninie pergi la jenguk. Terkejut jugak, sbb dia meninggal tiba-tiba. Dia ada darah tinggi. 2-3 hari dah pening, tetiba dia jatuh, anak dia balikkan dia, tgk-tgk dia dah tak ada dah. Innalillah.. dan al-fatihah untuk dia. Semoga dia di tempatkan di kalangan orang beriman dah beramal soleh. Takut plak Ninie, ninie kan ada symptom darah tinggi... 

Esoknya terpaksa la Ninie g lambat ke kursus. Sebb mak nak uruskan jenazah. Petang baru Ninie masuk balik kursus. Kursus ni mula-mula agak stress, sbb masa tu isu-isu berkaitan kerja. Tapi bila masuk je bab teambuilding, mmg sgt seronok.. Bos paling besar pun attend jugak. Enjoy sangat teambuliding ni walaupun penat amat sangat!
gambar belakang je. takut.. hahaha

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails