Pages

Friday, November 9, 2012

Eizz Yusouf dah 6Bulan

Balik pada kursus semalam, terus siap-siap bawak Yusouf g klinik Balok. Patutnya pagi appoitment dia, tapi kena g petang la, sbb kursus habis kul12 tengah hari. Zulaikha plak nak ikut pergi jumpe locter... terpaksa suruh sepupu Ninie, Asilah ikut. Asilah la banyak jaga Yusouf sepanjang Ninie kursus kalau waktu siang. Senang la sikit mak Ninie.

Sampai Klinik Balok, Ninie terus letak buku dalam bakul. JM kat situ panggil ingatkan nak bagi no, rupanya dia ckp Ninie datang salah tarikh. Ninie terkejut sgt. Sebab Ninie rasa betul, JM tu pun tunjuk tarikh dalam buku, app: 8/12/2012. Ninie pun confuse, tak kan la umur 6bulan tak yah datang klinik. Ninie pun tanya dia, 6bulan kena cucuk kan??? JM pun pening lalat dah.. cek punya cek, mmg budak praktikal yang bulan lepas tu tulis salah. Mmg betul dah tarikh Ninie datang tu.

Perkembangan Yusouf, berat dia makin naik, sekarang ni dah 7.8kg. Gigi dah tumbuh 2batang, Tinggi dah 67cm. Dan paling latest, dia dah mula nak merangkak. Asyik masuk gear gostan je.. Huhuhu... Berbanding ngan Zulaikha, dia mmg agak cepat la bab merangkak, kalau gigi, sama je,Zulaikha pun tumbuh gigi masa 5bulan. Lambat ke cepat bergantung pada baby masing-masing kan. Kalau dah gini gaya aktifnya Yusouf, besar kemungkinan diala pembantu ibu  nanti bab-bab mengemas rumah ni.. hahaha...
senyuman gembira bila jumpa ibu..
Masa cucuk, Zulaikha tgk je adik dia kena cucuk. Diam tak berkata apa. Yusouf kali ni mmg menangis sekuat hati, tapi kejap je. Hero la katakan. Lepas tu dia ceria balik. Dah abis kat klinik Balok, bawak Zulaikha g KFC Balok, dia nak main loncoorrr ... Gelongsor la tu.. dan ibu belanja makan-makan.. sekian.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails