Pages

Wednesday, September 26, 2012

Tetiba pening

Hari semlm,hari dpt gaji.Tgk jam dh kat kul1,dh plan nk keluar g byr hutang. Tetiba rasa pening semacam je.Rasa nak muntah pun ada.
 
Luar bilik ninie dgr org sembang, mcm staf nurse O&G, Cek Su.Ninie terus keluar bilik,ajak Cek Su g klinik O&G jap.Nak test Blood presure. Sampai klinik, test byk kali asyik error je.Diaorg pn ckp,mesin rosak ni kot. Kali ke brp ntah test,baru dpt baca. Tergezut belaka,bacaan tinggi sgt. Ninie mulanya nk naik blik opis je, tp semua staf nurse kt situ marah.Yela tinggi sgt kan.
 
Cek Su bwk ninie g bhgn kecemasan.Dia suh ninie naik wheelcha.Tp ninie tak nak la.Malu je kalau org nampak.Sebb macam sihat je.Tp ninie dh start rasa huyung hayang.
 
Sib baik g ngn Cek Su,so dpt fast lane,kwn ninie siti pun keje kecemasan.Ninie hi hi dulu dia bgtau ninie nk g kaunter kecemasan.
 
Dah tulis nama seme,cek BP lg ngn MA plak.Byk kali jugak ambik bacaan, error.Last ambik.yg dpt baca,kompem tinggi 187/100.
 
Diaorg ambik wheelcha la terus sbb muka ninie dh pucat. Tolak g jumpe doc plak.
 
Doc pelik jugak.Sbb ninie muda lg.Patutnya kena duduk kat observation wad.Tp ninie tak nak.Ninie mintak MC je pastu nak balik rumah,tido je la.Doc bg ninie makan ubat terus.Bila BP dah ok baru doc bagi ninie balik.
 
Sib baik kwn nimie siti ada situ,leh la kautim ngn doc tak yah masuk wad.Doc bg surat refer suruh g MOPD.
 
Anak-anak, zex ambik semalam.Ninie balik umah tido je.Malam,tak tido nyenyak sbb Yusouf selsema,tiap kali hidung tersumbat,kena bgn pam hidung dia.Semlm pn badan dia panas skit,ninie bg terus ubat demm,takut melarat.Alhamdulillah dia ok dah.Dah g taska ngn zex td.
 
Ninie nk rehat harini.Kalau fenin lagik,kena jumpa doc lagik.Dugaan dtg tak disangka-sangka.Ninie terima sebagai ujian dari Allah tanda DIA sayangkan hambaNYA....
Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, September 24, 2012

Pepagi hari

 Pepagi hari g keje, selalunye macam ni la. Yusouf dalam car seat kat depan, mmg tido. Kalau dia bangun, dia la teman ibu bawak keter. Duk sengih-sengih. Jalan jem pun ibu tak kisah. Tgk Yusouf duk sengih-sengih ngan lesung pipit dia.. :-)
Kakak, selalunya mmg tido. Baring sorang-sorang kat belakang. Masa angkat masuk keter, dia jaga kejap, sbb satu benda je. Dia teringat kat kie moss(mickey mouse). Pesan kat ibu suruh ambik sekali. Kie moss ngan ayah liyeee (ada ke Minnie Mouse tu dia panggil ayah mickey mouse, dek kerana Minnie tu saiz dia besar dari Mickey.. ) 

Nanti sampai taska, Yusouf dah pasti bangun, kakak, mmg masih tido, cikgu ambik dia nanti, dia sambung tdo lagi kat taska.... 

Budak baik, dapat sakit

Semalam, dah nak tengah hari, masa tu panas betul cuaca, Ninie pun bawak Yusouf masuk bilik, sebab nak bagi Directfeed. Duk dalam bilik pasang ekon. Sedap skit nak krooh kroooh ngan anak nanti. (yang tu paling ptg). Zulaikha, mulanya main kat ruang tamu dengan Zex. Zex sekarang dah letak PC kat ruang tamu, guna TV jadi monitor PC. Besauuuu la dia boleh tgk screen tu. Syok benor duk main game bola.

Dah ibu masuk bilik bawak adik, dia pun angkut la seme kengkawan dia ni masuk bilik jugak. Ninie baring katil sebelah ngadap ke dinding, memang membelakangkan dia. Dia mulanya elok je naik atas katil lalu katil sebelah, dah siap susun kie moss seme, dia pun mula la aktiviti memanjat. Ninie mmg tak perasan betul. Sebb duk DF Yusouf membelakangkan dia. Tetiba dengar bunyi jatuh, dia tergelincir masa pijak pagar katil. Bergegas la Ninie bangun ambik Zulaikha. Yusouf, terpinga-pinga, sbb ibu tetiba bangun kan.. Sib baik adik dia baik.. diam aje.

Ninie terus jerit panggil Zex, banyak betul darah. Terus capai kain napkin (selimut kie moss) lap mulut dia. Zex plak dukung dia, Ninie g ambik air batu, tuam kat mulut dia. Dia mmg selok la menangis. Alhamdulillah sib baik gigi dia tak patah, dia jatuh tertiarap sebelah pipi kanan. Pipi dia lebam sikit, cuma bibir banyak la luka, sbb terkacip ngan gigi. Adui... nak jatuh rasa jantung ibu.. 
Lepas dia dah reda sikit nangis, DF semula Yusouf, Zulaikha kalau nangis, mesti dia nak Ninie semula, sambil DF Yusouf, peluk dia sekali, ngan kata lainnya, dua-dua kena peluk.. Akhirnya dua-dua tertido. Sweet kan? tertido sambil peluk adik.. Tapi tak leh biar lelama, nanti dia golek mcam steamroll, lemas adik dia... lagik haru.. 

Banyak kali dah juga sebenarnya dia jatuh, pecah bibir ni. Kekdg duk lompat atas katil, katil kan spring, dia terlantun, jatuh atas lantai... ada sekali tu lari-lari atas katil, tersadung kaki ngan mainan dia, kena pagar katil.. menangis sampai muntah. Tapi dia tak pernah serik pun.. Kalau nampak dia dh start aktiviti memanjat atau lompat-lompat mmg selalu ingatkan dia kejadian-kejadian yang pernah dia alami. Bila dia ingat, tak buat kejap je, nanti dia buat semula, aduhai anak... nak membesar ni macam-macam. Risau kalau cedera teruk je. Mintak Allah lindungi la anak-anak saya  yang baik sangat ni :-) Amin.. 

Friday, September 21, 2012

An Apple A Day Keep The Doctor Away

gambar oleh google
Ninie ni risau, sebab selalu sangat sakit kepala selepas bersalin kan Yusouf. Dah g jumpa doc sekali, doc kata, mungkin sebab Ninie ni tak cukup rehat. Tido terganggu. Kompem la terganggu, tido di antara dua orang yang sangat sayang untuk ditinggalkan. Kiri Zulaikha, kanan Yusouf. Kejap-kejap terjaga bila kena sepak dek Zulaikha, kejap kang terjaga bila Yusouf pusing sana sini. Tapi walaupun tak cukup tido, rasa selesa sbb anak-anak tido depan mata. Nyamuk pun akan jadi musuh ibu nombor satu.. hahahah..

Exceli banyak kali dah Ninie test tekanan darah, tekanan darah Ninie tinggi, tapi tak la melambung sangat. Kalau tidak sure dah wengggg........... Semalam balik dari kerja, tetiba sakit lagi kepala, sampai tertido dengan Yusouf sbb terlalu sakit kepala. Zulaikha sib baik la, dia ngan apak la.. 

Bangun pagi, rasa macam was-was je, ntah-ntah pregnant??? aduhai.. takut jugak, walaupun ambik pil perancang, tapi selalula terlupa. Dah la tetiba rasa sakit kat bahagian rahim.. Lagi la berdebor. Mmmm bukan tak nak anak dah, cuma nak selang jauh sikit. Yosouf baru 4bulan kan.. 

Ninie mmg malas g jumpa doc, kalau bab hal sendiri, kalau bab anak-anak mmg priority, tapi td rasa sakit kepala kembali lagi, terus g KSH jumpa doc Khaled. Doc scan, alhamdulillah, rahim masih kosong.. Lega den..! Doc tekan-tekan perut, tanya sakit kat mana. Pastu doc tanya, "awak sembelit ke?" A ah doc, saya still sembelit sampai sekarang. Kena ambik ducalox(ubat sembelit) baru boleh buang.. Doc tanya brp kali seminggu baru buang? Ninie selalu 5hari sekali... lama kan???... kompemla tak normal.. Doc bg penerangan panjang lebar, yang Ninie ni masalah penghadaman, kurang fiber. Jadi bila payah nak buang tu, ada masalah usus, usus cuba tekan keluar menyebabkan rasa sakit kat bhgn tertentu.. So, doc bg ubat, kena minum setiap malam... dan.... setiap malam kena makan apple 2biji... wah wah wah.. omputih dah ambe.. kena makan apple tu... 

Pasal darah tinggi, doc suruh Ninie cek setiap 2hari, brp tekanan darah. Kalau still tinggi, macam biasa.. jumpa la doc semula ye.... rawatan selanjutnya.. adui hai.. makin bertambah usia dan makin cun ni.. kesihatan pun makin cun.. ingat-ingat la ye.. jgn makan sembrono je Ninie wwehhh.. awk tu makin cun.. huhuu sekian!

Wednesday, September 19, 2012

Anak-anak makin membesar



Masa cepat betul berlalu. Rasanya kejap je dah bulan september. Cuma kan.. bulan ni rasa gaji je yang lambat.. Hahahah.. ada kaitan tak? Dapat gaji bulan lepas cepat, bulan ni merasa la ko gaji lambat. Tak keruan hidup..
Yusouf dah 4bulan. Dia mmg tido awal memalam. Balik dari taska, terus mandikan dia, pastu tinggal dia ngan kakak. Tengok-tengok dah tido sendiri. Terus angkat bagi tido atas katil. Mmg buas dia tido, boleh golek-golek sampai hujung katil. Sib baik katil ni ada pagar. Atas bag kakak pun boleh tido. Dia akan bangun semula pagi esok kul4 atau 5, untuk menyusu. 

Tgk mulut dia dah ada puting, disebabkan dia suka sangat letak jari dalam mulut, Ninie terpaksa bagi dia puting kosong. Kalau tak ada puting, mmg dia nangis, sbb tak boleh masukkan semua jari dalam mulut. Ada puting tu duk nyonyot.. lena la tido. Nanti ni jadi tabiat la tu. Tak apa la, asalkan dia selesa... 
 Comel tak Zulaikha senyum? Masa ni tak silap, baru umur setahun lebih. Rambut lambat tumbuh. Mmg rindu masa dia botak ni... comel kan.. hehehehe
Sekarang ni senyuman dia makin menawan. Yerla.. rambut pun dah lebat. Umur pun dah 2tahun setengah. Macam-macam pesen senyuman dia buat kalau kita nak ambik gambar. Masa kecik orang cakap sebijik muka ibu, dah besar kalau senyum, sebiji muka apak.. 

Makin besar makin bijak dan rajin tolong ibu... :-) Suka tolong ibu masukkan kain dalam mesin basuh, dia nak tuang sabun, dia yang nak tekan button start.. Nak tolong punya pasal semalam, habis ibu basah, dia tertumpahkan softner. Tapi sebb nak suruh dia tolong, ibu terpaksa byk bersabar... uhuhuhu. Kalau Ibu siap lipat kain, dia cepat-cepat nak tolong simpankan dalam almari. Seronok tgk dia simpan baju, dia tahu dah mana laci simpan tuala, mana laci simpan baju dia, mana almari simpan baju ibu ngan apak. 

Sekarang ni dia banyak mengafal lagu. Hari-hari dia nanyi lagu labah-labah. Etsy bitsy Spider tu. Tapi tak tahu apa dia sebut. Melodi je ada. Hehehe. 

Cepat sungguh masa berlalu.. sedar-sedar anak dah remaja je nanti kan.. mesti rindu tgk perkembangan dia membesar... Anak amanah Allah yang paling berharga!

Tuesday, September 18, 2012

Makanan Kegemaran Zulaikha

Zulaikha ni mmg suka makan. Dia mmg tak pernah ada masalah ngan makan. Kecuali dia tak sihat. Kalau sekali sekala dia tak nak makan, Ninie tak susah hati pun. Sebab kanak-kanak kekdg datang mood dia tak nak makan. Tapi lepas 2-3 hari dia akan ok balik. 

Dari dia baby, Ninie mmg train dia makan sendiri. Mulanya mmg bersepah-sepah, tapi lama-lama dia improve. Ninie memang beli set untuk dia makan. Sudu/garfu yang sesuai utk dia, cawan dan pinggan. Mmg memudahkan. Kalau kaca, kekdg bagi, tapi mmg banyak kali pecah. Huhu kekdg ibu malas gak nak cari mangkuk plastik utk dia. Bantai je kaca, padan muka ibu, dapat kerja baru bila Zulaikha jatuhkan dari meja.. 

Antara makanan yang dia suka:-
-Nasi + sup , Ninie mmg buat sup banyak-banyak, pastu bekukan dlm bekas kecik-kecik. Kalau dia nak sup, just panaskan dlm microwave.
-Nasi goreng
-Mee Hoon- mmg suka sangat
-Mee goreng basah. Kalau kering dia tak suka.
-Nasi impit kuah kacang, ni sebijik macam apak dia. Suka kuah kacang.
-Laksam, suka sangat kuah laksam. Hirup sampai habis.
-Mee Goreng Lidi 
-Spegati -dia ckp, mee sos ayam
-Nasi ayam, sbb ada sup..
-Nasi minyak, sbb dia suka rasa nasi tu
-Bubur ayam mcd, dia panggil Kacikkecik, sbb nasi bubur kan hancur..
-Sayur bayam paling dia suka. Sbb lembut kot dan tak pahit

Kalau dia tak pernah makan makanan tu, mmg agak susah nak pujuk dia makan, tapi Ninie terpaksa berlakon, ckp makanan tu sedap yang amat sangat.. Nanti dia try sikit, kalau dia suka, dia akan mintak lagik.  Tapi jajan.. tak yah train, mmg budak-budak akan makan kan. Pelik ek.. Ninie mmg tak bagi sangat dia makan jajan. Sekali sekala tak apa. 

Kesimpulanya, dia mmg suka makan :-)

P/S: Yusouf sekarang ni kalau tgk kita makan, mmg nampak dia bersunguh-sungguh tgk kita makan. Tunggu.. lagik 2bulan, lepas ni Yusouf plak ibu train utk makan.. 

Friday, September 14, 2012

Jahitan: Dress untuk Anak Ima

tiru design baju Zulaikha je. Ima suruh ikut macam baju Zulaikha.
Kawan lama Ninie masa kat Ihsan mintak suruh jahitkan baju anak dia. Anak dia lebih kurang umur Yusouf je. Ninie mmg suka jahit. Cuma masa je tak ada. Ima bg banyak sangat kain, dia nak hari Khamis, tapi Ninie sempat siapkan 2pasang je. Ima nak pakai untuk majlis apa pun Ninie tak ingat. Heheh. Sib baik Ninie cuti hari Rabu, sempat la menjahit. Duk plak umah mak, Yusouf Tok Anjang yang jaga, Zulaikha pulak, dah jumpa cousin dia Zufar Hannan mmg tak ingat siapa dah.. 
Sepasang lagi baju kurung. Sebenarnya dua-dua baju ada headband. Lace elastik tu Ninie beli kat kedai Zaman Moden sebelah courts mamont. Pastu bunga tu Ninie belajar ngan mak macam mana nak buat. Bila dah siap, rasa suka sangat. Sebab dapat siapkan untuk Ima. Cuti 3hari esok ni  nak siapkan  lagi baju-baju lain. Ima suruh buat besar sikit dan design ikut Ninie la macam mana pun.. :-) seronok dpt masa untuk menjahit...


Thursday, September 13, 2012

Temujanji Pertama Lasik Mata Di IIUM


Semalam Ninie cuti. Sebab macam-macam hal ada. Lagipun ada temujanji untuk screening mata kat IIUM. Mula-mula sampai, kena ambik pas dulu kat pintu gerbang. Kebetulan masa nak g ambik pas, ada sorang nyonya tu pun nak g Eye Clinic. Ninie mmg tak tahu kat mana. Lepas nonya tu mintak pas, Ninie pun mintak jugak, buat-buat macam dah biasa, padahal duk meniru nyonya tu... hehhe
Pastu cari parking. Kebetulan lagik, Nyoya tu parking depan Ninie.Dalam hati ada taman.. Yes!. bleh follow nyonya ni.. Ninie slow-slow follow dia. Dia mesti ingat Ninie dah biasa g. Ninie pun buat-buat macam dah faham selok belok IIUM ni. Padahal.. tak tahu langsung..

Klinik ni tingkat 4, Kulliah Of Medicine. Kagum jugak la, sbb tak pernah datang. Rupa-rupanya bukan klinik mata je ada, Klinik kesuburan pun ada. Mula-mula masuk, terus g kaunter. Petugas tu suruh Ninie duduk, nanti dia panggil nama. Ninie bayangkan tak ramai la orang kat klinik ni, rupanya ramai sangat. Ramai orang tua. Takkan la orang tua ni buat lasik mata jugak kan.. Rupa-rupanya, kes-kes lain pun ada. Kebanyakkannya pasal katarak mata.

Dalam setengah jam duduk, barula nama dipanggil. Optometris pun tanya Ninie macam-macam. Berapa power mata, pakai lens lama mana dah, lens lembut ke keras, cermin mata power brp, pakai brp lama dah pakai.. Pastu dia suruh Ninie tanggal contacts lens. 

Yang ni mmg tak releven, dah dia suruh kita bukak contacts lens, harus la Ninie ni meraba-raba dalam terang, dia suruh plak ikut dia g bilik situ.. bilik sini.. Ninie ni jalan tawakal je, kalau tersepak apa-apa nasib la labi.. Mata mmg tak nampak sangat. Dah dapat result mata, dia suruh tunggu lagi, nanti Prof panggil katanya.

Tengah asyik menunggu, tetiba, blackout pulak dah satu IIUM ni.. Bergelap plak la kami seme dalam tu. Sib baik la alat-alat perubatan semua pakai power genset. Lampu je la tak nyala. 

Masa duk melepak tu, Ninie pandang ngan pandangan yang tak nampak apa, depan Ninie mmg ramai orang, ntah diaorg pandang ke.. sengih ke.. mintak maaf ye.. makcik mmg tak nampak. Bukan sombong ye.

Akhirnya, nama dipanggil, rasa lega sangat. Doc tu Prof Dr. ... ... lupa la nama dia. Ayat pertama dia, "Saya tak buat lasik mata, sbb saya tak boleh buat, bukan semua org boleh buat lasik mata". Ninie pun hairan kan.. dia pakar, pasal apa still pakai cermin mata. Ninie tanya kenapa.. Dia pun ckp, "sebab mata saya ada parut, so awak, saya kena tgk dulu keadaan mata baru boleh buat"

Doc tu terangkan panjang lebar, kesimpulannya, Ninie tak boleh buat lasik, sebab ketebalan kanta mata Ninie sekarang ni paling minimun, jadinya pembetulan mata Ninie tak akan sampai 0. Maknanya still rabun jugak sikit. Kalau dah tak sampai 0% rabun, tak nak la Ninie buat. 

Pastu Ninie teringat, masa tunggu kena panggil Ninie baca pamplet Optometris tu bagi, Ibu mengandung dan menyusu tak boleh buat lasik. Ninie pun bagitahu doc tu yang Ninie ni BF mom. Doc tu pun... "ooooo awak tak boleh buat lagik, sbb ketebalan kanta mata bergantung kepada perubahan hormon, maknanya berkemungkinan kanta awak akan menebal, dah pembetulan sehingga 0% boleh dibuat, sebab BF boleh mengubah hormon..." 

Aduila doc... kan senang kalau dari awal tanya je saya ni pregnant atau BF. Mmg kompem tak boleh buat lagik. Kena tunggu betul-betul stop BF. Sekurang-kurangnya 3bulan betul-betul dah tak BF. Sekian, harap maklum :-) 

Tuesday, September 11, 2012

Eizz Yusouf 4bulan

tersengih-sengih tgk cerita upin-ipin. Apa yang digeli hati sangat pun tak  tahu la
Tiap kali bawak anak g klinik, Ninie mmg suka ambik cuti. Boleh balik umah tok sekali. Kebetulan Zex outstation ke KL, boleh la tido umah mak Ninie terus. Yusouf dah pun 4bulan. Rasa macam kejap pulak. Agaknya sebab Yusouf ni budak baik, jadinya tak rasa letih pun jaga dia. Dia suka tido, jarang menangis, kalau orang ambik dia, dia diam je. Kalau usik-usik, dia gelak mengekek-ngekek.

G klinik kali ni tak kena cucuk. Just timbang berat ngan ukur tinggi je. Berat makin naik.Naik 500gram. Sekarang berat dia 6.9kg. Tinggi  sama je,63cm. Dah 4bulan ni, dia makin keletah. Badan dia makin tegap. Kalau bg berdiri, suka sangat melompat-lompat. Dia ni  mmg manis ngan senyuman. Asyik sengih aje. Dia sekarang dah mula angkat-angkat bontot, nak merangkak dah kot.. tengah giat memasang kekuda.. huhuhu
Paling dia suka sangat..  isap jari. Ni ok dia masuk satu jari je dalam mulut. Kekadang tu, semua jari dia masuk mulut. Ninie ada jugak bg dia puting kosong. Sbb tak nak dia jadi habit isap jari. Bukan apa, ada cousin Ninie yg cun melecun duk yang duk New Zealand tu, masa kecik suka isap ibu jari, puas nak buang tabiat dia isap jari. Sampai ibu jari dia kurus.. (jgn mara aaa Mey.. ) Tapi org tua-tua cakap, budak suka isap jari ni budak baik. Yeke?? kalau ye, alhamdulillah.. :-) insyaAllah.. Makin gagah perkasa anak ibu ni ye. 

Friday, September 7, 2012

Cabaran 3 liter air sehari



Kita disarankan minum at least 3 liter air kosong sehari kan. Nak plak BF ni, mmg cepat dahaga. Kat umah mmg Ninie sukat air  nak minum. Selalunya kalau air masak, Ninie guna botol yang sama. So, tahu la brp liter dah minum air. Kalau opis, Ninie guna botol Nestea ni. Botol ni 1 liter. Kat opis at least sebotol setengah kena minum. Sbb nanti kat umah lagi sebotol setengah. Nak minum air pun sekse kan.. bukan senang nak minum air putih sampai 3 liter. Malas nak ulang g tandas.... Tapi.. demi anakku Eizz Yusouf ibu redahhh.. ceewah.. padahal tak nanti BF, mmg kena minum 3 liter jugak... malas benor... makan berkilo-kilo boleh plak.. ish ish ish..

Thursday, September 6, 2012

Mau cuba lasik mata la

tulisan yg cun melecun
Ninie mmg tak pakai cermin mata, tapi Ninie pakai contact lens. Rabun rupanya kan. Tahap rabun Ninie mmg la teruk amat. 750 sebelah mata. Kebetulan power rabun Ninie ni sama je dua-dua mata. Ninie start rabun since tingkatan satu. Mula rabun pun dah tinggi 200++. Kecik-kecik dulu suka sangat ngadap tv duk depan sekali. Sekarang plak keje mmg ngadap PC je. Power mata mmg asyik bertambah aje. Tak pernah berkurang pun.

Ninie start pakai lens masa tingkat 5, my beloved mak saudara yang perkenalkan. Masa tu ikut mak saudara duduk kedah masa cuti sekolah. Kebetulan diaorg semua duduk kedah sebab ada projek kat sana. Mula-mula pakai lens macam-macam kejadian ada. Paling best, genyeh-genyeh mata masa tengah bawak motor, lens terbang. Ada ke nak jumpa cari kalau dah terbang. Tapi sbb mengenangkan lens tu mahal sebab beli jenis permenant, ngan cousin Ninie, redah semak, carik jugak. Kompem la tak jumpa. Hahah.. 

Since tu jugak, Ninie jarang sekali pakai cermin mata kalau keluar rumah, memang pakai lens je. Memang menjaga rapi la lens, sbb pakai duit sendiri beli masa zaman sekolah tu kan, mmg sangat menghargai la. Selalunya Ninie akan pakai malam je cermin mata. Cermin mata kompem la tebal.

Sekarang ni pun still ada cermin mata untuk kegunaan malam, sbb yang jenis disposal ni dia cepat kering. Lagipun Ninie mmg malas nak pakai permenant, kalau hilang, sekse nak beli semula. Kalau disposal mmg senang la nak ganti. Jenis lens pun jarang Ninie tukar. Dah biasa jenis tu je.

Cousin Ninie ada sorang tu dah try buat lasik mata, masa tu ada satu kedai kat kuantan ni mmg buat lasik mata, tapi Ninie tak mampu la nak buat. Harga dia kat RM10K kot. Baru ni, Ninie rasa nak try tanya ngan UIA, sbb HTAA ni sebelah je, selalu nampak sepanduk promotion pasal lasik mata kat UIA. 

Ninie tak ingat, minggu lepas kot, terus call UIA, benda pertama Ninie tanya, brp RM???? huhuhu.. masih riban-riban, tapi ok sikit la. Dia ckp around RM3,500. Tapi UIA ckp procedure dia panjang, makan masa, so better dari sekarang dtg screening dulu nak tgk condition mata. Dia pun tanya soalan, BF ke tak? ada darah tinggi ke tak, pregnant ke tak..  So dia suh tinggalkan contact number. Dan... semalam UIA Indera Mahkota call, dan bg tarikh appointment, iaitu nextweek. Yehaaa saya harus cuba! g servey-servey sikit. Ninie takut tahap rabun makin teruk. Ini kalau tak pakai cermin mata, kompem jalan masuk longkang. Kesian orang rabun ni kan.. 

Wednesday, September 5, 2012

Koleksi Famili...

Nak citer koleksi yang ada kat rumah Ninie.. hihihi
Pertama, Ni koleksi Zex.. Games.. dia suka sangat main game.. Kalau dia ada masa mmg main game memanjang. Ada anak ni dia tetap main game, cuma dia tunggu anak-anak dia dah tido. Kalau tak, tak boleh main gamenye dia.. Zulaikha suruh bukak citer Barney.. Hehehe
Kedua, Koleksi Zex jugak.. Kereta.. Ntah apa best kereta ni pun tak tahula. Walaupun dia sayang sangat kat semua koleksi kereta dia, kalau Zulaikha mintak, dia bagi jugak main. Tapi tak boleh semua.. Huhuhu. Dapat kat Zulaikha, tak boleh dah buat pameran dalam almari, kereta dah hilang rupa..
Ke tiga, Koleksi Zulaikha. Softtoy ni mmg banyak sangat-sangat. Ada yang beli, ada yang kengkawan, sedara mara yang bagi. Time tersusun, mmg elok je.. time bersepah... boleh migrane ibu.. Itu letak tinggi tak bagi sangat dia ambik, kecuali dia mintak. hahah macam jual kat kedai plak kan..
Ke empat, Koleksi keluarga, macam farmasi je kan... Itu la bila ada anak kecik ni, mmg kena standby ubat ubatan dalam peti ais..
Ke Lima, hehehe ni la Koleksi Ninie.. Kain tak lipat dah nak masuk 3 bakul campur yang petang ni, sebakul yang kosong tu, dah berjaya Ninie gosok kemarin. Tu pun duk berperang ngan Zulaikha, orang sibuk menggosok, dia sibuk nak main hanger.. Takut je kena iron, last-last terpaksa berhenti menggosok.. tak siap jugak keje ibu.. aduilaa... tension tgk byk bakul tak kosong lagik ni.. 

Tuesday, September 4, 2012

Kenapa Eizz Yusouf Lahir Besar???

Yusouf lahir hari tu 8 Mei 2012 ngan berat 4.28kg. Selalunya baby lahir bawah 4kg kan. Kalau lebih 4kg semua org cakap baby tu besar. Ninie pun sebenarnya mmg tahu akan lahirkan anak yang besar lagi dari Zulaikha. Zulaikha dulu 3.3kg je. Tapi Ninie bajet dalam 3.8kg macam tu je. Doc pun tak ada pun sebut Yusouf ni lebih dari 4kg. Masa pas dah keluar baru Ninie tahu anak Ninie besar lebih dari 4kg. 

Patutla seksa nak keluar kan. Tapi Ninie bersyukur sebab lahirkan Yusouf secara normal.Pas dah lahir bila orang tanya brp kg, ngan bangganya.. bagitahu orang, 4.28kg. Lupa dah kisah sekse nak bersalin.. hahaha. Macam tu la ibu kan. Serik dia kejap je. Masa tengah sakit, lepas dah bersalin tengok muka baby, tak ingat dah hal sakit-sakit ni. Ngan bangga jugak cakap Yusouf lahir normal je. Terus orang tanya bersalin kat mana.. Hahahha.. Ninie mmg refer KSH, so bersalin KSH je la. Sebab musabab... sila tanya secara bersiaran langsung ye. Tak tulis kat blog.. sensetip..!

Pas je baby Yusouf keluar dan dah timbang berat, nurse bagitahu anak Ninie brp kilo kan, doc terus tanya Ninie, "awak ni suka makan apa yang anak besar sangat ni?" heheh.. ngan sengih-sengih... "saya suka sangat makan steak." mmg awal-awal pregnant Ninie suka sangat steak. Pernah g makan kat ECM tu ha.. apa ntah nama restoran tu.. bleh lupa plak. Tapi nak citer, mmg Ninie suka daging. Asalnya, Ninie bukan penggemar daging. Kalau masa zaman bujang, daging mmg Ninie tak makan langsung. Dah keje baru Ninie try try makan daging. Mengandungkan Yusouf teramat suka western food. Kalau g Mcdonald, suka sangat double cheese burger.Kalau duk opis ni, selalu mcdelivery mcdonald. 

Doc pesan, kalau awk pregnant lagik, jangan makan steak dah.. mesti anak awk besar. Dia bleh tanya plak, masa anak first suka makan apa? "Masa Zulaikha saya suka makan pizza" heheh sbb Ninie tak boleh makan nasi dan ayam. Hari-hari pizza. Doc ckp Ninie boleh buat ekperimen anak ke 3, cuba  makan pizza, dpt anak pompuan. Makan daging anak lelaki.. Yela doc tu.. hahah. Janji anak tak besar.

Disebabkan Yusouf ni  besar, Ninie disarankan untuk selang jauh sikit next baby. Doc suruh ambik pil perancang jenis Noridday, sbb pil ni bleh banyakkan susu ibu jugak. Ninie selalu lupa nak makan pil. Mcm mana kalau terbabas??? terima seadanya.. heheh rezeki Allah bg kan.. 

Zex plak ckp, dulu jumpa doc, sebab nak sangat anak, Ni jumpa doc sebab tak nak anak pulak Hahah bukan tak nak dah, cuma nak selang sikit. Bagi Yusouf besar dah boleh jalan, at least umur Yusouf 2tahun, baru Ninie nak pregnant anak ke-3. KPI Ninie, 4orang anak. kalau boleh 2pasang. Boleh ke?? sempat?? tgk aje la ye.. Bahagia rasa ada anak 2orang dah ni.. Tahun depan, bakal menyusul anak saudara baru. Hannan dan Marissa nanti dapat adik.. wah wah wah.. makin meriah la area umah mak Ninie tu ngan anak-anak kecik.. 


Minum Kopi Susu Makin Kurang

Ninie mmg suka sangat minum kopi-O. Nescafe tak suka sangat. Kalau sesaper dtg rumah Ninie beraya, jangan mintak Nescafe. Kompem tak ada. Zex mmg tak minum langsung Nescafe. Dia suka minum air masak ngan air teh je. Tu pun kalau Teh Susu tak boleh., dia kembung.. huhuhu pelik-pelik la Apak Zulaikha ni. 

Melalut ke Zex plak, sebenarnya nak citer pasal tabiat Ninie yang suka sangat minum kopi-O. Masa pregnantkan Yusouf makin bertambah-tambah la suka minum kopi ais. Kalau pepg hari tu, g kantin order kopi ais. kawww punya. Tapi Ninie beringat-ringat jugak sbb kopi ada kefien yang sangat tak elok untuk perkembangan baby. Pastukan mak Ninie pun marah, dia ckp nanti baby kulit gelap cam kopi tu la. Ye ke teori ni??? Masa Zulaikha Ninie tak berapa suka sangat kopi, minum juga tp tak sehebat masa mengandungkan Yusouf. Akhirnya Eizz Yusouf lahir, mmg diakui dia gelap sikit. Tapi dah mmg ibu ngan apak tak berapa cerah pun. Yusouf ala-ala kulit apak kot.. Tapi ramai kata Yusouf mcm mamak Penang. Kalau Mamak Penang, ikut Tokki la.. Tokki kan orang Penang.. Hidung mancung.. hensem anak teruna ibu ni ye :-)

Ish sekali lagi mengarut... Haa pasal kopi ni, masa dalam pantang mmg Ninie suka breakfast ngan Kopi + biskut 4 segi ni. Boleh dikatakan tetiap hari. Ninie perasan, kali ni mmg susu kurang sangat. Tak semewah masa Zulaikha dulu. Sampai Ninie ambik product Shaklee nak banyakkan susu, tapi Ninie terpaksa stop kejap Shaklee sbb Ninie ada alergic, tapi nanti dah ok Ninie akan continue balik.

Bila start keje, Ninie dah tak breakfast ngan kopi, selalunya Teh tarik atau soya suam. Ninie tgk susu kembali normal macam masa Zulaikha dulu. Sampai memalam, Yusouf jarang menyusu, Ninie kena bangun pam pasal dah penuh sangat, sampai rasa sakit. Lagipun ramadhan pun dah habis, Ninie boleh minum air banyak. ehhh tapi masa dalam pantang belum ramadhan pun susu kurang. So, moral of the story, kurangkan minum kopi atau minuman berkafien, sbb boleh kurang susu ibu.. sekian harap maklum semua ibu-ibu yang BF ye.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails