Pages

Tuesday, September 18, 2012

Makanan Kegemaran Zulaikha

Zulaikha ni mmg suka makan. Dia mmg tak pernah ada masalah ngan makan. Kecuali dia tak sihat. Kalau sekali sekala dia tak nak makan, Ninie tak susah hati pun. Sebab kanak-kanak kekdg datang mood dia tak nak makan. Tapi lepas 2-3 hari dia akan ok balik. 

Dari dia baby, Ninie mmg train dia makan sendiri. Mulanya mmg bersepah-sepah, tapi lama-lama dia improve. Ninie memang beli set untuk dia makan. Sudu/garfu yang sesuai utk dia, cawan dan pinggan. Mmg memudahkan. Kalau kaca, kekdg bagi, tapi mmg banyak kali pecah. Huhu kekdg ibu malas gak nak cari mangkuk plastik utk dia. Bantai je kaca, padan muka ibu, dapat kerja baru bila Zulaikha jatuhkan dari meja.. 

Antara makanan yang dia suka:-
-Nasi + sup , Ninie mmg buat sup banyak-banyak, pastu bekukan dlm bekas kecik-kecik. Kalau dia nak sup, just panaskan dlm microwave.
-Nasi goreng
-Mee Hoon- mmg suka sangat
-Mee goreng basah. Kalau kering dia tak suka.
-Nasi impit kuah kacang, ni sebijik macam apak dia. Suka kuah kacang.
-Laksam, suka sangat kuah laksam. Hirup sampai habis.
-Mee Goreng Lidi 
-Spegati -dia ckp, mee sos ayam
-Nasi ayam, sbb ada sup..
-Nasi minyak, sbb dia suka rasa nasi tu
-Bubur ayam mcd, dia panggil Kacikkecik, sbb nasi bubur kan hancur..
-Sayur bayam paling dia suka. Sbb lembut kot dan tak pahit

Kalau dia tak pernah makan makanan tu, mmg agak susah nak pujuk dia makan, tapi Ninie terpaksa berlakon, ckp makanan tu sedap yang amat sangat.. Nanti dia try sikit, kalau dia suka, dia akan mintak lagik.  Tapi jajan.. tak yah train, mmg budak-budak akan makan kan. Pelik ek.. Ninie mmg tak bagi sangat dia makan jajan. Sekali sekala tak apa. 

Kesimpulanya, dia mmg suka makan :-)

P/S: Yusouf sekarang ni kalau tgk kita makan, mmg nampak dia bersunguh-sungguh tgk kita makan. Tunggu.. lagik 2bulan, lepas ni Yusouf plak ibu train utk makan.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails