Pages

Wednesday, October 31, 2012

Lagu Bangun Pagi Oleh Zulaikha

Masa menjahit hari tu, ibu sibuk menjahit, dia sibuk mengacau. Habis benang tengah menjahit dia gunting. Nak marah karang, nanti ada drama plak Zulaikha buat. Sabo je la.. Lastnya bagi dia snipper(mcm gunting kecik) , benang color sirap(color merah la tu.. Zulaikha panggil color sirap..). Kemain lagik dia suka.. sambil menyanyi, punya la gembira... 

"Bangun pagi, gosok gigi
cuci muka, dan mandi..
minum suchuu.. Makan loti..
pergi sekolah..... SAKIT Hati...."

aduihai.. tak tahan nak gelak masa dgr dia nyanyi . Esoknya dia nanyi lagi depan mak Ninie..

Mak pun tak tahan nak gelak, tok kompem la gelak sakan kan.. pastu Zulaikha ckp..

"Tok tu.. sakit hati la tu...."

Hahahahhaahh *hampir pengsan* ibu gelak.. agaknya sakit hati tu... dia ingat ketawa or suka kot.. huhuhu pengsan!

Tuesday, October 30, 2012

Ulser menyerang lagik

Mencik nye kalau ada ulser dalam mulut ni.. Start raya haji hari tu, makin menjadi-jadi ulser dalam mulut ni. Ninie ni mmg tak boleh sangat makan daging kalau baru sembelih. Panas kot. Kalau makan, ni la jadinya.. Habis pecah-pecah. Bibir pun dah macam Angelina Jolie. Tebal semacam je. Yang lagik tak best, nak makan sekse!!!!!! .. Ubat paling sesuai, Oral Aid, Bonjela kalau pakai, akan menambahkan lagik keparahan ulser.. Ni kalau nak senyum pun sekse,... bibir kering.. bila sengih banyak skit, merekah.. aduiiii perit wehhh.. .

Tuan Punya Dress

Amani dah pakai  baju bebet dress ni. Suka tau!. Ima suruh Ninie buat lagik. Tapi tali dia nak besar skit, request dari tok Amani, nak tali tu nampak cam riben bila ikat.. Baju alhamdulillah semuanya muat. Cuma.. ada seluar satu tu cawat dia pendek, nanti Ninie kena alter balik. Biasala belum expert sangat lagik :-) tqs Ima kerana mempercayai saya! Practise make perfect!

Tuesday, October 23, 2012

Bebet & Dress Anak Ima

Kain ni je Ninie sempat snap gambar. Ninie jahit 4pasang baju anak Ima baru  ni. 2 dress, sepasang baju tido dan sepasang baju kelawar ngan seluar panjang. Tapi tak sempat nak snap. Lepas siap jahit, terus kemas-kemas nak balik IS dan singgah jumpa Ima kat Beserah, g hantar semua  tempahan dia.

Ima suruh Ninie buat bebet. Ninie ingat masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat bebet ni. Ada tali kat leher. Belakang seksi. Tak ada lengan.. Seksi g tu..
Belakang Ninie buat piping dan jahit dengan benang getah, supaya dia bercerut kat belakang.. 
Bebet ni tak guna banyak kain, so ada lebih lagik, Ninie buat dress. Tak ada lengan, kain tak cukup :-)
Nasib Ima bagi Ninie kain kosong ni, boleh buat labuh skit, ngan tali reben sekali. Saiz ni Ninie ikut baju anakku Marissa saiz 1-2 Tahun. Anak ima kecik lagik, besar Yusouf je. Tapi dia suruh buat besar.. :-) Baju lain kena mintak tolong Ima snap.. subsidi.. hehehe

Monday, October 22, 2012

Mandi Manda di Dhe Rhu Beach Resort Balok

Minggu ni balik lagik Balok sebab Zex keje sabtu ahad. Dia kena jaga exam. Kebetulan Ninie ada baju nak kena siapkan. Kalau duduk rumah, mmg susah nak siapkan. Ada budak comei 2orang ni, mmg ibu susah sikit nak menjahit. Kalau umah mak, ramai yang rajin nak tolong jaga. Ikha plak kalau dah balik Balok, ada Marissa ngan Hannan, mmg tak kisah dah kat ibu. 

Hari Ahad, kebetulan ibu pun dah rasa lega, pasal baju dress dah 2helai siap. Bleh la layan anak kejap, nanti sambung lagik menjait. Sepupu Ninie ajak bawak budak-budak ni mandi kat Dhe Ru Beach. Hotel ni mmg dekat sesangatnye ngan umah mak Ninie. Ni kiranya first time Ninie bawak Ikha mandi sini. Selalunya kat IS je. Bayaran dia pun tak mahal mana. Budak-budak bawah 3tahun, Free je. Ibu kena bayar la pasal teman anak mandi. Dewasa RM10, kanak-kanak RM7. Mmg rasa berbaloi bawak datang sini.. Kolam dia besar, dan sesuai utk budak-budak. Air paras lutut. Kolam dewasa ada jugak. So mmg sesuai utk seisi keluarga.
Zulaikha & Marissa ngan ibu Hannan
Gelongsor ni untuk budak besar skit. Kalau besar Zulaikha, boleh je main, cuma kena tgk, sekali dia turun dari  gelongsor tu, mmg tenggelam dalam air. Mau lemas... 
Ada buaian dalam air. Ninie tak bawak pun Zulaikha naik, sebab Ninie tak nak basah satu badan. Nanti tak pasal-pasal ibu kena mandi sama.. ahahah.. ooo tidak.. ibu tak nak join, cuma nak jadi bodyguard je..
Yang gelongsor ni kecik skit. Suka sangat Zulaikha dapat naik ni.
suka sgt dpt turun macam ni..
Aliya, Marissa, Hannan, Zulaikha & ibu yang cun!
Ajar anak-anak buat piece, anak saya je tak pandai.. dia buat Five! ooo paling kesian Mama Marissa, photographer, tak dek dalam gambar. Dah nama pun jurugambar kan.. keje ambik gambar je la.. Hahahah
Tak tahu la kenapa budak berdua ni suka sangat duduk bawah ni.. 
bangga dapat main kat sini.. hehehe
Yusouf ikut juga, tapi Tok Anjang jaga. Ni dah penat mandi dan lapar, 2kali makan aiskrim.. pastu dah tak larat nak abis, ibu tukang perabih.. mana ibu tak gemuk..
Dah kat kul12, Ninie ajak Zulaikha naik. Sebab matahari makin meninggi dah. Aliya mulanya sambung balik mandi, tapi ntah macam mana, dia main gelongsor, tangan dia luka kena besi gelongsor, terus dia tak nak mandi, pedih. Mujur pujuk-pujuk dia ok, tak jadi nangis. Tapi Marissa ngan Hannan ni, mmg otai, puas pujuk naik tak nak naik.. Terpaksa Mama dia bohong sunat, ckp nak kena tukar kolam, nak g kolam lagik besar.. Pastu bawak g bilas kat shower je.. huhu. 

Balik rumah, ingatkan budak bertiga ni dah habis tenaga, sambung pulak, memunggah kat rumah.. tak daya betul la..ibu yang nak fengsan !.. tapi berjaya ibu marathon jahit lagi 2pasang baju.. Huhuhu

Tuesday, October 16, 2012

Konvo Poksu kat UMP

Ni adik bongsu Ninie. Umur beza 10tahun. Teringat masa kecik-kecik dulu. Ninie 3 beradik, Along, Ninie ngan Etty, mmg rapat-rapat. Beza umur dalam 2tahun je. Pastu bila dah besar, dalam darjah 5 g tu, mintak ngan mak nak adik... boleh mintak-mintak pulak. Di takdirkan rezeki, mak mengandungkan dia. Sukanya tak terkata la kami bertiga ni. Dah dapat adik, tension pulak, sebab mak tak bg g main, sebab kena jaga adik.. Huhuhu... Kami mmg menunggu kelahiran dia. Selalu tak sabar-sabar nak dukung dia. Ninie pernah jatuhkan dia dari buai, sebab tak sabar nak dukung dia. Adik dah belum bangun tido, sibuk dah nak angkat.. (sebab tu pandai kot.. ) heheh

Kejap je masa, adik bongsu Ninie dah konvo pun. Tamat pun belajar kat UMP. Konvo ni pun dia tak nak pergi. Ninie yang paksa. Boleh plak dah habis belajar tak nak konvo. Mulanya Ninie nak g sorang je teman dia konvo. Tapi Zex nak ikut pulak. Tetiba.. Zex hangkut Zulaikha sekali g konvo. Kesian ikha ni, sebab dia tak leh masuk dewan. Dia ngan Zex duk kat luar je la. Mak ngan abah tak dapat g. Abah tak sihat sangat, kalau duduk lama-lama dalam dewan, dia kebas kaki. Mak plak jaga abah ngan Yusouf. Yusouf kan tak sihat, so kena duduk dalam rumah aje la.

Kebetulan hujan kat UMP. Mmg susah la nak bergambar. Nak cari adik Ninie pun susah. Bukan apa, Ninie ngan Zulaikha, tahu je la, kejap dia lari sana.. kejap lari sini. Baru set ngan adik Ninie duk kat satu tempat, dah pindah kat lain pulak, sebab Zulaikha duk lari-lari. Mmg susah la nak jumpa time orang ramai gini. Akhirnya dapat juga, leh lah bergambo ngan dia.
 Posing ngan Zulaikha depan dewan masa orang tak ramai...
Apak siap bawak payung bergambar.. Hujan dah turun.. Ikha tak nak bergambar ngan apak, sebab nak main HP apak.. 

Kepada adik yang bongsu, tahniah! akhirnya adik berjaya !.. K.ninie doakan semoga Allah permurahkan rezeki adik, senang dapat keje nanti :-) 

Yusouf Lelah

Kesian anak ibu Yusouf ni, ibu teruk sangat batuk, jangkit kat dia pulak. Jumaat baru ni, dia start batuk-batuk yang teruk. Bunyi macam kahak banyak sgt. Ninie risau kalau anak-anak batuk, sbb Zulaikha dulu sejarahnya mmg teruk sgt bab-bab batuk ni. So, Ninie pun bawak Yusouf g jumpa Peads Doc Siti kat KSH. 

Punyala ramai umat manusia kat KSH hari tu. Budak-budak ramai betul sakit. Ramai yang kena cirit-birit. Doc ckp, udara kita tak bersih. Jangkitan mudah la dapat. Punyala ramai budak-budak sakit, sampai wad kat KSH tu penuh. Kena tunggu turn nak admit. 

Yusouf ni pun sebab jangkit ngan Ninie. Doc Siti bg surat refer ke klinik untuk buat nebulizer. Doc bg ngan ubat sekali. Malam hari Jumaat tu patutnya dah kena buat sekali neb, tapi Zex pulak tak sampai-sampai dari KL. Kebetulan jalan jem dalam KL. Kul12 malam baru sampai rumah. Ninie ngan anak-anak punyala dah bersiap nak g klinik pastu terus nak balik Balok, sbb adik Ninie nak konvo hari sabtu. Sampai Zulaikha merungut.. "mana apak ni.. lambatnya apak.. ikha lantuk dah ni" Kesian dia, last-last dia tewas, sebelum Zex balik dia dah tido. Malam tu tak jadila g Klinik,klinik pun dah tutup.

Esok pg Ninie g Klinik Annisa kat IS ni je. Ingat kan mahal sgt buat neb. RM5 je. Sebb ubat dah ada doc Siti bg siap-siap. Pg masa bawak tu, mmg kuat bunyi lelah dia. Dah ambik neb, nampak kurang skit. Ninie terus balik Balok pagi sabtu. So, sabtu  malam ngan Ahad pagi, Ninie buat neb kat klinik Syed Badaruddin Balok. RM10 pulak.. lain plak harga. Zex ckp "agaknya sbb klinik dia 2pintu, Annisa satu pintu, so RM5 sepintu.. " huhuhu ye la tu. Isnin Ninie tak boleh g keje, sbb dia lelah lagik, kena buat sekali lagi kat klinik Annisa. Dah lengkap 3hari buat neb, nampak ok sikit dia.

Kalau tak... bunyi lelah dia kuat sgt. Tapi dia aktif je. Melompat suka sangat la. Hari pertama dia ok lg neb, dah hari ke-2 dia nampak je corong neb tu, mmg tak diam dah dia. Duk pusing kepala kesana kemari. Last-last dia akan tertido.. Kesiannya anak ibu... Cepatla sembuh ye... Ibu risau betul.. :-(

Friday, October 12, 2012

Susu makin kurang

Sejak bulan lepas, production susu ibu mmg makin kurang. Sebenarnya amatla Ninie susah hati. Tapi buat tak tahu je. Ninie start bimbang, bila satu petang tu, ambik Yusouf kat taska, cikgu ckp, "kak, esok  bawak susu 5botol ye. Tak cukup susu 4botol. Nanti kesian Yusouf"..


Setiap hari kat opis Ninie pam 3kali, kul8pg, kul 12.30 & kul 4.30ptg. Jadual yang sama Ninie praktikkan masa zaman Zulaikha dulu. Tapi pelik sgt, susu mmg tak banyak. Sekali pam kekadg tu dapat 3oz je. Kalau dulu-dulu tu dalam 8oz. Ninie mmg ada ambik shaklee. Tapi tak tahu kenapa Ninie mmg alah ngan shaklee. Ninie dah try mcm kawan Ninie buat, dia ckp healing process kot. Tapi dah 3kali try, masih alah jugak, Zex ckp tak payah la nak memudaratkan diri. So, Ninie stop je. 

Ke.. sbb Ninie ambik ubat amlodipine (ubat darah tinggi).. ??? so susu pun kurang...


EBM dalam peti ais pun tak banyak, adala tak sampai 10 botol, mmg nazak dah la kalau nak buat backup time tak cukup susu nak hantar taska. Yusouf dah 5bulan, lagi sebulan je nak habis ekslusif breastfeeding ni. Semalam Ninie pikir punya pikir, dapat menyusu sampai 6bulan pun jadi la. Lepas tu campur pun tak apa la. Tapi sedih plak rasa. Sebab Zulaikha dulu hampir setahun dapat menyusu penuh. 

Semalam jugak sepupu Ninie, Ija ada masalah ngan kekurangan susu. Dia lagik kesian, dah sebulan berpantang susu 2oz je pam. Makan macam-macam dah.. Apa yang tak kena pun tak tahu la. Semoga Allah tunjukkan jalan penyelesaiannya.. Amin..

Balik keje semalam, duk pikir lagik, pastu Ninie ckp ngan Zex, nak makan nasi la malam, selama ni Ninie diet skit (sebb org ckp Ninie gemuk, macam orang mengandung :-) ... hampasss gas sungguh org tu.. ) So, Ninie tak mkn nasi malam, makan biskut or roti je.

Semalam kan.. Ninie pun makan la nasi macam biasa, Zex plak yang masak tu, ayam panggang. Mmg syok.. Abis sepinggan makan nasi.. Heheheh...

Kebetulan kan malam tadi, Yusouf tak menyusu kul5pagi, sebab dia batuk teruk.. Tetibakan pagi ni kat opis, Ninie pam susu... dapat banyak......................................................... 
Kat 9oz. Ke... sbb Yusouf tak menyusu semalam? tapi kalau menyusu pun selalunya sebelah je. Ke.... lauk Ninie makan semalam, semalam Zex masak ayam panggang ngan sayur bayam... ish sgt hairan. Mlm ni try mkn nasi lagik kan.... ke sbb nasik??? ish musykil la makcik...!

Tuesday, October 9, 2012

Eizz Yusouf dah 5bulan

suka sangat gambar dia senyum ni
8 Oktober, Yusouf dah 5bulan. Ninie cuti macam biasa,  bawak dia g klinik Balok. Masa ni la peluang Zulaikha nak balik umah tok, dia tak panggil umah tok, dia panggil "rumah Hannan". Kejut dia bangun, ckp nak balik rumah Hannan, kemain senang dia bangun. Redho je ibu suruh mandi awal, kul7pagi dah mandi. Pastu bagitahu dia ibu nak bawak adik g jumpa lokter=doktor. Dia pun ubah fikiran, nak ikut ibu pulak.... mmm tapi tak lama, bila dia nampak je simpang masuk umah tok, terus dia buat kenyataan baru, "ikha nak g rumah Hannan la..." mmmm ibu dah agak dah. Suka sangat la jumpa Hannan. 

Tapi bagus jugak dia tak ikut, kali ni g klinik, kemain lama... aduihai.. sabo je la. kul8.30pg daftar, kul11 pg baru siap. Kalau g klinik, buku kesihatan anak tu kan kita kena letak dalam raga depan pintu bilik rawatan. Pelatih nurse tu suruh Ninie letak kat bilik no.4. Rasa hairan jugak, sbb bilik no.4 tu untuk kg lain. Setiap bilik tu dia ikut kg... Kalau kg mak Ninie, Kg. Chengal Lempong, patutnya bilik no.5. Tapi dalam hati, agaknya dah berubah la kot. So, Ninie biar je. Tak lama tu, ada Jururawat Masyarakat(JM) ambik buku Yusouf. Happy rasa, mesti tak lama lagik dia panggil..

Tapi kan.. ampess dot com.. JM tu dah lama buku tu dalam bilik no.4 bila dia tgk alamat, dia terus g hantar balik ke bilik no.5. Terbeliak bijik mata den.. dah la berpoloh menunggu lama, kena tunggu lagik lama, sebb bilik no.5 sekali lagi Ninie kena que... sabo je la kan...

Dah kat kul11, akhirnya dapat kawan, mau taknya aku pandang ko.. ko pandang aku. Sengih sengih.. pastu terus sembang pasal kelambatan bilik no.5 tu. Kawan baru Ninie tu kan, dia ckp la, bilik no.5 ni mmg lambat gileee... cuba tgk bilik lain, laju je.. Ninie pun perasan jugak keadaan tu, tapi diam aje la. Kawan baru Ninie tu dia just bawak anak nak timbang berat ngan tinggi je. Sebab anak dia dah 2tahun. Budak-budak tahu je la, lelama dia bosan la.

Akhirnya, tiba giliran Ninie, tp dek kerana Ninie  kesian plak dgr rintihan dia, Ninie ckp, bg dia ni dulu. JM dalam tu menjeling je.. ngan buat muka. Lepas setel, kawan Ninie ckp, dia tu mmg kerek!.. mmg softskill tak ada la ngan kata lain nye.. Ntah la kan.. kekadang pelik manusia ni, kenapa nak ckp kasar-kasar kan.. cakap elok-elok la. Dah la lama tunggu, kalau awk ckp elok, org pun sejuk hati..
Yusouf sampai tertido atas pangkuan Ninie sbb lama sangat tunggu. Bila dah turn Ninie, bukan JM tu yg cek ngan cucuk Yusouf, pelatih je buat, apa lagik, masa cucuk Yusouf, pelatih sememangnya tidak cekap, meraung la Yusouf. Kesian anak ibu.. Tapi JM tu sepanjang Ninie dalam bilik tu, dia duk marah pelatih tu itu ini, salah tu salah ni.. "nanti saya tinggi suara pulak kang..." lagik tak releven kan, bukan mengajar namanya tu.. tu namanya nak menunjuk dah pandai.. Jangan lupa, asalnya kita pun x pandai jugak... Kesian betul Ninie kat pelatih tu, walaupun Ninie lagik kesian kat Yusouf.. Huhuhue..

Panjang eh citer, sepanjang masa menunggu turn .. huhuhu perkembangan Yusouf, berat naik skit je, 300gram je. Berat dah 7.1kg. Maybe dia demam hari tu. Tinggi dia 65cm. Naik 2cm. Graf dia jatuh skit... tapi masih normal la tumbesaran dia.. Dia sekarang makin aktif. Paling susah nak pakai pampers, asyik nak meniarap je. Kat umah pun dia kena duduk dlm baby playpen, kalau tak, merata dia golek.. Tak sabar tau nak habiskan ekslusif breasfeeding. Lagik sebulan je.. Yehaaaaa!

Ibu pulak yang demam

Dua minggu, Ninie keje sangat tidak produktif. Minggu pertama, isnin je keje. Hari lain MC ngan cuti, sbb darah tinggi tu ngan Yusouf demam. Minggu ke-2 pulak. Khamis je keje, Hari Isnin, Selasa Rabu jaga Yusouf demam, dah ok Yusouf, Ninie g keje hari Khamis, masa kat opis, rasa hidung Ninie mmg makin kronik selsema. Sampai kena bernapas ikut mulut, ngan batuk nye, mmg tak daya.

Lepas makan tengahhari Ninie makan ubat selsema ambik kat farmasi, pegawai farmasi tu dah warning ubat tu ngantuk. Mulala petang tu kelopak mata bagai di gam-gam. Lastnya duk dalam bilik, mendiamkan diri. Bertapa kejap. Ingatkan ok dah, balik umah, punya la tak daya. Tido awal, kul3 pagi bangun, sebab sejuk amat, ingatkan sebab zex pasang ekon kuat sangat, Ninie bangun g cari selimut.

Bangun pagi nak g keje, rasa panas semacam je, tak pasal-pasal bangun awal, sebab panas terus mandi awal ngan air sejuk. Lepas siap pakai baju nak g keje, ambik jangkasuhu, tembak dalam telinga, mmmm patutla... 38.8cc. Terus la tak jadi g keje. Dah mmg sedia tak berdaya. Anak-anak Zex hantar g taska. Kul11pg Ninie gagahkan diri g Klinik Annisa area IS ni je. Dapatla MC, pas makan ubat.. tintooooonnnn... sedar-sedar dah petang.. anak-anak dah balik.. automatik ibu jadi cargas!.. tugas menanti.. nak uruskan anak-anak pasti bersenam-senam semua muscle yang ada.. mesti peluh seme kan.. G tu la ibu.. tapi sekarang ni selsema da ok, batuk je skit lagik.. Alhamdulillah dah sihat. Syukur.. :-) Isnin coti lagik.... hahaha.. bawak Yusouf g klinik.. Cucuk 5bulan.. 

Thursday, October 4, 2012

Zulaikha kena pindah ke pusat asuhan

rajin nak tolong ibu basuh pinggan, habis sebotol pencuci pinggan dia guna
Minggu ni, Isnin, Selasa, Rabu mmg Ninie cuti sebab jaga Yusouf. Zulaikha mmg kena g taska la. Tak daya nak jaga dua orang, sebab Ninie pun tak berapa sihat lagik. Pagi Isnin, cikgu taska telefon, sebab nak bagi tahu, Zulaikha nak kena pindah, dari taska ke pusat asuhan. Bangunan tu sebelah je. Tapi yang jadi hairannya, pusat asuhan tu untuk budak 3tahun ngan 4tahun, Zulaikha baru 2tahun lebih. Alasan mula-mula tu, sebab Zulaikha badan dia besar macam budak 3tahun.
 
Hari pertama Ninie agak tidak kisah, pastu Ninie tanya, kena mandi la dia g pusat asuhan. Cikgu ckp, ada je yang tak mandi. So petang Isnin tu, Zex pun ambik la dia kat pusat asuhan. Bermula la kehidupan baru untuk Zulaikha. Tapi Ninie masih lagik tak sedap hati, sebab Zulaikha ni kecik lagik. Duk pujuk hati, tak apa, nanti dia kena g sana jugak bila 3tahun,kat sana dia boleh belajar.
 
Hari Selasa, Zex hantar dia, tak mandi pun, dia kan suka seluar poket(seluar jeans ada poket) memalam pun tido ngan seluar poket. Gaya macam orang dah mandi la g pusat asuhan tu.Balik dari pusat asuhan, Ninie cek beg dia, bagi baju 3pasang, cikgu guna sepasang je. Bagi pampers 5keping, cikgu guna 2keping je. Bagi susu 3sukatan, cikgu guna satu je. Ish ni lagik tak puas hati. Maknanya, cikgu mandikan dia sekali je masa nak balik, pampers pun tukar sekali pg ngan nak balik sekali. Susu pun cikgu buat petang sekali je nak masa nak balik. Ninie pun ckp ngan Zex, hairan la rasa. Kenapa jadual tak sama ngan taska ni. Kesian Ikha balik dari pusat asuhan, masuk je kereta, dia terus minum susu, habis sebotol. Malam, dia mintak lagik nak susu, sampai 2botol dia minum.
 
Hari Rabu, Ninie pun call cikgu lama dia kat taska, bagi tahu kepelikan di hati tu. Cikgu tu janji nanti dia bagitahu pengurusan pusat asuhan. Kebetulan pulak, Yusouf dah sihat, Ninie pun rasa macam nak g je tanya terus, dan bayar yuran. Apa lagik, terus siap-siap Yusouf, keluar g taska. Masa nak bayar tu, Ninie tanya kenapa Zulaikha kena duduk pusat asuhan sedangkan dia baru 2tahun lebih. Diaorg terkejut sebb Ikha baru 2tahun lebih, diaorg ingatkan Ikha ni dah 3tahun. Aduila... jangan la tgk saiz badan. Naper la tak tgk je tarikh lahir dia.
 
Sorang cikgu tu ckp, patut la Ikha ni, bila tanya tak berapa nak jawap, bagi arahan macam tak berapa faham, tak macam budak 3tahun. Cikgu ckp, berbeza sgt kerekter budak 3tahun ngan budak 2tahun. Aduilaa cikgu....................................................... fenin ibu.....
 
So, next day nanti, Ikha akan kembali ke taska sama ngan Yusouf. Masa nak keluar dari situ, terserempak plak ngan cikgu sorg lagik yang mandikan dia la kot. "Akak saya minta maaf, saya tak  tahu pun Ikha tu belum mandi. Saya ingatkan bila dia pakai seluar jeans tu dia dah mandi.............." Tersenyum kambing la ibu ni..... maknanya semalam, petang hari baru la Zulaikha mandi... aduilaa cikgu.. kesian cikgu ye........ cek pampers ngan keharuman bau Zulaikha pun dah tahu dia lum mandi. Tapi nak gelak jugak la bila cikgu ckp tu kan..... Macam-macam je cikgu dia ni. Maklumla muda-mudi lagik cikgu nye...... Ninie tak ada la marahkan cikgu, cuma rasa tergezuttttttttt.... takkan anak saya membesar terlebih kot.. huhuhu

Gabungan percambahan idea

Dua hari Ninie duduk umah mak Ninie, Zulaikha pun ikut sekali. Tak g taska. Dia mmg suka balik Balok ni sebab ada cousin dia Zufar Hannan. Hannan pun bila Ikha datang, mmg tak g taska jugak. Seronok la berjumpa. Ninie mmg biar je dia main berdua. Selalunya dia duk main dalam bilik tokki. Selalu la dengan tokki berperang ngan cucu dia. "Jangan main atas katil tokki tu, nanti jatuh.." "Sudah-sudah la tengok atomen, tokki nak tgk tv pulak..." hahah mmg tak aman la tokki kalau budak berdua ni ada. Belum datang sorang lagik, anak cousin Ninie, Marissa. Kalau ada sorang lagik ni, mmg lagik pening la tokki tu.
 
Kekdg dia puas main dalam rumah, dia main kat luar, tapi kalau Ninie sedar, mmg tak bagi dia keluar, kebetulan pintu umah tok ternganga je, dia berdua pun cepat-cepat keluar. Ninie duk melayan Yusouf yang demam. Tok biasa, sibuk menggunting kain orang tempah.
 Ninie sedar-sedar, diam je budak berdua ni, terus g cari, mula-mula jumpa pokok tok yang ni. Dah hilang semua daun.
 Cari lagik, jumpa pokok tok dah separuh kena trim. Menjerit tok tgk pokok dia jadi gini.. hehehe
 Kolam ikan tokki, sebaldi Zufar Hannan curah makanan ikan, tokki dah letak tinggi dia boleh ambik kerusi, panjat. Tapi tokki tak ada pun marah sangat.. cucu la katakan.
Akhirnya, jumpa budak berdua ni, tengah main dalam longkang, sorang pegang gunting, sorang pegang sudip bancuh simen. Sejak bila ntah tokki lantik jadi tukang kebun. Abis tanah di koreknya masuk dalam longkang. Bila tanya saper buat pokok tok.. Zulaikha awal-awal lagik tak mengaku "Hannan buat..." Hannan pulak.. " Ikha buat.." Sama je awk berdua tu. Ni la kalau dah berjumpa. Ada je idea dia kan. Tapi tok boleh menarik nafas lega, mujur cucu dia tak gunting kain orang tempah.. hahah


Wednesday, October 3, 2012

Ibu dapat MC Yusouf pulak demam

Start hari rabu balik dari taska badan Yusouf agak panas.Malam kul 2pg, badan dia makin panas. Ini kali pertama Yusouf demam.Kalau anak demam Ninie mmg tak boleh tido.Lepas dah bg dia ubat,suhu badan dia turun skit.
 
Kebetulan hari khamis pun ninie MC,so tak yah ambik cuti rehat.Zex hantar Ninie balik rumah mak Ninie kat Balok.Zex kebetulan ada bengkel kat Dhe Ru.Dekat sgt la ngn umah mak ninie. Ninie mmg tak berapa sihat lagi. Kalau duk umah ngan Yusouf bimbang jugak, buatnya tetiba Ninie pening ke kan.. Kalau umah mak, ada la jugak nak tolong. G umah mak balik malam, malam tu jugak Yusouf demam lagik, sampai suhu badan dia 38 darjah. Ninie bagi dia ubat, dah basahkan badan dia. Mak pun ada bagi daun bunga raya ngan daun bunga melur, ramas-ramas dalam air, basahkan badan dia. Alhamdulillah suhu badan dia turun balik.
 
Jumaat, Ninie tak g keje lagik, sebab bimbang Yusouf demam balik, lagik dah masuk 3hari Yusouf demam, jadi kenala bawak g jumpa doc Siti. Ninie ajak Mak Jang ngan Mak Nyah teman g KSH, sebab mak tak boleh ikut. Mak biasala, rutin dia lepas pencen, mengajar orang menjahit kat umah.
 
Doc Siti bagi ubat antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selesema ngan spray dalam mulut dia. Dalam mulut dia dah merah. Mungkin sebab panas sangat demam dia. Doc Siti pesan kalau suhu melebihi 38.5 dia suruh masuk ubat ikut bontot.
 
Malam tu, suhu badan dia naik sampai 39.7. Memang panas amat kepala dia. Tapi kaki ngan tangan dia sejuk sangat. Ninie pun terus masuk ubat ikut bontot. Pastu basahkan badan dia ngan air daun bunga raya + bunga melur.Tido dengan pampers sekeping je. Alhamdulillah pagi tu badan dia memang sejuk sgt la. Ninie ingatkan dah ok.Sabtu, Ninie balik Pekan, malam tu demam semula, tapi tak kuat sangat. So bagi ubat macam biasa je la. Tapi Yusouf ni mmg baik, sepanjang dia demam, tak ada pun dia menangis, merengek ke apa.Dia diam je. Kita je kena elert suhu badan dia. Tangan Ninie ni mmg sentiasa pegang dia. Punya la risau, sampai riba kan dia, sebab takut overtido, takut tak sedar pulak anak demam.
 
Bangun pagi Ahad, Ninie bukak baju dia, penuh bintik-bintik merah. Macam campak. Ninie pun mulanya rasa macam campak jugak. So kakak ipar suruh bagi Yusouf minum air kelapa. Ninie bagi sikit dia minum. Hari Isnin, muka dia pulak penuh ngan merah-merah. Makin menebal. Dah rupa gegata. Tapi dia dah tak demam. Ninie letak calamine takut dia miang. Tapi dia nampak ok je.
 
Hari Selasa pun muka dia tak hilang lagik merah-merah. Kebetulan jiran depan umah Ninie ni anak dia pandai buat air tawar, dia bagi Ninie air tawar untuk Yusouf. Ninie bg minum dan sapu kat badan Yusouf, alhamdulillah semua bintik merah dia dah hilang. Lega betul rasanya.
 
Kalau anak demam, mmg sangat menakutkan. Mmg macam-macam la kita buat kan supaya anak kita sihat. Esok Ninie dah boleh g keje semula. Lama betul Ninie cuti. Ninie pun tak berapa sihat lagik, selesama ngan batuk, dah makan ubat pun tak baik lagik, agaknya sebab penat tak tido sangat malam. Syok pulak dah tak g keje lama ni kan. Malas plak nak g keje.. Huhuhuhu

linkwithin

Related Posts with Thumbnails