Pages

Wednesday, September 19, 2012

Anak-anak makin membesar



Masa cepat betul berlalu. Rasanya kejap je dah bulan september. Cuma kan.. bulan ni rasa gaji je yang lambat.. Hahahah.. ada kaitan tak? Dapat gaji bulan lepas cepat, bulan ni merasa la ko gaji lambat. Tak keruan hidup..
Yusouf dah 4bulan. Dia mmg tido awal memalam. Balik dari taska, terus mandikan dia, pastu tinggal dia ngan kakak. Tengok-tengok dah tido sendiri. Terus angkat bagi tido atas katil. Mmg buas dia tido, boleh golek-golek sampai hujung katil. Sib baik katil ni ada pagar. Atas bag kakak pun boleh tido. Dia akan bangun semula pagi esok kul4 atau 5, untuk menyusu. 

Tgk mulut dia dah ada puting, disebabkan dia suka sangat letak jari dalam mulut, Ninie terpaksa bagi dia puting kosong. Kalau tak ada puting, mmg dia nangis, sbb tak boleh masukkan semua jari dalam mulut. Ada puting tu duk nyonyot.. lena la tido. Nanti ni jadi tabiat la tu. Tak apa la, asalkan dia selesa... 
 Comel tak Zulaikha senyum? Masa ni tak silap, baru umur setahun lebih. Rambut lambat tumbuh. Mmg rindu masa dia botak ni... comel kan.. hehehehe
Sekarang ni senyuman dia makin menawan. Yerla.. rambut pun dah lebat. Umur pun dah 2tahun setengah. Macam-macam pesen senyuman dia buat kalau kita nak ambik gambar. Masa kecik orang cakap sebijik muka ibu, dah besar kalau senyum, sebiji muka apak.. 

Makin besar makin bijak dan rajin tolong ibu... :-) Suka tolong ibu masukkan kain dalam mesin basuh, dia nak tuang sabun, dia yang nak tekan button start.. Nak tolong punya pasal semalam, habis ibu basah, dia tertumpahkan softner. Tapi sebb nak suruh dia tolong, ibu terpaksa byk bersabar... uhuhuhu. Kalau Ibu siap lipat kain, dia cepat-cepat nak tolong simpankan dalam almari. Seronok tgk dia simpan baju, dia tahu dah mana laci simpan tuala, mana laci simpan baju dia, mana almari simpan baju ibu ngan apak. 

Sekarang ni dia banyak mengafal lagu. Hari-hari dia nanyi lagu labah-labah. Etsy bitsy Spider tu. Tapi tak tahu apa dia sebut. Melodi je ada. Hehehe. 

Cepat sungguh masa berlalu.. sedar-sedar anak dah remaja je nanti kan.. mesti rindu tgk perkembangan dia membesar... Anak amanah Allah yang paling berharga!

2 comments:

  1. betul la kan..cpt jer anak mmbesar..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok besarkan anak sbb tu kita rasa cepat anak membesar kan .. :-)

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails