Pages

Thursday, October 4, 2012

Gabungan percambahan idea

Dua hari Ninie duduk umah mak Ninie, Zulaikha pun ikut sekali. Tak g taska. Dia mmg suka balik Balok ni sebab ada cousin dia Zufar Hannan. Hannan pun bila Ikha datang, mmg tak g taska jugak. Seronok la berjumpa. Ninie mmg biar je dia main berdua. Selalunya dia duk main dalam bilik tokki. Selalu la dengan tokki berperang ngan cucu dia. "Jangan main atas katil tokki tu, nanti jatuh.." "Sudah-sudah la tengok atomen, tokki nak tgk tv pulak..." hahah mmg tak aman la tokki kalau budak berdua ni ada. Belum datang sorang lagik, anak cousin Ninie, Marissa. Kalau ada sorang lagik ni, mmg lagik pening la tokki tu.
 
Kekdg dia puas main dalam rumah, dia main kat luar, tapi kalau Ninie sedar, mmg tak bagi dia keluar, kebetulan pintu umah tok ternganga je, dia berdua pun cepat-cepat keluar. Ninie duk melayan Yusouf yang demam. Tok biasa, sibuk menggunting kain orang tempah.
 Ninie sedar-sedar, diam je budak berdua ni, terus g cari, mula-mula jumpa pokok tok yang ni. Dah hilang semua daun.
 Cari lagik, jumpa pokok tok dah separuh kena trim. Menjerit tok tgk pokok dia jadi gini.. hehehe
 Kolam ikan tokki, sebaldi Zufar Hannan curah makanan ikan, tokki dah letak tinggi dia boleh ambik kerusi, panjat. Tapi tokki tak ada pun marah sangat.. cucu la katakan.
Akhirnya, jumpa budak berdua ni, tengah main dalam longkang, sorang pegang gunting, sorang pegang sudip bancuh simen. Sejak bila ntah tokki lantik jadi tukang kebun. Abis tanah di koreknya masuk dalam longkang. Bila tanya saper buat pokok tok.. Zulaikha awal-awal lagik tak mengaku "Hannan buat..." Hannan pulak.. " Ikha buat.." Sama je awk berdua tu. Ni la kalau dah berjumpa. Ada je idea dia kan. Tapi tok boleh menarik nafas lega, mujur cucu dia tak gunting kain orang tempah.. hahah


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails