Pages

Thursday, October 4, 2012

Zulaikha kena pindah ke pusat asuhan

rajin nak tolong ibu basuh pinggan, habis sebotol pencuci pinggan dia guna
Minggu ni, Isnin, Selasa, Rabu mmg Ninie cuti sebab jaga Yusouf. Zulaikha mmg kena g taska la. Tak daya nak jaga dua orang, sebab Ninie pun tak berapa sihat lagik. Pagi Isnin, cikgu taska telefon, sebab nak bagi tahu, Zulaikha nak kena pindah, dari taska ke pusat asuhan. Bangunan tu sebelah je. Tapi yang jadi hairannya, pusat asuhan tu untuk budak 3tahun ngan 4tahun, Zulaikha baru 2tahun lebih. Alasan mula-mula tu, sebab Zulaikha badan dia besar macam budak 3tahun.
 
Hari pertama Ninie agak tidak kisah, pastu Ninie tanya, kena mandi la dia g pusat asuhan. Cikgu ckp, ada je yang tak mandi. So petang Isnin tu, Zex pun ambik la dia kat pusat asuhan. Bermula la kehidupan baru untuk Zulaikha. Tapi Ninie masih lagik tak sedap hati, sebab Zulaikha ni kecik lagik. Duk pujuk hati, tak apa, nanti dia kena g sana jugak bila 3tahun,kat sana dia boleh belajar.
 
Hari Selasa, Zex hantar dia, tak mandi pun, dia kan suka seluar poket(seluar jeans ada poket) memalam pun tido ngan seluar poket. Gaya macam orang dah mandi la g pusat asuhan tu.Balik dari pusat asuhan, Ninie cek beg dia, bagi baju 3pasang, cikgu guna sepasang je. Bagi pampers 5keping, cikgu guna 2keping je. Bagi susu 3sukatan, cikgu guna satu je. Ish ni lagik tak puas hati. Maknanya, cikgu mandikan dia sekali je masa nak balik, pampers pun tukar sekali pg ngan nak balik sekali. Susu pun cikgu buat petang sekali je nak masa nak balik. Ninie pun ckp ngan Zex, hairan la rasa. Kenapa jadual tak sama ngan taska ni. Kesian Ikha balik dari pusat asuhan, masuk je kereta, dia terus minum susu, habis sebotol. Malam, dia mintak lagik nak susu, sampai 2botol dia minum.
 
Hari Rabu, Ninie pun call cikgu lama dia kat taska, bagi tahu kepelikan di hati tu. Cikgu tu janji nanti dia bagitahu pengurusan pusat asuhan. Kebetulan pulak, Yusouf dah sihat, Ninie pun rasa macam nak g je tanya terus, dan bayar yuran. Apa lagik, terus siap-siap Yusouf, keluar g taska. Masa nak bayar tu, Ninie tanya kenapa Zulaikha kena duduk pusat asuhan sedangkan dia baru 2tahun lebih. Diaorg terkejut sebb Ikha baru 2tahun lebih, diaorg ingatkan Ikha ni dah 3tahun. Aduila... jangan la tgk saiz badan. Naper la tak tgk je tarikh lahir dia.
 
Sorang cikgu tu ckp, patut la Ikha ni, bila tanya tak berapa nak jawap, bagi arahan macam tak berapa faham, tak macam budak 3tahun. Cikgu ckp, berbeza sgt kerekter budak 3tahun ngan budak 2tahun. Aduilaa cikgu....................................................... fenin ibu.....
 
So, next day nanti, Ikha akan kembali ke taska sama ngan Yusouf. Masa nak keluar dari situ, terserempak plak ngan cikgu sorg lagik yang mandikan dia la kot. "Akak saya minta maaf, saya tak  tahu pun Ikha tu belum mandi. Saya ingatkan bila dia pakai seluar jeans tu dia dah mandi.............." Tersenyum kambing la ibu ni..... maknanya semalam, petang hari baru la Zulaikha mandi... aduilaa cikgu.. kesian cikgu ye........ cek pampers ngan keharuman bau Zulaikha pun dah tahu dia lum mandi. Tapi nak gelak jugak la bila cikgu ckp tu kan..... Macam-macam je cikgu dia ni. Maklumla muda-mudi lagik cikgu nye...... Ninie tak ada la marahkan cikgu, cuma rasa tergezuttttttttt.... takkan anak saya membesar terlebih kot.. huhuhu

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails