Pages

Friday, October 12, 2012

Susu makin kurang

Sejak bulan lepas, production susu ibu mmg makin kurang. Sebenarnya amatla Ninie susah hati. Tapi buat tak tahu je. Ninie start bimbang, bila satu petang tu, ambik Yusouf kat taska, cikgu ckp, "kak, esok  bawak susu 5botol ye. Tak cukup susu 4botol. Nanti kesian Yusouf"..


Setiap hari kat opis Ninie pam 3kali, kul8pg, kul 12.30 & kul 4.30ptg. Jadual yang sama Ninie praktikkan masa zaman Zulaikha dulu. Tapi pelik sgt, susu mmg tak banyak. Sekali pam kekadg tu dapat 3oz je. Kalau dulu-dulu tu dalam 8oz. Ninie mmg ada ambik shaklee. Tapi tak tahu kenapa Ninie mmg alah ngan shaklee. Ninie dah try mcm kawan Ninie buat, dia ckp healing process kot. Tapi dah 3kali try, masih alah jugak, Zex ckp tak payah la nak memudaratkan diri. So, Ninie stop je. 

Ke.. sbb Ninie ambik ubat amlodipine (ubat darah tinggi).. ??? so susu pun kurang...


EBM dalam peti ais pun tak banyak, adala tak sampai 10 botol, mmg nazak dah la kalau nak buat backup time tak cukup susu nak hantar taska. Yusouf dah 5bulan, lagi sebulan je nak habis ekslusif breastfeeding ni. Semalam Ninie pikir punya pikir, dapat menyusu sampai 6bulan pun jadi la. Lepas tu campur pun tak apa la. Tapi sedih plak rasa. Sebab Zulaikha dulu hampir setahun dapat menyusu penuh. 

Semalam jugak sepupu Ninie, Ija ada masalah ngan kekurangan susu. Dia lagik kesian, dah sebulan berpantang susu 2oz je pam. Makan macam-macam dah.. Apa yang tak kena pun tak tahu la. Semoga Allah tunjukkan jalan penyelesaiannya.. Amin..

Balik keje semalam, duk pikir lagik, pastu Ninie ckp ngan Zex, nak makan nasi la malam, selama ni Ninie diet skit (sebb org ckp Ninie gemuk, macam orang mengandung :-) ... hampasss gas sungguh org tu.. ) So, Ninie tak mkn nasi malam, makan biskut or roti je.

Semalam kan.. Ninie pun makan la nasi macam biasa, Zex plak yang masak tu, ayam panggang. Mmg syok.. Abis sepinggan makan nasi.. Heheheh...

Kebetulan kan malam tadi, Yusouf tak menyusu kul5pagi, sebab dia batuk teruk.. Tetibakan pagi ni kat opis, Ninie pam susu... dapat banyak......................................................... 
Kat 9oz. Ke... sbb Yusouf tak menyusu semalam? tapi kalau menyusu pun selalunya sebelah je. Ke.... lauk Ninie makan semalam, semalam Zex masak ayam panggang ngan sayur bayam... ish sgt hairan. Mlm ni try mkn nasi lagik kan.... ke sbb nasik??? ish musykil la makcik...!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails