Pages

Wednesday, October 3, 2012

Ibu dapat MC Yusouf pulak demam

Start hari rabu balik dari taska badan Yusouf agak panas.Malam kul 2pg, badan dia makin panas. Ini kali pertama Yusouf demam.Kalau anak demam Ninie mmg tak boleh tido.Lepas dah bg dia ubat,suhu badan dia turun skit.
 
Kebetulan hari khamis pun ninie MC,so tak yah ambik cuti rehat.Zex hantar Ninie balik rumah mak Ninie kat Balok.Zex kebetulan ada bengkel kat Dhe Ru.Dekat sgt la ngn umah mak ninie. Ninie mmg tak berapa sihat lagi. Kalau duk umah ngan Yusouf bimbang jugak, buatnya tetiba Ninie pening ke kan.. Kalau umah mak, ada la jugak nak tolong. G umah mak balik malam, malam tu jugak Yusouf demam lagik, sampai suhu badan dia 38 darjah. Ninie bagi dia ubat, dah basahkan badan dia. Mak pun ada bagi daun bunga raya ngan daun bunga melur, ramas-ramas dalam air, basahkan badan dia. Alhamdulillah suhu badan dia turun balik.
 
Jumaat, Ninie tak g keje lagik, sebab bimbang Yusouf demam balik, lagik dah masuk 3hari Yusouf demam, jadi kenala bawak g jumpa doc Siti. Ninie ajak Mak Jang ngan Mak Nyah teman g KSH, sebab mak tak boleh ikut. Mak biasala, rutin dia lepas pencen, mengajar orang menjahit kat umah.
 
Doc Siti bagi ubat antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selesema ngan spray dalam mulut dia. Dalam mulut dia dah merah. Mungkin sebab panas sangat demam dia. Doc Siti pesan kalau suhu melebihi 38.5 dia suruh masuk ubat ikut bontot.
 
Malam tu, suhu badan dia naik sampai 39.7. Memang panas amat kepala dia. Tapi kaki ngan tangan dia sejuk sangat. Ninie pun terus masuk ubat ikut bontot. Pastu basahkan badan dia ngan air daun bunga raya + bunga melur.Tido dengan pampers sekeping je. Alhamdulillah pagi tu badan dia memang sejuk sgt la. Ninie ingatkan dah ok.Sabtu, Ninie balik Pekan, malam tu demam semula, tapi tak kuat sangat. So bagi ubat macam biasa je la. Tapi Yusouf ni mmg baik, sepanjang dia demam, tak ada pun dia menangis, merengek ke apa.Dia diam je. Kita je kena elert suhu badan dia. Tangan Ninie ni mmg sentiasa pegang dia. Punya la risau, sampai riba kan dia, sebab takut overtido, takut tak sedar pulak anak demam.
 
Bangun pagi Ahad, Ninie bukak baju dia, penuh bintik-bintik merah. Macam campak. Ninie pun mulanya rasa macam campak jugak. So kakak ipar suruh bagi Yusouf minum air kelapa. Ninie bagi sikit dia minum. Hari Isnin, muka dia pulak penuh ngan merah-merah. Makin menebal. Dah rupa gegata. Tapi dia dah tak demam. Ninie letak calamine takut dia miang. Tapi dia nampak ok je.
 
Hari Selasa pun muka dia tak hilang lagik merah-merah. Kebetulan jiran depan umah Ninie ni anak dia pandai buat air tawar, dia bagi Ninie air tawar untuk Yusouf. Ninie bg minum dan sapu kat badan Yusouf, alhamdulillah semua bintik merah dia dah hilang. Lega betul rasanya.
 
Kalau anak demam, mmg sangat menakutkan. Mmg macam-macam la kita buat kan supaya anak kita sihat. Esok Ninie dah boleh g keje semula. Lama betul Ninie cuti. Ninie pun tak berapa sihat lagik, selesama ngan batuk, dah makan ubat pun tak baik lagik, agaknya sebab penat tak tido sangat malam. Syok pulak dah tak g keje lama ni kan. Malas plak nak g keje.. Huhuhuhu

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails