Pages

Thursday, September 13, 2012

Temujanji Pertama Lasik Mata Di IIUM


Semalam Ninie cuti. Sebab macam-macam hal ada. Lagipun ada temujanji untuk screening mata kat IIUM. Mula-mula sampai, kena ambik pas dulu kat pintu gerbang. Kebetulan masa nak g ambik pas, ada sorang nyonya tu pun nak g Eye Clinic. Ninie mmg tak tahu kat mana. Lepas nonya tu mintak pas, Ninie pun mintak jugak, buat-buat macam dah biasa, padahal duk meniru nyonya tu... hehhe
Pastu cari parking. Kebetulan lagik, Nyoya tu parking depan Ninie.Dalam hati ada taman.. Yes!. bleh follow nyonya ni.. Ninie slow-slow follow dia. Dia mesti ingat Ninie dah biasa g. Ninie pun buat-buat macam dah faham selok belok IIUM ni. Padahal.. tak tahu langsung..

Klinik ni tingkat 4, Kulliah Of Medicine. Kagum jugak la, sbb tak pernah datang. Rupa-rupanya bukan klinik mata je ada, Klinik kesuburan pun ada. Mula-mula masuk, terus g kaunter. Petugas tu suruh Ninie duduk, nanti dia panggil nama. Ninie bayangkan tak ramai la orang kat klinik ni, rupanya ramai sangat. Ramai orang tua. Takkan la orang tua ni buat lasik mata jugak kan.. Rupa-rupanya, kes-kes lain pun ada. Kebanyakkannya pasal katarak mata.

Dalam setengah jam duduk, barula nama dipanggil. Optometris pun tanya Ninie macam-macam. Berapa power mata, pakai lens lama mana dah, lens lembut ke keras, cermin mata power brp, pakai brp lama dah pakai.. Pastu dia suruh Ninie tanggal contacts lens. 

Yang ni mmg tak releven, dah dia suruh kita bukak contacts lens, harus la Ninie ni meraba-raba dalam terang, dia suruh plak ikut dia g bilik situ.. bilik sini.. Ninie ni jalan tawakal je, kalau tersepak apa-apa nasib la labi.. Mata mmg tak nampak sangat. Dah dapat result mata, dia suruh tunggu lagi, nanti Prof panggil katanya.

Tengah asyik menunggu, tetiba, blackout pulak dah satu IIUM ni.. Bergelap plak la kami seme dalam tu. Sib baik la alat-alat perubatan semua pakai power genset. Lampu je la tak nyala. 

Masa duk melepak tu, Ninie pandang ngan pandangan yang tak nampak apa, depan Ninie mmg ramai orang, ntah diaorg pandang ke.. sengih ke.. mintak maaf ye.. makcik mmg tak nampak. Bukan sombong ye.

Akhirnya, nama dipanggil, rasa lega sangat. Doc tu Prof Dr. ... ... lupa la nama dia. Ayat pertama dia, "Saya tak buat lasik mata, sbb saya tak boleh buat, bukan semua org boleh buat lasik mata". Ninie pun hairan kan.. dia pakar, pasal apa still pakai cermin mata. Ninie tanya kenapa.. Dia pun ckp, "sebab mata saya ada parut, so awak, saya kena tgk dulu keadaan mata baru boleh buat"

Doc tu terangkan panjang lebar, kesimpulannya, Ninie tak boleh buat lasik, sebab ketebalan kanta mata Ninie sekarang ni paling minimun, jadinya pembetulan mata Ninie tak akan sampai 0. Maknanya still rabun jugak sikit. Kalau dah tak sampai 0% rabun, tak nak la Ninie buat. 

Pastu Ninie teringat, masa tunggu kena panggil Ninie baca pamplet Optometris tu bagi, Ibu mengandung dan menyusu tak boleh buat lasik. Ninie pun bagitahu doc tu yang Ninie ni BF mom. Doc tu pun... "ooooo awak tak boleh buat lagik, sbb ketebalan kanta mata bergantung kepada perubahan hormon, maknanya berkemungkinan kanta awak akan menebal, dah pembetulan sehingga 0% boleh dibuat, sebab BF boleh mengubah hormon..." 

Aduila doc... kan senang kalau dari awal tanya je saya ni pregnant atau BF. Mmg kompem tak boleh buat lagik. Kena tunggu betul-betul stop BF. Sekurang-kurangnya 3bulan betul-betul dah tak BF. Sekian, harap maklum :-) 

4 comments:

  1. kak Ninie, sblm pemeriksaan dia tak cakap eh, takleh contact lens selama beberapa hari sblm p check up? tp mmg BF tak boleh buat laser...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kay: dia mmg x ckp, dia cuma tanya-tanya je.. akak tanya jugak lens kena pakai ke x seme. dia ckp x aper.. dtg je screening.. ampess kan.. hehehe

      Delete
  2. salam.maaf..ada tak contact no eye specialist ni?boleh tlg email myra_heaven7@yahoo.com.waktu screening dia tak charge apa2?

    ReplyDelete
  3. Did lasik in excelview midvalley..Vision is not good.. Night vision is terrible with glare, haloes and starbust. It is so real.. please share with others. Be responsible and spread love.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails