Pages

Tuesday, October 16, 2012

Konvo Poksu kat UMP

Ni adik bongsu Ninie. Umur beza 10tahun. Teringat masa kecik-kecik dulu. Ninie 3 beradik, Along, Ninie ngan Etty, mmg rapat-rapat. Beza umur dalam 2tahun je. Pastu bila dah besar, dalam darjah 5 g tu, mintak ngan mak nak adik... boleh mintak-mintak pulak. Di takdirkan rezeki, mak mengandungkan dia. Sukanya tak terkata la kami bertiga ni. Dah dapat adik, tension pulak, sebab mak tak bg g main, sebab kena jaga adik.. Huhuhu... Kami mmg menunggu kelahiran dia. Selalu tak sabar-sabar nak dukung dia. Ninie pernah jatuhkan dia dari buai, sebab tak sabar nak dukung dia. Adik dah belum bangun tido, sibuk dah nak angkat.. (sebab tu pandai kot.. ) heheh

Kejap je masa, adik bongsu Ninie dah konvo pun. Tamat pun belajar kat UMP. Konvo ni pun dia tak nak pergi. Ninie yang paksa. Boleh plak dah habis belajar tak nak konvo. Mulanya Ninie nak g sorang je teman dia konvo. Tapi Zex nak ikut pulak. Tetiba.. Zex hangkut Zulaikha sekali g konvo. Kesian ikha ni, sebab dia tak leh masuk dewan. Dia ngan Zex duk kat luar je la. Mak ngan abah tak dapat g. Abah tak sihat sangat, kalau duduk lama-lama dalam dewan, dia kebas kaki. Mak plak jaga abah ngan Yusouf. Yusouf kan tak sihat, so kena duduk dalam rumah aje la.

Kebetulan hujan kat UMP. Mmg susah la nak bergambar. Nak cari adik Ninie pun susah. Bukan apa, Ninie ngan Zulaikha, tahu je la, kejap dia lari sana.. kejap lari sini. Baru set ngan adik Ninie duk kat satu tempat, dah pindah kat lain pulak, sebab Zulaikha duk lari-lari. Mmg susah la nak jumpa time orang ramai gini. Akhirnya dapat juga, leh lah bergambo ngan dia.
 Posing ngan Zulaikha depan dewan masa orang tak ramai...
Apak siap bawak payung bergambar.. Hujan dah turun.. Ikha tak nak bergambar ngan apak, sebab nak main HP apak.. 

Kepada adik yang bongsu, tahniah! akhirnya adik berjaya !.. K.ninie doakan semoga Allah permurahkan rezeki adik, senang dapat keje nanti :-) 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails