Pages

Tuesday, November 27, 2012

Yusouf dah mula belajar duduk

Puas dah entry pasal jahit menjahit, entry pasal anakda plak la. Yusouf semingg dua ni, asyik duk praktise merangkak dan duduk. Ada jugak sekali sekala dia tertomoh muka dia ke lantai. Tapi dia kan hero, mmg kejap je nangis, pastu mencuba lagik.
 Dia baru belajar duduk menyenggeng... Senyum kemain bila dpt duduk.
 Tengah berusaha nak merapati kakak yg sibuk duk membelek Hp ibu
yes! dah nak dekat.. ngan terjelir lidahnya.. apa ntah dia terliur..
 Ya.. itu dia yg kita mau! Peha gebu kakak!.. Terkejut kakak! hahaha.. "ibu! tgk adik ni..!" marah sgt kakak dia.. 
Depan kakak pulak.. Kakak buat tak tahu je. Sibuk betul ngan HP. C3 je tu. Kalau samsung ke.. iphone ke kan.. ada gak menariknya.. :p

Flower Dress Tempahan Ummi Tie Tercinta!

Mia,Syamilla,Wanie dan Nur Aliya
 Comel tak gegirl ni?? comel kan? Exceli flower dress ni Ninie buat sebelum dress yang Ima tempah. Tapi mak sedara Ninie tak bagi publish awal sbb majlis menyambut menantu belum berlangsung. Mmmm tapi mmg tak boleh nak publish pun, pasai gambar Ninie tak ambik bila baju ni siap. hehehe. Siap je terus Ninie hantar ke rumah Ummie Tie. Sebab Ninie nak balik IS cepat dan nak g berjimba-jimba di KL. Gambar seme subsidi dari tuan punya baju, my sweet and lovely cousin, Nur Aliya!. Cousin Ninie yang paling kecik, anak kacukan pakistan. Aliya mesti sweet sampai besar ye.. Huhuhu..

Ummi Tie tempah untuk gegirl yang comel ni. Yang baju paling singkat tu, Mia, mulanya ukur dia tak la besar macam tu kan.. tenggang tak sampai sebulan, dia telah membesar bagai johan! Sib baik la muat. Kalau tak, kena buat yang lain pulak.
peace yaw!
Yang paling besar saiz 13 tahun. Baju dia tak ada lengan, sbb dia nak pakai ngan inner. Pandai plak dia cari inner yang ala-ala sama ngan riben baju tu. Suuuuuuuweeeeeetttttt! Tqvm Ummie Tie sebab percayakan saya untuk menjahit baju gegirl ni ye.. Huhuhu sangat suka bila tgk budak-budak ni pakai.. 
tema teqoiss... comel jugak warna ni kan..
 Selamat penganti baru kepada Safwan dan Isteri. Semoga kekal hingga ke syurga..
Aliya sangat berbangga dengan baju dress tu :-) Ninie pun sangat happy bila semua suka! Terus bersemangat untuk terus menjahit macam mak saya!

Jahitan: Tempahan dress lagik dari Ima

Lepas siap dress 4pasang hari tu, Ima beli lagik kain, kali ni dia ckp suruh buat je saiz yang besar. Sebab Ima nak bawak g obersea. Dia kena stay sana ikut suami.Tak silap g qatar. Mungkin bertahun-tahun kot dia duk sana. Bawak anak semua. Jadi dia ckp, better buat besar, sebb  tak tahu lagik bila nak balik sini. Ima bagi je kain, design ikut suka Ninie nak buat macam mana. Pening juga kan. Yela.. ada design Ninie suka, maybe orang tak suka. Tapi Ima ni jenis tak kisah. Sangat sweet orangnye.. 
Ima cuma request nak baju bebet lagik, sebb mak Ima ni suruh buat tali besar sikit. So Ninie cuma besarkan saiz baju dah buat piping kat depan. 
Dulu, Ninie buat baju bebet tali halus, yang tali tali dia besar supaya nampak mcm riben bila ikat. 
Bahagian dada Ninie cuma hias ngan piping, dan Ninie lapik 2 helai kain supaya nampak tebal sikit. Kain ni kain cotton yg sangat lembut dan nipis, jadinya tak lawa kalau tak lapis dua. Ninie lapiskan dengan kain kosong warna sama ngan tali dan piping. Cun tak? :p
Baju ke-2 Ninie buat baju dress biasa. Saiz ni untuk umur 2-4T. Boleh la pakai lama.
 Bahagian belakang harus la ada riben yang besar.
 Tangan ni cerut ngan getah. Ni pun Ima request. Dia tgk contoh baju Kiko.
Ninie hias ngan riben, yang ni Ninie tiru baju-baju yang Ninie jual kat BlogSHop BeautifulZulaikha.
Baju yang ke-3, Ninie buat baju ni. Kebetulan pattern dah ada. Pattern baju Zulaikha. Huhuhu jimat masa.
 Riben besar wajib..
 Lengan butterfly.
Leher ni Ninie buat kedut-kedut dan piping je ngan bias tape.
 Baju yang ke-4, exceli baju ni tiada dalam perancangan, kebetulan kain Ima bagi banyak lebih, Ninie pun buat la baju yg simple ni. Ninie dah try buat baju Zulaikha, tu yg berani  buat baju untuk anak Ima. Ninie tgk pattern ni kat Sew Must Ado. Nama baju ni Peasant Dress. Baju senang untuk di buat dan cantik. Nanti Ninie nak buat baju tidur untuk Zulaikha, cuma tambah seluar je. ok tak?
 Sepentot.. sbb kain ada lebih..
dan.. selepas berhempas pulas menyiapkan baju-baju ni ngan pelbagai rintangan, Alhamdulillah siap, dan... berjaya siapkan headband sekali. Headband yang mula-mula tu, baju yg tempahan dulu.. baju dah bg, headband je lum bagi.. hehehe.. Renda elastik ni Ninie beli kat SSF. Semeter dalam Rm2 je kot.. lupa dah. Lega dapat siapkan.. kepuasan menjahit! Tqvm Ima sbb nak tempah ngan Ninie. Ninie sedang cuba meng improvekan kecantikkan jahitan :-) Practise Make Perfect!

Friday, November 23, 2012

Lagu Madagascar versi Zulaikha

Tetiba Ninie teringat kat Uncit.. Huhuhu sokmo tersenyum kalau teringat dia nyanyi lagu I like to move it move it dalam cerita kartun madagascar... Hari-hari dia menyanyi.. hahah kelakar sesangat nyerrrr

i like tembam puuik.. she like tembam puuuikkk... he like toooooooooo puuuuikkkkkk!!!!
bayangkan la melodi dia sama.. tapi sebutan mcm ni.. 
aduhai... tak tahan nak gelak dah ni..
ipar ninie ckp, ikha nyanyi lagu lucah!....
tak sempat nak rakam dia nyanyi.. sbb dia nyanyi tu mmg kejap je selalunya :-))
ibu sibuk nak ambik gambar adik.. dia pun sibuk interframe pulak.. 

Kena lagik...


Hari Isnin baru ni Ninie start keje semula. Seronok bercuti ke KL seminggu.. tak post lagi citer anak-anak kat KL. huhuhu HP baru tu hantar kedai balik.. tetiba membisu seribu bahasa. Tak dpt la nak ambik gambar dalam hp tu.. 

Datang opis macam biasa, pas makan hari tu duk start buat keje ngadap PC. Mulanya dah rasa pening, pastu g minum air masak. Tetiba rasa nak muntah plak.. lagik suspen. Kebetulan plak, ada Ketua Jabatan O&G telefon Ninie sbb hal keje la. Lastnya mintak tolong dia cek tekanan darah Ninie. Masa kat klinik dia, bacaan darah ninie.. 147/106. Terkejut la doc tu kan.. Dia suh Ninie g ambik ubat segera kat farmasi. hahaha.. kompemla Ninie kena tegur kan.. pasalnya Ninie stop makan ubat darah tinggi ngan tak g refer ke MOPD. Dia bg ubat sebulan, dan suruh Ninie g refer MOPD ambik appointment.. Nak kena siasat kena Ninie bleh kena darah tinggi ... 

Ninie bukan stop ngan sengaja, sbb rasa mcm ok je. Tetiba datang opis jadi balik.. masa bersuka ria tak ada plak jadi kan.. alhamdulillah la.. kena time g opis?? stress sgt ke keje??? sgt tak boleh di fikir, but until now.. masih tak g MOPD. Huhuhu.. sbbnya... ntah!

Monday, November 19, 2012

Yusouf tak nak makan makanan pejal

Yusouf dah pun 6bulan sekarang ni. Kalau dah 6bulan mmg dah habis esklusif breastfeeding dan boleh perkenalkan dia ngan makanan pejal. Sebenarnya kan... Ninie dah tak dapat nak betul-betul eksklusif breastfeed Yusouf. Masa tu hampir-hampir dah 6bulan, tetiba susu merudum, nak kata merudum tak jugak, tapi Yusouf yang makin kuat susu. 

Selalu bekal g taska tak cukup, jadi Ninie terpaksa bekalkan ngan susu tepung. Ninie mmg frust sebab tak dapat nak continue sepenuhnya ngan susu ibu. Terpaksa jugak campur ngan susu tepung. Tapi Ninie pikir punya pikir, sampai naik stress. Lastnya malas dah nak pikir. Bukan tak cuba mkn product untuk tambahkan susu, dah macam-macam. Lastnya.... lantak laaa!!! (*masih susah hati sampai sekarang.. tak berapa nak redho Yusouf campur susu tepung awal sangat.... uuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!)

Ninie mmg excited sangat nak bg Yusouf makan, sbb bila dia tgk orang makan, sampai meleleh air liur.Tapi... Bila kita suap kan dia, serapat-rapatnya dia akan ketap bibir dia. Ada satu hari tu, Ninie bangun awal, sbb nak siapkan bubur untuk Yusouf, Ninie beli beras merah, masak, blend. Sampai ngan Zex sekali kena tolong Ninie nak suapkan dia.. Sikit pun dia tak nak..... Aduiiiii sedih hati ibu ini... huhuhu

Pastu Ninie try lagik, buat kentang plak, pun dia ketap bibir. Walaupun dah masuk sikit dalam mulut dia, dia tetap tak nak.... Apa la tak kena Yusouf ni pun tak tahu la... Pastu Ninie beli plak nestum cerelec beras merah, suap kan dia. Pun sama... sekse.. nak makan pun sekse.. badan je besauuuu.. hahahah Susu mmg makin kuat la dia minum. Kekdg tu sejam sekali 4oz. 

Akhirnya, Ninie terpaksa akur ngan dia... mungkin dia belum bersedia ngan solid.. atau pun sebenarnya dia sangat fobia... Fobia ngan sringe ubat. Hari tu kan dia lama batuk, so hari-hari kena makan ubat, sampai hari ke4 dia dah kenal sringe, dia mmg awal-awal dah ketap bibir. Mmg kena 2orang pegang dia untuk paksa makan ubat.. dasyat betul anak bujang saya ni... 

Dan... usaha Ninie yang seterusnya, pekatkan susu dia, Ninie buat susu campur ngan nestum. Dia minum 4oz, jadi Ninie buat, 3sudu susu, 1 sudu nestum. Yesss! dia minum sampai habis... dan Ninie sangat perasan perubahan dia, dia akan membuang setiap hari ngan banyaknya sisa pepejal! Dia pun nampak lebih lama kenyang.. dan tido pun tidak la terganggung sangat bila dia dah kenyang.. kalau tak, tak sampai sejam tido.. dia dah bangun... Sangat berbeza dia ngan Zulaikha :-) si uncit ibu tu.. makan tak yah suruh, semua dia nganga je :-p




Saturday, November 10, 2012

Anak Ibu dan Apak

Suka sangat gambar ni. Ceria anak-anak ibu dan apak! 
Usik ibu... Hantu... 
chakkk! ibu.. Ni snowcap ke tudung?? hahah.. 

Friday, November 9, 2012

Eizz Yusouf dah 6Bulan

Balik pada kursus semalam, terus siap-siap bawak Yusouf g klinik Balok. Patutnya pagi appoitment dia, tapi kena g petang la, sbb kursus habis kul12 tengah hari. Zulaikha plak nak ikut pergi jumpe locter... terpaksa suruh sepupu Ninie, Asilah ikut. Asilah la banyak jaga Yusouf sepanjang Ninie kursus kalau waktu siang. Senang la sikit mak Ninie.

Sampai Klinik Balok, Ninie terus letak buku dalam bakul. JM kat situ panggil ingatkan nak bagi no, rupanya dia ckp Ninie datang salah tarikh. Ninie terkejut sgt. Sebab Ninie rasa betul, JM tu pun tunjuk tarikh dalam buku, app: 8/12/2012. Ninie pun confuse, tak kan la umur 6bulan tak yah datang klinik. Ninie pun tanya dia, 6bulan kena cucuk kan??? JM pun pening lalat dah.. cek punya cek, mmg budak praktikal yang bulan lepas tu tulis salah. Mmg betul dah tarikh Ninie datang tu.

Perkembangan Yusouf, berat dia makin naik, sekarang ni dah 7.8kg. Gigi dah tumbuh 2batang, Tinggi dah 67cm. Dan paling latest, dia dah mula nak merangkak. Asyik masuk gear gostan je.. Huhuhu... Berbanding ngan Zulaikha, dia mmg agak cepat la bab merangkak, kalau gigi, sama je,Zulaikha pun tumbuh gigi masa 5bulan. Lambat ke cepat bergantung pada baby masing-masing kan. Kalau dah gini gaya aktifnya Yusouf, besar kemungkinan diala pembantu ibu  nanti bab-bab mengemas rumah ni.. hahaha...
senyuman gembira bila jumpa ibu..
Masa cucuk, Zulaikha tgk je adik dia kena cucuk. Diam tak berkata apa. Yusouf kali ni mmg menangis sekuat hati, tapi kejap je. Hero la katakan. Lepas tu dia ceria balik. Dah abis kat klinik Balok, bawak Zulaikha g KFC Balok, dia nak main loncoorrr ... Gelongsor la tu.. dan ibu belanja makan-makan.. sekian.

Kursus 4hari

Sejak mengandungkan Yusouf dah lama Ninie tak pergi outstation. Mmg dah lama sgt. Kalau yg pergi balik hari mmg Ninie akan attend. Tapi kalau bermalam, mmg tak pergi la. Kebetulan kursus kali ni buat kat gambar waterpark, so bolehla Ninie join. Kebetulan pulak, Zex pun outstation ke KL 3hari. Terpaksala Ninie ulang-alik dari Gambang waterpark ke umah mak kat Balok. Sib baik mak nak jaga Yusouf ngan Zulaikha. Kursus ngan meeting sekali. Sampai ke malam agenda dia.
Hari-hari Ninie g kul.6.50am dari rumah. Balik dari gambang kul11.malam. Mmg penat amat, tapi demi anak-anak ninie kuatkan diri utk balik, kesian kat Yusouf sbb still BF dan Zulaikha duk mencari Ibu ngan Apak. At least salah sorang ada, pun dah ok. Zulaikha mmg tak nak tido ngan orang lain, seblum Ninie sampai dia dah ngantuk, dia tido soraang-sorang dalam bilik Ninie, adik or kakak ipar Ninie yang tidokan dia. Ajak dia tido ngan hannan sekali bilik lain, dia mmg tak nak. Kesiannya dia. Tapi kalau orang  tanya dia "mana ibu?" dia akan ckp "ibu pergi ambik apak, kesian apak tinggal sorang kat rumah..."alahai anak ibu ni..

Hari Rabu malam, Ninie sampai rumah hampir-hampir pukul 12malam, sebab tumpangkan kawan yg duduk area beserah. Sampai rumah mak, Yusouf tak ada kat rumah, Zulaikha ngan kakak ipar. Mak pun tak ada. Rupanya ada saudara Ninie meninggal. Dia duduk belakang rumah mak Ninie je. Ninie pergi la jenguk. Terkejut jugak, sbb dia meninggal tiba-tiba. Dia ada darah tinggi. 2-3 hari dah pening, tetiba dia jatuh, anak dia balikkan dia, tgk-tgk dia dah tak ada dah. Innalillah.. dan al-fatihah untuk dia. Semoga dia di tempatkan di kalangan orang beriman dah beramal soleh. Takut plak Ninie, ninie kan ada symptom darah tinggi... 

Esoknya terpaksa la Ninie g lambat ke kursus. Sebb mak nak uruskan jenazah. Petang baru Ninie masuk balik kursus. Kursus ni mula-mula agak stress, sbb masa tu isu-isu berkaitan kerja. Tapi bila masuk je bab teambuilding, mmg sgt seronok.. Bos paling besar pun attend jugak. Enjoy sangat teambuliding ni walaupun penat amat sangat!
gambar belakang je. takut.. hahaha

Monday, November 5, 2012

Eizz Yusouf dah tumbuh gigi

Lupa nk citer.Seminggu lepas,cek gusi Yusouf,rupanya dah ada gigi 2batang belah bawah.Patutla dia demam hari tu. Dah ada gigi ni pun dia still masuk jari dlm mulut. Gusi geraham gatal kot. Dah ada gigi makin seram la ibu.Tak ada gigi pun sakit dia mengigit,ni kan pulak dah ada gigi...

Published with Blogger-droid v2.0.9

linkwithin

Related Posts with Thumbnails