Pages

Tuesday, September 4, 2012

Minum Kopi Susu Makin Kurang

Ninie mmg suka sangat minum kopi-O. Nescafe tak suka sangat. Kalau sesaper dtg rumah Ninie beraya, jangan mintak Nescafe. Kompem tak ada. Zex mmg tak minum langsung Nescafe. Dia suka minum air masak ngan air teh je. Tu pun kalau Teh Susu tak boleh., dia kembung.. huhuhu pelik-pelik la Apak Zulaikha ni. 

Melalut ke Zex plak, sebenarnya nak citer pasal tabiat Ninie yang suka sangat minum kopi-O. Masa pregnantkan Yusouf makin bertambah-tambah la suka minum kopi ais. Kalau pepg hari tu, g kantin order kopi ais. kawww punya. Tapi Ninie beringat-ringat jugak sbb kopi ada kefien yang sangat tak elok untuk perkembangan baby. Pastukan mak Ninie pun marah, dia ckp nanti baby kulit gelap cam kopi tu la. Ye ke teori ni??? Masa Zulaikha Ninie tak berapa suka sangat kopi, minum juga tp tak sehebat masa mengandungkan Yusouf. Akhirnya Eizz Yusouf lahir, mmg diakui dia gelap sikit. Tapi dah mmg ibu ngan apak tak berapa cerah pun. Yusouf ala-ala kulit apak kot.. Tapi ramai kata Yusouf mcm mamak Penang. Kalau Mamak Penang, ikut Tokki la.. Tokki kan orang Penang.. Hidung mancung.. hensem anak teruna ibu ni ye :-)

Ish sekali lagi mengarut... Haa pasal kopi ni, masa dalam pantang mmg Ninie suka breakfast ngan Kopi + biskut 4 segi ni. Boleh dikatakan tetiap hari. Ninie perasan, kali ni mmg susu kurang sangat. Tak semewah masa Zulaikha dulu. Sampai Ninie ambik product Shaklee nak banyakkan susu, tapi Ninie terpaksa stop kejap Shaklee sbb Ninie ada alergic, tapi nanti dah ok Ninie akan continue balik.

Bila start keje, Ninie dah tak breakfast ngan kopi, selalunya Teh tarik atau soya suam. Ninie tgk susu kembali normal macam masa Zulaikha dulu. Sampai memalam, Yusouf jarang menyusu, Ninie kena bangun pam pasal dah penuh sangat, sampai rasa sakit. Lagipun ramadhan pun dah habis, Ninie boleh minum air banyak. ehhh tapi masa dalam pantang belum ramadhan pun susu kurang. So, moral of the story, kurangkan minum kopi atau minuman berkafien, sbb boleh kurang susu ibu.. sekian harap maklum semua ibu-ibu yang BF ye.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails