Pages

Thursday, September 6, 2012

Mau cuba lasik mata la

tulisan yg cun melecun
Ninie mmg tak pakai cermin mata, tapi Ninie pakai contact lens. Rabun rupanya kan. Tahap rabun Ninie mmg la teruk amat. 750 sebelah mata. Kebetulan power rabun Ninie ni sama je dua-dua mata. Ninie start rabun since tingkatan satu. Mula rabun pun dah tinggi 200++. Kecik-kecik dulu suka sangat ngadap tv duk depan sekali. Sekarang plak keje mmg ngadap PC je. Power mata mmg asyik bertambah aje. Tak pernah berkurang pun.

Ninie start pakai lens masa tingkat 5, my beloved mak saudara yang perkenalkan. Masa tu ikut mak saudara duduk kedah masa cuti sekolah. Kebetulan diaorg semua duduk kedah sebab ada projek kat sana. Mula-mula pakai lens macam-macam kejadian ada. Paling best, genyeh-genyeh mata masa tengah bawak motor, lens terbang. Ada ke nak jumpa cari kalau dah terbang. Tapi sbb mengenangkan lens tu mahal sebab beli jenis permenant, ngan cousin Ninie, redah semak, carik jugak. Kompem la tak jumpa. Hahah.. 

Since tu jugak, Ninie jarang sekali pakai cermin mata kalau keluar rumah, memang pakai lens je. Memang menjaga rapi la lens, sbb pakai duit sendiri beli masa zaman sekolah tu kan, mmg sangat menghargai la. Selalunya Ninie akan pakai malam je cermin mata. Cermin mata kompem la tebal.

Sekarang ni pun still ada cermin mata untuk kegunaan malam, sbb yang jenis disposal ni dia cepat kering. Lagipun Ninie mmg malas nak pakai permenant, kalau hilang, sekse nak beli semula. Kalau disposal mmg senang la nak ganti. Jenis lens pun jarang Ninie tukar. Dah biasa jenis tu je.

Cousin Ninie ada sorang tu dah try buat lasik mata, masa tu ada satu kedai kat kuantan ni mmg buat lasik mata, tapi Ninie tak mampu la nak buat. Harga dia kat RM10K kot. Baru ni, Ninie rasa nak try tanya ngan UIA, sbb HTAA ni sebelah je, selalu nampak sepanduk promotion pasal lasik mata kat UIA. 

Ninie tak ingat, minggu lepas kot, terus call UIA, benda pertama Ninie tanya, brp RM???? huhuhu.. masih riban-riban, tapi ok sikit la. Dia ckp around RM3,500. Tapi UIA ckp procedure dia panjang, makan masa, so better dari sekarang dtg screening dulu nak tgk condition mata. Dia pun tanya soalan, BF ke tak? ada darah tinggi ke tak, pregnant ke tak..  So dia suh tinggalkan contact number. Dan... semalam UIA Indera Mahkota call, dan bg tarikh appointment, iaitu nextweek. Yehaaa saya harus cuba! g servey-servey sikit. Ninie takut tahap rabun makin teruk. Ini kalau tak pakai cermin mata, kompem jalan masuk longkang. Kesian orang rabun ni kan.. 

6 comments:

  1. Kak Ninie... kat KL byk promotion murah jugak, tp tu la, duit nya takde... lg satu, sbb bila baca prosedure, rasa nak nangis... uwwaaa

    ReplyDelete
  2. Kay: Itula.. kalau duk KL senang kan. Banyak pilihan. tadi opismate akak bukak youtube lasik mata.. blum pergi lagik ni.. akak dah serammm!!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak ninie. ..no tpon uia ada tak.nk tnya psl lasik ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ninie..no tpon uia ada x?sy nk tpon dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, sorry ye lama dah x update blog. no uiam tu:-
      asoc. prof dr. khairidzan mohd kamal
      IIUM Eye specialist clinic
      09-5716627
      0129111475

      Delete
  5. Did lasik in excelview midvalley. Vision is not sharp with dry eyes.Night vision is so bad will all the haloes and starbust. Depress...

    Hasil lasik tidak dijamin. Ade risiko pandangan akan kabur dan tidak bole dibetulkan dengan cermin mata. Tolong sebarkan kebenaran. Kerana ada yang sudah menderita. Saya tidak dapat ape2 keuntungan

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails