Pages

Tuesday, November 27, 2012

Jahitan: Tempahan dress lagik dari Ima

Lepas siap dress 4pasang hari tu, Ima beli lagik kain, kali ni dia ckp suruh buat je saiz yang besar. Sebab Ima nak bawak g obersea. Dia kena stay sana ikut suami.Tak silap g qatar. Mungkin bertahun-tahun kot dia duk sana. Bawak anak semua. Jadi dia ckp, better buat besar, sebb  tak tahu lagik bila nak balik sini. Ima bagi je kain, design ikut suka Ninie nak buat macam mana. Pening juga kan. Yela.. ada design Ninie suka, maybe orang tak suka. Tapi Ima ni jenis tak kisah. Sangat sweet orangnye.. 
Ima cuma request nak baju bebet lagik, sebb mak Ima ni suruh buat tali besar sikit. So Ninie cuma besarkan saiz baju dah buat piping kat depan. 
Dulu, Ninie buat baju bebet tali halus, yang tali tali dia besar supaya nampak mcm riben bila ikat. 
Bahagian dada Ninie cuma hias ngan piping, dan Ninie lapik 2 helai kain supaya nampak tebal sikit. Kain ni kain cotton yg sangat lembut dan nipis, jadinya tak lawa kalau tak lapis dua. Ninie lapiskan dengan kain kosong warna sama ngan tali dan piping. Cun tak? :p
Baju ke-2 Ninie buat baju dress biasa. Saiz ni untuk umur 2-4T. Boleh la pakai lama.
 Bahagian belakang harus la ada riben yang besar.
 Tangan ni cerut ngan getah. Ni pun Ima request. Dia tgk contoh baju Kiko.
Ninie hias ngan riben, yang ni Ninie tiru baju-baju yang Ninie jual kat BlogSHop BeautifulZulaikha.
Baju yang ke-3, Ninie buat baju ni. Kebetulan pattern dah ada. Pattern baju Zulaikha. Huhuhu jimat masa.
 Riben besar wajib..
 Lengan butterfly.
Leher ni Ninie buat kedut-kedut dan piping je ngan bias tape.
 Baju yang ke-4, exceli baju ni tiada dalam perancangan, kebetulan kain Ima bagi banyak lebih, Ninie pun buat la baju yg simple ni. Ninie dah try buat baju Zulaikha, tu yg berani  buat baju untuk anak Ima. Ninie tgk pattern ni kat Sew Must Ado. Nama baju ni Peasant Dress. Baju senang untuk di buat dan cantik. Nanti Ninie nak buat baju tidur untuk Zulaikha, cuma tambah seluar je. ok tak?
 Sepentot.. sbb kain ada lebih..
dan.. selepas berhempas pulas menyiapkan baju-baju ni ngan pelbagai rintangan, Alhamdulillah siap, dan... berjaya siapkan headband sekali. Headband yang mula-mula tu, baju yg tempahan dulu.. baju dah bg, headband je lum bagi.. hehehe.. Renda elastik ni Ninie beli kat SSF. Semeter dalam Rm2 je kot.. lupa dah. Lega dapat siapkan.. kepuasan menjahit! Tqvm Ima sbb nak tempah ngan Ninie. Ninie sedang cuba meng improvekan kecantikkan jahitan :-) Practise Make Perfect!

2 comments:

  1. kak, ade lebih2 kain perca buat spentot kat sy gak,.
    brkenan plak spentot bunga2 gtu, kahkahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah... limited edition tu.. boleh la kalau nak satu.. hehehe

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails