Pages

Monday, September 24, 2012

Budak baik, dapat sakit

Semalam, dah nak tengah hari, masa tu panas betul cuaca, Ninie pun bawak Yusouf masuk bilik, sebab nak bagi Directfeed. Duk dalam bilik pasang ekon. Sedap skit nak krooh kroooh ngan anak nanti. (yang tu paling ptg). Zulaikha, mulanya main kat ruang tamu dengan Zex. Zex sekarang dah letak PC kat ruang tamu, guna TV jadi monitor PC. Besauuuu la dia boleh tgk screen tu. Syok benor duk main game bola.

Dah ibu masuk bilik bawak adik, dia pun angkut la seme kengkawan dia ni masuk bilik jugak. Ninie baring katil sebelah ngadap ke dinding, memang membelakangkan dia. Dia mulanya elok je naik atas katil lalu katil sebelah, dah siap susun kie moss seme, dia pun mula la aktiviti memanjat. Ninie mmg tak perasan betul. Sebb duk DF Yusouf membelakangkan dia. Tetiba dengar bunyi jatuh, dia tergelincir masa pijak pagar katil. Bergegas la Ninie bangun ambik Zulaikha. Yusouf, terpinga-pinga, sbb ibu tetiba bangun kan.. Sib baik adik dia baik.. diam aje.

Ninie terus jerit panggil Zex, banyak betul darah. Terus capai kain napkin (selimut kie moss) lap mulut dia. Zex plak dukung dia, Ninie g ambik air batu, tuam kat mulut dia. Dia mmg selok la menangis. Alhamdulillah sib baik gigi dia tak patah, dia jatuh tertiarap sebelah pipi kanan. Pipi dia lebam sikit, cuma bibir banyak la luka, sbb terkacip ngan gigi. Adui... nak jatuh rasa jantung ibu.. 
Lepas dia dah reda sikit nangis, DF semula Yusouf, Zulaikha kalau nangis, mesti dia nak Ninie semula, sambil DF Yusouf, peluk dia sekali, ngan kata lainnya, dua-dua kena peluk.. Akhirnya dua-dua tertido. Sweet kan? tertido sambil peluk adik.. Tapi tak leh biar lelama, nanti dia golek mcam steamroll, lemas adik dia... lagik haru.. 

Banyak kali dah juga sebenarnya dia jatuh, pecah bibir ni. Kekdg duk lompat atas katil, katil kan spring, dia terlantun, jatuh atas lantai... ada sekali tu lari-lari atas katil, tersadung kaki ngan mainan dia, kena pagar katil.. menangis sampai muntah. Tapi dia tak pernah serik pun.. Kalau nampak dia dh start aktiviti memanjat atau lompat-lompat mmg selalu ingatkan dia kejadian-kejadian yang pernah dia alami. Bila dia ingat, tak buat kejap je, nanti dia buat semula, aduhai anak... nak membesar ni macam-macam. Risau kalau cedera teruk je. Mintak Allah lindungi la anak-anak saya  yang baik sangat ni :-) Amin.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails