Pages

Thursday, August 16, 2012

Nak KacikChop Kacikkecik

Tahun ni puasa, ada kelainan sikit. Yang ketara. Anak dah dua orang. Waktu berbuka, tak ada masalah sangat sebab selalunya Yusouf tido. Cuma Zulaikha je la yang ada sekali waktu berbuka. Dia tak kacau sangat Ninie ngan Zex berbuka. Janji ada makanan untuk dia. Makanan feberet dia "KACIKCHOP".. hahah  maksudnya Nasi + Sup. Memang kena masak sup tetiap hari untuk dia. Dia suka sup ayam dan sup bayam. Kalau buat sup, mmg banyak sangat dia makan nasi. Kalau makanan lain dia tak berapa suka. 

Makanan berbuka selalunya Ninie masak. Rasanya baru 2kali beli makanan luar. Nasi kerabu. Tu pun Zex yang g beli. Bukan sebab Ninie rajin sangat nak masak. Cuma Ninie mmg payah nak berhenti kat bazar ramadhan sebab bulan puasa ni Ninie masuk keje kul7.30 balik kul4.30. So, anak-anak Ninie yang hantar dan ambil Kalau balik ada anak-anak dalam kereta mmg payah nak berhenti. Masak pun simple aje. Ulang-ulang je lauk yang sama. Kalau nak makan best, tunggu hujung minggula. Time balik umah parents. Kompem sedap-sedap belaka. Siap tapau lagik.

Sahur pun sama, Ninie masak jugak. Selalunya Ninie masak sahur sekali ngan berbuka. Sbb nak balik keje tak yah masak dah berbuka, masak nasi je. Panaskan lauk. Kitaorg jenis tak kisah. Makan aje apa  yang ada.

Semalam teringin nak makan mcdonald. Kebetulan Zex berbuka kat Dhe rhu. Zex ajak buka sama ngan kawan-kawan dia. Ninie yang tak nak. Malas betul nak berbuka kat luar ngan ada anak-anak ni. Mesti diaorg bosan, dah bosan ada je la buat perangai nanti langsung tak boleh makan. Makan kat rumah lg aman bahagia.

Semalam first time g drive tru mcdonald Indera Mahkota. Kebetulan hujan lebat masa Ninie keluar opis. Antara jadi x jadi je nak g. Last-last berjaya gak beli. Dah sampai mcdonald, Yusouf plak nangis. Biasala dia. Nak susu.. Sib baik BF. Terus DF je dia. Dah setel beli, Zulaikha terus makan dalam keter. Nak KENTAM=kentang goreng. Yang tu je dia makan. Pastu milo.. suka sgt la dia.. air sejuk.. 

Balik rumah, dia mintak nak makan lagik. "ibu.. nak KACIKKECIK..." Ninie pun ambik nasi yang dah siap masak + sup yang dah siap. Bagi kat dia.. Dia tak nak. Nak KACIKKECIK.. Puas fikir apa dia.. Last-last dia ambik bag kertas mcdonald. Duk jenguk dalam tu cari KACIKKECIK... Rupanya KACIKKECIK tu .. ni dia..
Bubur ayam. Selalunya kalau g mcdonald mmg beli bubur yg kecik. Huhu maafla zulaikha. Ibu lupa nak beli. Pujuk-pujuk dia. Akhirnya dia makan juga burger mcchiken. Lepas tu sambung plak makan KACIKCHOP. Mmg kuat makan.. Seblum tido, susu 2botol. huhuhu.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails