Pages

Tuesday, October 9, 2012

Eizz Yusouf dah 5bulan

suka sangat gambar dia senyum ni
8 Oktober, Yusouf dah 5bulan. Ninie cuti macam biasa,  bawak dia g klinik Balok. Masa ni la peluang Zulaikha nak balik umah tok, dia tak panggil umah tok, dia panggil "rumah Hannan". Kejut dia bangun, ckp nak balik rumah Hannan, kemain senang dia bangun. Redho je ibu suruh mandi awal, kul7pagi dah mandi. Pastu bagitahu dia ibu nak bawak adik g jumpa lokter=doktor. Dia pun ubah fikiran, nak ikut ibu pulak.... mmm tapi tak lama, bila dia nampak je simpang masuk umah tok, terus dia buat kenyataan baru, "ikha nak g rumah Hannan la..." mmmm ibu dah agak dah. Suka sangat la jumpa Hannan. 

Tapi bagus jugak dia tak ikut, kali ni g klinik, kemain lama... aduihai.. sabo je la. kul8.30pg daftar, kul11 pg baru siap. Kalau g klinik, buku kesihatan anak tu kan kita kena letak dalam raga depan pintu bilik rawatan. Pelatih nurse tu suruh Ninie letak kat bilik no.4. Rasa hairan jugak, sbb bilik no.4 tu untuk kg lain. Setiap bilik tu dia ikut kg... Kalau kg mak Ninie, Kg. Chengal Lempong, patutnya bilik no.5. Tapi dalam hati, agaknya dah berubah la kot. So, Ninie biar je. Tak lama tu, ada Jururawat Masyarakat(JM) ambik buku Yusouf. Happy rasa, mesti tak lama lagik dia panggil..

Tapi kan.. ampess dot com.. JM tu dah lama buku tu dalam bilik no.4 bila dia tgk alamat, dia terus g hantar balik ke bilik no.5. Terbeliak bijik mata den.. dah la berpoloh menunggu lama, kena tunggu lagik lama, sebb bilik no.5 sekali lagi Ninie kena que... sabo je la kan...

Dah kat kul11, akhirnya dapat kawan, mau taknya aku pandang ko.. ko pandang aku. Sengih sengih.. pastu terus sembang pasal kelambatan bilik no.5 tu. Kawan baru Ninie tu kan, dia ckp la, bilik no.5 ni mmg lambat gileee... cuba tgk bilik lain, laju je.. Ninie pun perasan jugak keadaan tu, tapi diam aje la. Kawan baru Ninie tu dia just bawak anak nak timbang berat ngan tinggi je. Sebab anak dia dah 2tahun. Budak-budak tahu je la, lelama dia bosan la.

Akhirnya, tiba giliran Ninie, tp dek kerana Ninie  kesian plak dgr rintihan dia, Ninie ckp, bg dia ni dulu. JM dalam tu menjeling je.. ngan buat muka. Lepas setel, kawan Ninie ckp, dia tu mmg kerek!.. mmg softskill tak ada la ngan kata lain nye.. Ntah la kan.. kekadang pelik manusia ni, kenapa nak ckp kasar-kasar kan.. cakap elok-elok la. Dah la lama tunggu, kalau awk ckp elok, org pun sejuk hati..
Yusouf sampai tertido atas pangkuan Ninie sbb lama sangat tunggu. Bila dah turn Ninie, bukan JM tu yg cek ngan cucuk Yusouf, pelatih je buat, apa lagik, masa cucuk Yusouf, pelatih sememangnya tidak cekap, meraung la Yusouf. Kesian anak ibu.. Tapi JM tu sepanjang Ninie dalam bilik tu, dia duk marah pelatih tu itu ini, salah tu salah ni.. "nanti saya tinggi suara pulak kang..." lagik tak releven kan, bukan mengajar namanya tu.. tu namanya nak menunjuk dah pandai.. Jangan lupa, asalnya kita pun x pandai jugak... Kesian betul Ninie kat pelatih tu, walaupun Ninie lagik kesian kat Yusouf.. Huhuhue..

Panjang eh citer, sepanjang masa menunggu turn .. huhuhu perkembangan Yusouf, berat naik skit je, 300gram je. Berat dah 7.1kg. Maybe dia demam hari tu. Tinggi dia 65cm. Naik 2cm. Graf dia jatuh skit... tapi masih normal la tumbesaran dia.. Dia sekarang makin aktif. Paling susah nak pakai pampers, asyik nak meniarap je. Kat umah pun dia kena duduk dlm baby playpen, kalau tak, merata dia golek.. Tak sabar tau nak habiskan ekslusif breasfeeding. Lagik sebulan je.. Yehaaaaa!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails