Pages

Tuesday, October 16, 2012

Yusouf Lelah

Kesian anak ibu Yusouf ni, ibu teruk sangat batuk, jangkit kat dia pulak. Jumaat baru ni, dia start batuk-batuk yang teruk. Bunyi macam kahak banyak sgt. Ninie risau kalau anak-anak batuk, sbb Zulaikha dulu sejarahnya mmg teruk sgt bab-bab batuk ni. So, Ninie pun bawak Yusouf g jumpa Peads Doc Siti kat KSH. 

Punyala ramai umat manusia kat KSH hari tu. Budak-budak ramai betul sakit. Ramai yang kena cirit-birit. Doc ckp, udara kita tak bersih. Jangkitan mudah la dapat. Punyala ramai budak-budak sakit, sampai wad kat KSH tu penuh. Kena tunggu turn nak admit. 

Yusouf ni pun sebab jangkit ngan Ninie. Doc Siti bg surat refer ke klinik untuk buat nebulizer. Doc bg ngan ubat sekali. Malam hari Jumaat tu patutnya dah kena buat sekali neb, tapi Zex pulak tak sampai-sampai dari KL. Kebetulan jalan jem dalam KL. Kul12 malam baru sampai rumah. Ninie ngan anak-anak punyala dah bersiap nak g klinik pastu terus nak balik Balok, sbb adik Ninie nak konvo hari sabtu. Sampai Zulaikha merungut.. "mana apak ni.. lambatnya apak.. ikha lantuk dah ni" Kesian dia, last-last dia tewas, sebelum Zex balik dia dah tido. Malam tu tak jadila g Klinik,klinik pun dah tutup.

Esok pg Ninie g Klinik Annisa kat IS ni je. Ingat kan mahal sgt buat neb. RM5 je. Sebb ubat dah ada doc Siti bg siap-siap. Pg masa bawak tu, mmg kuat bunyi lelah dia. Dah ambik neb, nampak kurang skit. Ninie terus balik Balok pagi sabtu. So, sabtu  malam ngan Ahad pagi, Ninie buat neb kat klinik Syed Badaruddin Balok. RM10 pulak.. lain plak harga. Zex ckp "agaknya sbb klinik dia 2pintu, Annisa satu pintu, so RM5 sepintu.. " huhuhu ye la tu. Isnin Ninie tak boleh g keje, sbb dia lelah lagik, kena buat sekali lagi kat klinik Annisa. Dah lengkap 3hari buat neb, nampak ok sikit dia.

Kalau tak... bunyi lelah dia kuat sgt. Tapi dia aktif je. Melompat suka sangat la. Hari pertama dia ok lg neb, dah hari ke-2 dia nampak je corong neb tu, mmg tak diam dah dia. Duk pusing kepala kesana kemari. Last-last dia akan tertido.. Kesiannya anak ibu... Cepatla sembuh ye... Ibu risau betul.. :-(

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails