Pages

Tuesday, September 4, 2012

Kenapa Eizz Yusouf Lahir Besar???

Yusouf lahir hari tu 8 Mei 2012 ngan berat 4.28kg. Selalunya baby lahir bawah 4kg kan. Kalau lebih 4kg semua org cakap baby tu besar. Ninie pun sebenarnya mmg tahu akan lahirkan anak yang besar lagi dari Zulaikha. Zulaikha dulu 3.3kg je. Tapi Ninie bajet dalam 3.8kg macam tu je. Doc pun tak ada pun sebut Yusouf ni lebih dari 4kg. Masa pas dah keluar baru Ninie tahu anak Ninie besar lebih dari 4kg. 

Patutla seksa nak keluar kan. Tapi Ninie bersyukur sebab lahirkan Yusouf secara normal.Pas dah lahir bila orang tanya brp kg, ngan bangganya.. bagitahu orang, 4.28kg. Lupa dah kisah sekse nak bersalin.. hahaha. Macam tu la ibu kan. Serik dia kejap je. Masa tengah sakit, lepas dah bersalin tengok muka baby, tak ingat dah hal sakit-sakit ni. Ngan bangga jugak cakap Yusouf lahir normal je. Terus orang tanya bersalin kat mana.. Hahahha.. Ninie mmg refer KSH, so bersalin KSH je la. Sebab musabab... sila tanya secara bersiaran langsung ye. Tak tulis kat blog.. sensetip..!

Pas je baby Yusouf keluar dan dah timbang berat, nurse bagitahu anak Ninie brp kilo kan, doc terus tanya Ninie, "awak ni suka makan apa yang anak besar sangat ni?" heheh.. ngan sengih-sengih... "saya suka sangat makan steak." mmg awal-awal pregnant Ninie suka sangat steak. Pernah g makan kat ECM tu ha.. apa ntah nama restoran tu.. bleh lupa plak. Tapi nak citer, mmg Ninie suka daging. Asalnya, Ninie bukan penggemar daging. Kalau masa zaman bujang, daging mmg Ninie tak makan langsung. Dah keje baru Ninie try try makan daging. Mengandungkan Yusouf teramat suka western food. Kalau g Mcdonald, suka sangat double cheese burger.Kalau duk opis ni, selalu mcdelivery mcdonald. 

Doc pesan, kalau awk pregnant lagik, jangan makan steak dah.. mesti anak awk besar. Dia bleh tanya plak, masa anak first suka makan apa? "Masa Zulaikha saya suka makan pizza" heheh sbb Ninie tak boleh makan nasi dan ayam. Hari-hari pizza. Doc ckp Ninie boleh buat ekperimen anak ke 3, cuba  makan pizza, dpt anak pompuan. Makan daging anak lelaki.. Yela doc tu.. hahah. Janji anak tak besar.

Disebabkan Yusouf ni  besar, Ninie disarankan untuk selang jauh sikit next baby. Doc suruh ambik pil perancang jenis Noridday, sbb pil ni bleh banyakkan susu ibu jugak. Ninie selalu lupa nak makan pil. Mcm mana kalau terbabas??? terima seadanya.. heheh rezeki Allah bg kan.. 

Zex plak ckp, dulu jumpa doc, sebab nak sangat anak, Ni jumpa doc sebab tak nak anak pulak Hahah bukan tak nak dah, cuma nak selang sikit. Bagi Yusouf besar dah boleh jalan, at least umur Yusouf 2tahun, baru Ninie nak pregnant anak ke-3. KPI Ninie, 4orang anak. kalau boleh 2pasang. Boleh ke?? sempat?? tgk aje la ye.. Bahagia rasa ada anak 2orang dah ni.. Tahun depan, bakal menyusul anak saudara baru. Hannan dan Marissa nanti dapat adik.. wah wah wah.. makin meriah la area umah mak Ninie tu ngan anak-anak kecik.. 


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails