Pages

Monday, October 22, 2012

Mandi Manda di Dhe Rhu Beach Resort Balok

Minggu ni balik lagik Balok sebab Zex keje sabtu ahad. Dia kena jaga exam. Kebetulan Ninie ada baju nak kena siapkan. Kalau duduk rumah, mmg susah nak siapkan. Ada budak comei 2orang ni, mmg ibu susah sikit nak menjahit. Kalau umah mak, ramai yang rajin nak tolong jaga. Ikha plak kalau dah balik Balok, ada Marissa ngan Hannan, mmg tak kisah dah kat ibu. 

Hari Ahad, kebetulan ibu pun dah rasa lega, pasal baju dress dah 2helai siap. Bleh la layan anak kejap, nanti sambung lagik menjait. Sepupu Ninie ajak bawak budak-budak ni mandi kat Dhe Ru Beach. Hotel ni mmg dekat sesangatnye ngan umah mak Ninie. Ni kiranya first time Ninie bawak Ikha mandi sini. Selalunya kat IS je. Bayaran dia pun tak mahal mana. Budak-budak bawah 3tahun, Free je. Ibu kena bayar la pasal teman anak mandi. Dewasa RM10, kanak-kanak RM7. Mmg rasa berbaloi bawak datang sini.. Kolam dia besar, dan sesuai utk budak-budak. Air paras lutut. Kolam dewasa ada jugak. So mmg sesuai utk seisi keluarga.
Zulaikha & Marissa ngan ibu Hannan
Gelongsor ni untuk budak besar skit. Kalau besar Zulaikha, boleh je main, cuma kena tgk, sekali dia turun dari  gelongsor tu, mmg tenggelam dalam air. Mau lemas... 
Ada buaian dalam air. Ninie tak bawak pun Zulaikha naik, sebab Ninie tak nak basah satu badan. Nanti tak pasal-pasal ibu kena mandi sama.. ahahah.. ooo tidak.. ibu tak nak join, cuma nak jadi bodyguard je..
Yang gelongsor ni kecik skit. Suka sangat Zulaikha dapat naik ni.
suka sgt dpt turun macam ni..
Aliya, Marissa, Hannan, Zulaikha & ibu yang cun!
Ajar anak-anak buat piece, anak saya je tak pandai.. dia buat Five! ooo paling kesian Mama Marissa, photographer, tak dek dalam gambar. Dah nama pun jurugambar kan.. keje ambik gambar je la.. Hahahah
Tak tahu la kenapa budak berdua ni suka sangat duduk bawah ni.. 
bangga dapat main kat sini.. hehehe
Yusouf ikut juga, tapi Tok Anjang jaga. Ni dah penat mandi dan lapar, 2kali makan aiskrim.. pastu dah tak larat nak abis, ibu tukang perabih.. mana ibu tak gemuk..
Dah kat kul12, Ninie ajak Zulaikha naik. Sebab matahari makin meninggi dah. Aliya mulanya sambung balik mandi, tapi ntah macam mana, dia main gelongsor, tangan dia luka kena besi gelongsor, terus dia tak nak mandi, pedih. Mujur pujuk-pujuk dia ok, tak jadi nangis. Tapi Marissa ngan Hannan ni, mmg otai, puas pujuk naik tak nak naik.. Terpaksa Mama dia bohong sunat, ckp nak kena tukar kolam, nak g kolam lagik besar.. Pastu bawak g bilas kat shower je.. huhu. 

Balik rumah, ingatkan budak bertiga ni dah habis tenaga, sambung pulak, memunggah kat rumah.. tak daya betul la..ibu yang nak fengsan !.. tapi berjaya ibu marathon jahit lagi 2pasang baju.. Huhuhu

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails