Pages

Tuesday, September 11, 2012

Eizz Yusouf 4bulan

tersengih-sengih tgk cerita upin-ipin. Apa yang digeli hati sangat pun tak  tahu la
Tiap kali bawak anak g klinik, Ninie mmg suka ambik cuti. Boleh balik umah tok sekali. Kebetulan Zex outstation ke KL, boleh la tido umah mak Ninie terus. Yusouf dah pun 4bulan. Rasa macam kejap pulak. Agaknya sebab Yusouf ni budak baik, jadinya tak rasa letih pun jaga dia. Dia suka tido, jarang menangis, kalau orang ambik dia, dia diam je. Kalau usik-usik, dia gelak mengekek-ngekek.

G klinik kali ni tak kena cucuk. Just timbang berat ngan ukur tinggi je. Berat makin naik.Naik 500gram. Sekarang berat dia 6.9kg. Tinggi  sama je,63cm. Dah 4bulan ni, dia makin keletah. Badan dia makin tegap. Kalau bg berdiri, suka sangat melompat-lompat. Dia ni  mmg manis ngan senyuman. Asyik sengih aje. Dia sekarang dah mula angkat-angkat bontot, nak merangkak dah kot.. tengah giat memasang kekuda.. huhuhu
Paling dia suka sangat..  isap jari. Ni ok dia masuk satu jari je dalam mulut. Kekadang tu, semua jari dia masuk mulut. Ninie ada jugak bg dia puting kosong. Sbb tak nak dia jadi habit isap jari. Bukan apa, ada cousin Ninie yg cun melecun duk yang duk New Zealand tu, masa kecik suka isap ibu jari, puas nak buang tabiat dia isap jari. Sampai ibu jari dia kurus.. (jgn mara aaa Mey.. ) Tapi org tua-tua cakap, budak suka isap jari ni budak baik. Yeke?? kalau ye, alhamdulillah.. :-) insyaAllah.. Makin gagah perkasa anak ibu ni ye. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails