Pages

Thursday, August 30, 2012

Raya Tahun 2012

Alhamdulillah raya tahun ni famili Ninie dah bertambah lagik sorang. Seronok kami dah berempat. Raya tahun ni Ninie raya umah mak Ninie dulu, Raya ke-2 baru balik Pekan. Happy sangat sebab dapat siapkan baju raya satu famili ni. Bukan senang nak siap ni. Heheh makan tahun nak siap. Kalau tgk kan baju raya tu, baju raya Yusouf tu color dia lain sikit. Mana tak lainnya, kain tu beli kemudian. 

Kain baju Ninie,Ikha ngan Zex dah lama beli. Tak silap tahun 2011, sebelum Ninie ngandungkan Yusouf, ingat nak buat baju raya tahun lepas la. Lastnya tak jadi sebab famili Zex suruh buat tema baju raya color hijau. Pastu Ninie pun simpan,tak jait-jait. Tak sangka plak tahun 2012, bertambah sorang lagi anak. Ninie g alamoda cari semula kain macam Zex, dah la main g je tak bawak sampel, main ingat-ingat je warna. Rasa mcm sama dah, balik rumah.. Huhuhu lain rupanya.Tapi hampir-hampir kira okla tu. 

Zulaikha pulak, bukan senang nak pujuk dia pakai baju kurung. Dia, pagi petang siang malam, asyik nak pakai seluar poket (seluar jeans) ngan baju kie moss (mickey mouse). Tido pun pakai seluar poket. Tahun ni, mmg Ninie tak buat pun dress dia. Banyak beli seluar poket je. Baju T-shirt 4helai, semua kie moss.. Color je lain. Lantok ko la.. hahah. janji dia happy.. 

Pagi raya terpaksala ibu buat cerita, yg baju kurung dia tu cantik sgt.. sama plak ngan ibu, ibu terpaksala mandi awal,siap-siap pakai baju kurung, nak bg dia tgk baju tu sama ngan dia. Baju dia pun ada poket mcm seluar poket tu.. Alhamdulillah dia nak pakai, tp macam-macam ragamla nak boleh tunggu dia nak pakai baju tu.. aduila.. ikut saper ntah cerewet sgt pilih baju.

Raya pertama raya area umah mak Ninie je. Semua rumah buat makanan heavy, hampir semua rumah juga Ninie makan semua makanan.. hahaha sendat perut. Raya ke-2 balik Pekan. Kebetulan mak Ninie buat nasi dagang, bawak balik Pekan sikit. Habis licin org Pekan makan. Puji pujian untuk mak saya mmg sangat terror buat nasi dagang.. Terbaekkkk!

Yusouf menjadi kegemaran ramai masa raya ni. Rasanya mcm tak dukung sangat dia. Sedara-mara je duk ambik dia. Dia plak budak baik sangat. Diam je. Tak nangis, tak meragam. Susu pun tak mintak. Ibu je duk tgk jam, takut anak lapar. Maklumla susu cap gantung, kena la cari anak bila dh sampai masa dia nak minum susu.

Tahun ni gembira sangat raya :-) cuma ada gak yg tak gembira, bila famili blah zex raya tak cukup corum. Baru ni ada la berlaku masalah sikit. Ninie tak nak masuk campur sangat. Tapi Ninie berdoa semoga semuanya beransur baik dan semua persengketaan tu hilang. Kawen ni, bukan kawen ngan suami je, ngan famili sekali kan. Segala dugaan kena hadapi dengan sabar. Adala hikmahnya tu. Jangan ada benci :-) peace yawww!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails